Comrades

Tuesday, 29 March 2011

Bukan komen membunuh, tapi itu komen sadis yang perlu dibunuh.

Assalamualaikum,

Wahai anon. Ini entri khas untuk anda.

Ini juga peringatan untuk semua.

Disebabkan komen anda anon, aku macam mahu melancarkan perang terhadap anda, seolah-olah anda menghina agamaku, Islam.


Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya. (An-Nisaa' 4:91)

Tapi memandangkan anda belum lagi lancar perang betul, maka aku hanya mampu berdoa.

Anda minta kebenaran al-Quran? Sungguh banyak. Aku petik satu surah
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat
 
Aku bukan jenis kuat agama. Tapi jangan sesekali hina agama. Banyak lagi kebenaran Quran, tapi anda memang bodoh cari pasal dengan aku. Kenapa? Kalau tak puas hati samada betul atau tidak Quran itu, baiklah anda pergi cari kebenarannya sendiri. Bukan hanya sekadar minta penjelasan.

Okay aku baik sangka, mungkin anda ni tak tahu pasal Quran. Aku cadangkan kaji kitab itu, tanya orang yang lebih power dari aku. Rasanya baik anda cek di sini kalau mahu tahu kebenaran lain.

Kalau anda tak baca, terpulang. Apapun, aku bagi pesan, jangan sesekali menghina agama Islam.

AvA - Perspektif dan persepsi manusia. Apapun, kena pertahankan agama walaupun sampai mati.
 
 

1 comment:

  1. hai.. anon di sini ye.. maaf la andainya saya, kononnya terkasar bahasa..
    oklah.. straight to the point..

    "Anda minta kebenaran al-Quran? Sungguh banyak. Aku petik satu surah
    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"

    di atas anda telah menyatakan sebuah alasan ataupun "bukti" yang menyokong buku tersebut..
    namun begitu, hanya kerana sebuah buku itu mengatakan bahawa dirinya adalah benar, tidak menunjukkan bahawa ia adalah benar..

    sekiranya saya menulis sebuah buku dan menyatakan bahawa apa yang ditulis di dalam buku itu adalah benar, adakah anda akan percaya bulat-bulat? kerana kitab injil juga mengaku bahawa apa yang tertulis di dalamnya adalah benar..

    oh ya.. sekiranya anda ingin melancarkan perang jihad kononnya kepada saya, silakan... bom lah saya..

    di sini saya ingin menyeru anda untuk menilai diri sendiri sebelum melenting kepada apa sahaja yang saya bakal katakan dalam debat ini.. agama kamu juga banyak menghina agama lain.. orang kristian adalah kafir, dan orang yahudi adalah sampah bagi kamu.. so don't expect others to treat you any differently..

    peace^_^v

    -iamanatheist-

    ReplyDelete