Assalamualaikum,
Tiap-tiap hari time cuti asyik tidur lambat. Oh, memang sungguh sadis. Aku harap lepas cuti kitaran tidur aku menjadi normal. Kehkeh.
Kali ini aku nak cerita sikit pasal seorang lagi perempuan yang hadir dan pergi tanpa berita. Bukan hadir dan pergi tak kembali.
Eva Astura, seorang perempuan cina yang telah memeluk Islam. Aku lupa dah bila dia jadi saudara baru ni tapi aku kira sejak 2008 lagi. Well, agak lama tak contact dengan dia. Sama seperti Hunny Anne, dia juga hilang tanpa berita. Aku harap mereka okay saja.
Bagaimanakah aku kenal dia? Hubungan persahabatan kami agak unik, pelik tapi realiti. Secara jujurnya, aku tak kenal sangat dia pada awal hubungan. Tup tup on FB, ada orang add. Tak perlu dinyatakan nanti orang kenal. Kehkeh. Aku anggap ianya sekadar orang yang ingin kawan secara ramai. Tiba-tiba suatu hari, chat dan chat. Banyak sungguh dia tahu. Rumah mana, selalu lepak mana, member siapa, band apa nama. Aku punyalah terkejut kucing. Aku kena spy ke? Huh?
Time lepak-lepak di tempat biasa, bestfriend ku menanyakan tentang perempuan misteri yang mengetahui maklumat bukan peribadi kami. Aku terkejut, rupa-rupanya dia juga mengalami peristiwa yang sama macam aku. Kehairanan sungguh aku.
Namun aku abaikan saja perkara tersebut untuk suatu ketika yang tidak lama, gara-gara berseronok berkomen dan bermesej dengan gadis-gadis cute serta jiranku yang cool dan cantik. Biasalah, baru buat FB tahun 2009, aktif akhir 2009, jadi diri ini pun kejakunan dan kesakaian. Malahan pernah buat dan post sesuatu yang amat memalukan!
Setelah ketika yang agak tidak lama, aku di add oleh seorang lagi perempuan, tanpa kusedari rupa-rupanya orang yang add aku itu merupakan orang yang sama. Aku mengetahuinya setelah aku paksa dia bagitau. Dari berchat, YM sampai bersms. Dan juga, aku yang masih nakal ketika itu cuba untuk bawa dia bercinta. Dia menolak dengan baik tapi alasan dia langsung tak bagi tahu bahawa dia ada BOYFRIEND!! Ya! Dia ada BOY!
Aku tak tahu langsung dia ada boyfriend. Memandangkan dia juga kenal bestfriend aku tu, maka bolehlah tahu situasi sebenar. Aku juga tak tahu dia bercinta dengan best friend aku. Aku hanya menyedarinya apabila rakanku tersebut update status yang betul-betul aku terasa, walaupun hakikat aku cuba tolak perasaan tersebut sebab prinsip sebenar aku, "kalau terasa makanya betul."
Aku yang tak tenang, terus tanya dia (Eva) apa hubungan dia dan kawan baikku. Akhirnya dia berterus terang segalanya. Malahan dialah juga orang yang tahu segala maklumat bukan peribadi aku.
Sejak situ, kami mula berkawan. Banyak cerita dan banya perkongsian masalah. Masalah pasal ex aku, jiranku, dan macam-macam lagi. Dia juga tak segan silu berkongsi masalah tentang cinta dia. Rahsia dimana aku dan dia saja tahu serta sudah tentu, Allah mengetahui apa kami bicarakan.
Kebenaran yang menyakitkan. Ayat itu sentiasa kita dengar, lihat, baca dan ungkapkan. Tiap kebenaran memang menyakitkan. Kejadian itu menimpa dia dan kawanku. Ketika kawanku ingin pulang cuti, kakak kepada jiranku yang comel, tumpang kereta untuk balik sama-sama. Kakak dia ini merangkap ex kepada kawanku, dan juga mumy angkat aku. Orangnya sangat cantik. Sejak kenal dia pada tahun 2008, dialah perempuan cantik aku pernah jumpa. Perempuan semua cantik, tapi dia lain sikit. Selalunya, ketika aku masih nakal, jumpa perempuan cantik, perangai gatal mahu bawa cinta. Tapi, jumpa si dia cantik, kakak jiranku, aku tak jatuh cinta langsung. Tapi sayang dia sebagai kakak. Wah wah wah.
