Comrades

Thursday 31 March 2011

Pembunuh!

"Kill him now!"
"We will sir!"
"Run Fleance run!"
"Father!!!!!"
"His son! Go and after him!"

"Shesh, he's as fast as Usain Bolt!"
"Are you kidding? He's Usain Bolt!"


"Where's your husband?"
"You don't have the right to know!"
"He's an absolute traitor!"
"You're stupid liar! LIAR!"
"You do want to die! DIE!"
"Run mommy! Run!"
"After that bitch!"
"Arrrggghhhhhh!"

*     *     *     *     *

Sememangnya, impian ku ialah menjadi orang jahat. Aku sangka aku dapat watak Macbeth. Siapa sangka aku mendapat watak pembunuh! Kahkah.

Kesibukan melanda tiap2 malam membuatkan aku tak dapat update tiap masa. Ada kesempatan ini, aku mahu update pasal drama Macbeth. Memang sekarang di peringkat yang masih di bawah tahap sebenar.

Tapi aku sebagai pembunuh, hanya beberapa line saja, memudahkan aku untuk berlakon. Yeah. Siok pula jadi orang jahat ni!

Tapi itu hanya sekadar lakonan. Korang jangan risau, aku bukan pembunuh sebenar. Dalam dunia realiti, aku orang baik-baik. kehkeh.

Minggu ni memang akan menjadi minggu sunyi. Para Sem 1 pergi BIG di Papar. Cesh, aku jeles. Dorang si Ema tu la yang pergi BIG. EMA!!! KO KIRIM SALAM SAMA HANTU!!

Baiklah, dengan ini, aku mahu pergi berlatih dulu.

AvA - SIBUK MEMANJANG!

Dia...

Setiap kali dia berkata-kata..
Aku terpukau dengan caranya...

Setiap kali dia ketawa..
Aku tersenyum melihatnya...

Tatkala dia melihatku..
Aku terus tunduk...

Dia terus merenungiku..
Timbul perasaan malu...

Dia senyum melihatku..
Aku terpana melihatnya tersenyum...

Aku teringin bersama dengannya..
Tapi aku takut dia tidak terima...

Aku hanya mampu melihatnya dari jauh..
Melihat senyuman yang menguntum...

Aku hanya mampu doakan dia bahagia..
Bahagia bersama orang yang memiliki dia...

Aku tak mampu berkata-kata cinta..
Kerana hatiku hanya ingin memperisterikan seseorang wanita...

Dia seorang yang baik..
Tapi sayang sekali, aku hanya angin pada pandangan dia...

Moga hati ku menjadi kuat..
Menghadapi dugaan CINTA...

Demi Allah, aku mencintai seseorang kerana-Nya..
Akan ku cuba kerana-Nya
Akan ku berusaha kerana-Nya

Amin.

Tuesday 29 March 2011

Cukuplah. Terpulang pada anda.

Ayat-ayat Quran

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (A-li'Imraan 3:3)

(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini). (An-Nisaa' 4:166)

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (Al-Baqarah 2:89)

Kalau orang baik sama kita, kita baik sama orang. Kita benci perangai mereka, bukan diri mereka. Bukan semua jahat, bukan semua baik. Tidak semua kafir tu jahat, tidak semua Islam tu baik. Tapi memang ada ramai orang baik2 di dunia ini samada Islam atau bukan Islam. Yang jahat tu samada munafik atau jahil.
Anon, aku tak pandai berdebat. Sebab aku memang bukan pendebat. Lebih baik anda cari orang lebih power daripada aku kalau mahu bincang pasal agama. Para ulama bertaburan di dunia ini. Aku bukan power beragama, sekadar mengetahui asas, baik dan buruk, itu saja.

Aku tahu nilai diri aku sendiri. Aku tak pernah mempertikaikan agama lain. Aku cukup hormat agama lain. Islam sendiri menyuruh umatnya untuk berbuat baik dengan orang yang bukan seagama dengan mereka, yang penting hidup aman damai sesama manusia.

Islam hanya memerangi golongan yang memusuhi mereka. Ada juga Islam munafik, dan golongan itu tetap diperangi sebab musuh dalam selimut untuk agama Islam. Sama seperti agama lain, semuanya menganjurkan keamanan. Tiada satu pun suruh bergaduh.

