Comrades

Wednesday, 2 March 2011

Stress dan tekanan adalah perkara biasa

Assalamualaikum.

Kepala ingin pecah sekarang ni. Entri update brapa kali ini.

Kali ni nak bicara pasal tekanan dan stress. Loh apa benda ni?

Aku sejujurnya dulu tak pernah kenal erti tekanan dan stress. Time UPSR, masih bermain yoyo sebelum exam. Belajar rileks je. Time PMR, tahun kegemilangan, belajar dengan rileks je. Aku hanya rasa nervous menunggu kertas soalan. Time SPM, punya main rileks belajar. Datang exam pun belajar tapi tidak sangat stress.

Sekali masuk IPG ni, kali pertama aku rasa stress tahap gila dan mau pecah otak. Ini akibat tiada belajar. Ups, bukan stress. Kalau stress maybe aku dah teriak2 macam orang gila, mungkin dalam blog ni aku dah mencaci maki. Tapi aku hanya rasa tekanan, yakni masih boleh mengupdate blog pada ketika ini. Hahahaha.

Aku terima bahawa perkara ni ialah normal dalam kehidupan. Yalah, takkanlah tak pernah rasa kot? Ini adalah satu bentuk ujian daripada Allah untuk aku menguruskan masa belajar, rileks, makan dan beribadah. Dan aku pesan pada diriku dan kalian yang membaca, sesibuk mana pun, hadirkan diri ke masjid untuk solat berjemaah.

Semalam ada tazkirah daripada ustaaz yang aku kagum. Dia ada gitau macam mana nak jadikan amalan ibadah kita sentiasa berterusan dan menjadi tabiat. Dia kata, kalau kita buat sesuatu selama 40 hari berturut-turut, insya Allah akan menjadi tabiat. Contohnya, kalau kita solat berjemaah 40 hari berturut-turut, maka lepas tu kesusahan untuk menunaikannya akan menjadi senang. Dengan syarat berturut-turut, kalau hari ke 39 tidak dapat sebab sesuatu, maka kena ulang balik dari 0.

Jadi aku mau praktikkan agar aku mampu beristiqamah. Dengan exam dan assignment masih melanda, aku tak boleh give up dengan tidak ke masjid. Dalam surah al-Fatihah ayat keempat bermaksud : Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Allah adalah pembantu paling afdhal yang patut kita minta tolong. Bukan berhenti ke masjid dan solat di bilik konon2 untuk save masa. Buat apa gitu.

Kalau kita minta tolong daripada Allah, nescaya Allah bantu kita. Bukan aku larang solat seorang diri, kalau pompuan tu tak pe lah. Tapi kalau laki2? Yang ada kemampuan? Macam mana? Pergilah ke masjid dan solat berjemaah. Kalau malas pun bawa kawan lain berjemaah di bilik. Okay apa.

Jadi kalau kita rasa stress dan tekanan tu, cuba rileks kejap. Aku masih ingat pesanan ustaz tu, kalau ada prob ka stress ka pressure ka, ambik wudhuk, solat sunat dua rakaat, doa. Paling baik punya. Kita kalau ada stress terus tidur, dengar lagu, dan entah macam-macam lagi. Kalau kita ingat Allah, nescaya Allah akan ingat kita. :)

Kesimpulannya, tak salah untuk hilangkan stress dengan cara lain tapi jangan sampai kita lalai mengingati Allah. Sebab takut nanti Allah tak ingat kita. Yang penting kita banyakkan doa pada ketika ribut assignment melanda. Insya Allah kita dapat hidayah-Nya. Amin.

AvA - Belajar belajar belajar belajar belajar.

No comments:

Post a Comment