Okay lari tajuk, kawanku tumpangkan si kakak cantik tu tanpa pengetahuan si Eva. Aku ni pun jenis mulut tiada insurans, tapi serius, aku tak tahu impak yang aku lakukan. Sedang siok siok bersms/call dengan kak Eva, dia tanya aku pasal kawanku. Tersebutlah (aku rasa) tentang penumpangan kakak cantik itu. Aku kias-kias je lah. Mulanya tiada apa-apa, beberapa jam kemudian, tiba-tiba dia menjadi single. Aku call, tapi tak berhasil.
Kecewa sungguh dia kawanku seolah-olah menduakan dia, gara-gara penumpangan kakak cantik. Heboh satu FB, heboh jiranku, heboh kawanku. Aku, kawanku dan kakak cantikku yang heboh lebih-lebih lagi rumah kami amat dekat jaraknya. Kawanku serang aku dengan soalan dan aku jawab secara jujurnya. Oh memang sengsara aku. Kawanku lagi, dia sangat sedih. Dia suruh aku pujuk dengan apa cara sekalipun dan dia menawarkan belanja aku makan.
Aku ketika itu telah diburu rasa bersalah tolak tawaran tersebut tapi aku pujuk habis girlfriend dia. Aku cuba call, namun masih tak dapat. Aku sms habis habisan. Kadangkala dapat juga, aku buka cerita, dia melenting. Begitulah ulang-ulang sehingga aku dapat meyakinkan dia bahawa kawanku seorang yang baik.
Syukur sungguh dapat membaikpulih hubungan orang lain. Kawanku menunaikan janjinya belanja aku makan. Aku hanya senyum, yalah, aku buat salah aku dapat ganjaran. Tapi itu pengajaran bagi aku.
Kadang-kadang mereka masih gaduh. Aku hanya suruh banyak bersabar. Suatu hari, aku langsung tak dapat call dia, mahupun sms dia. Kawanku mula gelisah. Sampai 3 hari aku cuba, pada hari ketiga, aku dapat berita bahawa dia ditimpa kemalangan. Aku terkejut, syukur dia masih okay.
Aku mengetahuinya daripada rakannya. Malahan dia sempat bagi chatting kiss (kahkah) yang kawannya sampaikan. Aku bersyukur sebab dia selamat. Yalah, kakak sayang ba tu. Dan time tu juga, aku dapat melihat muka sebenar dia. Ya, cantik. Seorang cina mualaf.
Beberapa minggu kemudian, dia beritahu yang dia akan pulang ke Sabah untuk cuti semester. Wah, aku gembira sungguh, kawanku lagi melompat ke langit. Aku kira ingin jumpa dia namun tidak kesampaian, aku rancang nak jumpa sebelum melanjut pelajaran di mana ketika itu aku sudah menghadiri temuduga serta berfikir untuk masuk matrikulasi atau tidak.
Time dia di Sabah, dia ingin date dengan kawanku. Namun tetap gaduh serta tak dapat berjumpa. Itulah berita terakhir yang aku terima dari dia. Dia breakup dengan kawanku setelah 3 bulan aku di IPG. Aku terkejut, sebelum tu, aku sering mengadu masalah pada dia berkaitan di IPG. Selepas itu, aku tak dapat call dia langsung gara-gara kesibukan. Sejak itulah, aku lost contact dengan dia, kemudian kehilangan interaksi dengan Hunny Anne juga memberi kesan kepadaku.
Aku kehilangan dua orang perempuan, kawan baikku dalam masa yang sama. Aku jadi pendiam dan rindu kepada mereka berdua. Kini Eva Astura, aku tak tahu apakah dia masih di Sabah atau sudah sambung belajar semula.
Aku betul ingin jumpa dia, aku mahu bercerita dengan dia banyak-banyak, dan juga, bukan kerana cinta, tapi kerana kasih sayang kawan. Aku kehilangan jejak FB, deactivated, call dia tapi dah tamat servis nombor dia, aku ingin bertanya kawanku pasal dia, namun diriku berdiam diri kerana ingin menjaga hati kawanku.
Sampai sekarang, aku tak tahu berita tentang Eva Astura, serta Hunny Bellyna. Aku hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa selamat. Aku harap Allah pertemukan kami sebagai kawan, kalau jadi jodoh pun tak apa. Kehkeh. Dan aku harap mereka ini rajin melayari internet, supaya mereka baca blog aku dan seterusnya cari aku. Kahkah.
Kesimpulannya, kepada anda semua, jagalah orang sekeliling kita dengan baik agar kita merasai kasih sayang sesama kita. Bukan kerana cinta laki-perempuan, tapi fitrah manusia berkasih sayang, serta menghargai sesama kita.
Eva Astura |
Sedihnya ending cerita.
ReplyDeleteAda kamu try google dia??