Aku minta maaf kalau aku tersilap bahasa. Aku tak suka bergaduh, sebab itu menyebabkan syaitan boleh menguasai diri seseorang yang tengah panas.

Tentang kebenaran Quran, itu terpulang pada anda untuk menilainya. Aku dah list beberapa surah/ayat yang berkaitan dengan Quran. Jadi, dari ko saja ba tu. Lain orang lain perspektif, manusia memang banyak ragam.

Aku sarankan anda kajilah semua kitab yang ada dalam dunia ini, tanya pakar agama. Kalau anda tanya aku, aku bukan pandai mau jawab. Aku hanya share apa yang aku belajar. Sebab aku sendiri pun memang masih belajar.

Kesimpulannya, cari orang lain untuk cerita pasal Islam secara advance. Sebab, aku bukan baik sangat. Aku hormat orang lain, aku diajar untuk tidak mencemuh orang lain, terutama sekali agama mereka. Sebab Islam sendiri larang membuat hal tu. Yang ko nyatakan bahawa agama aku mencemuh agama lain, ketahuilah, manusia yang jahil dan fasiklah yang menyebabkan semua tu. Agama itu panduan hidup supaya kita tidak buat jahat. Jadi, segalanya terpulang pada anda Anon. :)

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan(al-an'am:)

AvA - Buat baik sesama manusia untuk mengelakkan pertengkaran, supaya senang untuk menerima serta bertukar pendapat.

Bukan komen membunuh, tapi itu komen sadis yang perlu dibunuh.

Assalamualaikum,

Wahai anon. Ini entri khas untuk anda.

Ini juga peringatan untuk semua.

Disebabkan komen anda anon, aku macam mahu melancarkan perang terhadap anda, seolah-olah anda menghina agamaku, Islam.


Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya. (An-Nisaa' 4:91)

Tapi memandangkan anda belum lagi lancar perang betul, maka aku hanya mampu berdoa.

Anda minta kebenaran al-Quran? Sungguh banyak. Aku petik satu surah
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat
 
Aku bukan jenis kuat agama. Tapi jangan sesekali hina agama. Banyak lagi kebenaran Quran, tapi anda memang bodoh cari pasal dengan aku. Kenapa? Kalau tak puas hati samada betul atau tidak Quran itu, baiklah anda pergi cari kebenarannya sendiri. Bukan hanya sekadar minta penjelasan.

Okay aku baik sangka, mungkin anda ni tak tahu pasal Quran. Aku cadangkan kaji kitab itu, tanya orang yang lebih power dari aku. Rasanya baik anda cek di sini kalau mahu tahu kebenaran lain.

Kalau anda tak baca, terpulang. Apapun, aku bagi pesan, jangan sesekali menghina agama Islam.

AvA - Perspektif dan persepsi manusia. Apapun, kena pertahankan agama walaupun sampai mati.
 
 

Monday 28 March 2011

"Sedap sungguh arak ini!"

Assalamualaikum,

Boring sungguh kelas sekarang. Petang-petang ni patutnya aku tidur. Tapi aku mau kongsi apa yang kini orang anggap satu perkara biasa.

Sedap eh! Google.com
Muda-mudi sekarang, arak menjadi minuman biasa. Dikecualikan mereka yang tahu dan kuat agama.

Ada juga minum arak untuk suka-suka. Bukan setakat muda, tua-tua kerepot berpangkat Datuk pun minum arak bersama GRO sambil berdangdut.

Okay, buka minda anda. Buka mata anda. Tengok apa yang aku taip.

Apakah itu arak? Jawapan skema
- Minuman keras
- Alkohol
- Memabukkan

Betul. Dari segi syarak?
- Minuman yang memabukkan
- Ibu segala maksiat
- Air kencing syaitan

Betul juga. Ya. ARAK INI SANGAT BERBAHAYA KEPADA KITA SEMUA. Kenapa ia digelar sebagai ibu segala maksiat? Mesti korang terfikir-fikir bukan. Salah satu faktor utama, menghilangkan kewarasan. Mari kita lihat cerita versi aku.

