"Biar benar kau ni Riz? Kenapa pula aku tak tahu pasal perkara tu? Eh, betul ke ni? Cakaplah wei." desak Zack sambil menggoncang-goncang badan Fariz.
"Eh, kau ni. Berapa lama kita kawan? Agaklah kenapa pula aku mau tipu kau ni. Takkan nak jadi popular?" balas Fariz.
"Yelah. Selalunya ada saja breaking news kalau berkaitan dengan perkara ini. Aku hairan pula kali ini tiada apa-apa pun yang sampai kepadaku." kata Zack. Dia sebenarnya kurang puas hati dengan jawapan Fariz.
"Diam-diam sajalah. Baik kau jangan bising-bising sana. Kalau besok satu sekolah ni heboh pasal berita ni, kaulah aku cari dulu." Fariz memberi amaran kepada rakan baiknya.
"Wei agaklah bro! Kau fikir aku ni macam si Mira, Anis, dan Rossa tu ke? Agaklah. Macamlah kau tak kenal aku." Zack agak terasa dengan amaran yang diberikan oleh Fariz. Sememangnya kata-kata dia betul. Mira, Anis dan Rossa merupakan media massa sekolah itu kalau berkaitan dengan kes-kes disiplin, cinta, gosip dan skandal. Fariz dan Zack memang kurang suka dengan perangai mereka yang menyebarkan segala cerita dan kadang-kadang ditokok tambah.
"Rilek ya. Kita just keep silent. Insya Allah everything will be just fine." Zack mengangguk. Dalam masa yang sama dia desak Fariz cerita tentang perihal di bumbung tadi. Fariz terus membuka cerita namun dia tidak menyatakan sepenuhnya kejadian tersebut, lebih-lebih lagi dia merasakan ada seseorang sedang mengintip mereka namun dia hanya berdiam diri.
* * * * * * *
"Jangan nak main-main dengan aku Rin! Kenapa pula kau yang kena?" Lisa sejak tadi berapi-api sejak Erin memberitahu perihal di bilik pengetua tadi.
"Manalah aku tahu. Aku cuba defend diri aku tapi entah seorang senior tu, langsung tak bagi aku cakap. Mereka kata aku yang tak berguna cuba 'tackle' si senior Ariel tu. Gila! Aku langsung tak suka pada dia dan tak kenal dia! Dan time dia cuba nak....ish!" Erin tak sanggup menyambung ayatnya. Dia merasa jijik dengan perbuat senior dia. Lisa turut berdiam diri. Dia tak percaya kenapa Erin pula yang dituduh tentang kejadian tersebut.
"Haa, siapa senior yang tidak bagi peluang kau bercakap tu?" tanya Lisa. Dia betul tidak puas hati terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada kawannya tu.
"Aku tak tahu siapa, nametag dia tak pakai. Aku rasa dia bukan senior, tapi satu batch dengan kita. Sebab kain dia lain. Warna merah gelap ala ala maroon." Erin meraup wajahnya. Dia tak sangka dia jadi mangsa tapi dituduh pesalah kononnya cuba menggoda Ariel dan kawan-kawannya. Kononnya juga dia sendiri yang bawa untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut namun Ariel tidak mahu tapi dipaksa juga sehingga dia mengancam untuk lompat dari bangunan sekiranya tidak dituruti kemahuannya. Ketika itulah kononnya juga, Ariel memegang tangannya dan cuba untuk menariknya dari lompat. Dan ketika itu jugalah hero palsu datang menyelamatkan Erin di mana itulah rancangan mereka yang sebenarnya, iaitu membuatkan Ariel bersalah. Erin hairan, apakah rasional dia membuat seperti yang didakwa oleh si penuduh tersebut. Dia berasa sangat marah namun dia tabahkan hatinya.
"Rin, kau okay?" tanya Lisa lembut. Dia tahu Erin betul-betul sakit hati.
"I'm fine Lis." Erin cuba menyembunyikan perasaannya. Lisa tetap boleh membacanya walaupun Erin senyum. Tiba-tiba Lisa seperti teringatkan sesuatu. Dia senyum. Dia mendapat satu idea.
"Rin! Aku ada idea!" kata Lisa dengan perasaan yang gembira.
"Apakah?" Erin hanya acuh tak acuh.
"Kau nak tahu? Jom ikut aku. Sini tak sesuai, nanti orang dengar." Lisa terus menarik Erin menuju ke kelas mereka. Erin sekadar mengikut. Sempat lagi dia melihat jam tangannya. Oh belum lagi masanya, desis hatinya. Tanpa mereka sedari dua pasang mata sedang melihat mereka sejak tadi. Mereka meninggalkan tempat tersebut selepas saja Erin dan Lisa melangkah pergi.
(bersambung)
Sekuel Cerita Cinta IV
No comments:
Post a Comment