Ada suatu ketika. 2 orang jejaka yang alim, dihidangkan 3 perkara. Pertama, seorang perempuan cantik, kedua pisau, ketiga arak. Mereka disuruh untuk bunuh perempuan tu, mereka enggan. Mereka kata itu dosa. Mereka disuruh berzina, juga mereka enggan. Mereka diberi minum arak, mereka terima. Sebab mereka fikir "alaa...arak tu bukan apa pun." Mereka minum, hasilnya? Mereka buat apa yang mereka enggan tadi. Zina dan bunuh perempuan tu.

Ini versi aku. Aku cuba cari versi sebenar tapi tidak ada pula. Banyak versi, ada yang kata itu malaikatlah konon. Setahu aku, malaikat ialah makhluk tak akan lakukan dosa. Baik kita continue.
Nampak tak betapa bahayanya arak? Korang nak kata arak ini bikin panas darah korang? Palui sungguh! Bikin mabuk adalah. Adakah seorang manusia berdarah sejuk? Reptilia kah anda? Pendapat aku, baik korang pi cari pasal di blog orang dengan menghina dorang. Lepas tu kena hentam. Ofkos korang panas kan? Darah pun panas. Betul tak? Kehkeh.

Bukan apa. Aku buka saja berita ke, majalah ke, apa-apa ke, tiada lain tiada bukan. Mesti pasal arak. Arak arak arak arak arak. Bukan emo. Tapi kecewa. Peristiwa arak ini tidak sampai ke penghujungnya. Sedarlah wahai kawan-kawanku, arak itu haram. Dengan alasan apa sekalipun korang guna, IA TETAP HARAM. Melainkan di syurga, sana araknya halal. Minumlah banyak kali pun.

Aku paling benci kalau orang yang kena tegur minum arak melenting tak tentu pasal. Dengan gedik dan sialnya serta celah kayu dia berkata begini "Suka hati I lah nak buat apa. Bukan I ganggu hidup orang pun. Apalah u ni. FIKIRAN KOLOT!" Siapalah tak panas hati kena cakap begini.

Memang korang tak menyusahkan orang. Tapi kalau ditangkap, korang menyusahkan pihak berkuasa. Paham tak? Dorang pun ada kehidupan. Walaupun tanggungjawab mereka begitu, buat apalah nak kasi sakit lagi dorang. Sebab itu banyak kes, PBT belasah orang. Ups, bombastik. Sorry2.

Muda-mudi sekarang ni memang suka pegang tu botol whiski la, wine la, carlsberg, tiger entah pa lagi bentuk jenama tu. Cheetah, tapir, rimau segalalah jenamanya.

Allah telah nyatakan jelas dalam al-Quran
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:90)

Jadi siapa kita mau pandai-pandai cakap arak ini halal? Korang ke buat Quran tu? Agak-agaklah. Tepuk dada tanya selera, pilih yang betul jauhkan yang salah.

Kesimpulannya, jom kita minum air sejuk lagi berfaedah! Kahkahkah. Tidak memabukkan.


Sunday 27 March 2011

Realiti sebenar April Fool

Assalamualaikum,

Tinggal 4 hari lagi. Hari yang orang ramai menunggu. Setiap daripada kita pasti akan mula memikirkan untuk mengenakan prank terhadap kawan-kawan kita. Itulah dia! APRIL FOOL!

Kali ini, aku mahu share sesuatu dengan korang yang aku dapat dari orang lain, disebarkan agar kita tahu apa yang kita buat, dan apa yang kita sambut setiap tahun ini adalah salah. Jadi, kepada pembaca blog, sila ambil perhatian, mohon buka mata, buka fikiran, dan jangan terus fikir bukan-bukan.

Sebelum aku sentuh pasal AF ni (bukan Akademi Fantasia), patutkah kita mengenakan orang dengan lawak yang boleh menyakitkan hati? Tidak. Sebab mungkin sekali akan menyebabkan pergaduhan walaupun anda berniat untuk berlawak, seperti aku selalu ingatkan, niat tidak semestinya menghalalkan cara. Dalam Islam, adakah diajar berlawak dengan cara menyakitkan hati orang? TIDAK ADA. Sekali lagi TIDAK ADA!
Jom kita mulakan........
Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya tumbang diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan semua penganut Islam dari bumi Sepanyol. So, mereka membuat satu helah. Mereka memberitahu bahawa penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslim agak risau dan ragu-ragu dengan tawaran itu pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu pergi ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.
- Sumber daripada BELOGBAGUS
- Sumber sebenar juga ada dalam blog itu mykhilafah.com(aku tak dapat buka link tersebut gara-gara diblok oleh KPM)

Bukan untuk melagakan non-muslim dengan muslim, tapi ini realiti harus kita tahu. Jadi pengajaran kepada semua umat agar kita dapat ambil iktibar, dan tidak melakukan seperti ini. Dulu Islam sangat dibenci, tapi sekarang kita boleh hidup aman damai bukan? Cuma ramai tak tahu apakah erti sebenar AF tu.
 
Kalau kita betul 'meraikan' AF ni, seolah-olah kita sokong tindakan orang yang kejam memerangi golongan Islam tu. Patutkah? Sedangkan kita marah kalau nabi dicerca, Quran dibakar, agama dihina, taukah bahawa AF tu menghina Islam sebenarnya?

Inilah simbolik sebenar AF tu. Kalau kita sambut, orang yang menjadi musuh Islam dan mengetahui hal sebenar pasti akan ketawa terbahak-bahak melihat kita sesama Islam 'meraikan' AF, tindakan kita seolah-olah menyokong kejatuhan Islam pada zaman itu.
Itulah tujuan sebenar golongan yang memusuhi Islam. Aku tahu pasti orang kata "eh, dalam sejarah manada ni benda? Tipulah ko ni." Cubalah fikir sikit. Andai kata dimasukkan dalam sejarah sekolah ni benda, sudah tentu kita berperang sekarang. Agak-agaklah. Kerajaan mungkin tahu, tapi tidak disebarkan. Jadi kita pasti tidak tahu punya.

Aku tahu pasal ini semuanya dari MASTIKA Edisi APRIL. Beli dan baca. Korang pasti tahu kebenaran itu. Masih ingat hadis dalam previous entri?
Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Setiap aktiviti kita seumpama mengikut golongan Yahudi. Tapi tidak juga semua. Kebanyakan. Hati-hatilah sebab mereka menyerang dari setiap sudut. Mudah-mudahan kita dilindungi Allah. Sebabnya, Islam pada zaman dulu memang kuat. Tidak dapat lawan secara fizikal, akidah diserang dengan pelbagai cara. Akhirnya Islam jatuh di Sepanyol.

Secara peribadi, aku pun tidak suka mengenakan orang. Tiada faedahnya. Ada cara untuk bergurau, ada cara untuk berlawak, tapi yang pasti tidak menyakitkan hati orang lain. Nabi sendiri pernah bergurau dengan seorang perempuan tua. Tapi berfaedah dan dengan cara paling baik sekali.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bergurau dgn seorg wanita tua. Wanita tua itu bertanya kpd baginda, "Doalah kpd Allah s.w.t. supaya Dia memasukkn aku ke dlm syurga." Baginda menjwb, "Wahai ibu, sesungguhnya seorg tua tidak masuk ke dlm syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dlm syurga dlm keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman "Sesungguhnya Kami mencipta wanita2 syurga dgn penciptaan yg baru. Kami jadikn mereka dlm keadaan dara, yg amat mengasihi suaminya dan yg sebaya dgnnya." (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
- kredit kepada CENDERAWASIHPUTIH

Nabi bergurau dan berlawak tidak menyakitkan hati orang lain. Malah memberitahu perkara sebenar.

Jadi kepada yang masih belum tahu, janganlah bersikap seperti begitu lagi. Terutamanya yang betul suka mengenakan orang lain, yang menunggu AF, berhentilah. Boleh berlawak dan bergurau, tapi ada caranya supaya kita hidup aman damai. Sekarang lihatlah, walaupun depan belakang kiri kanan rumah kita bukan seagama dengan kita, tidak pernah kita bergaduh bukan? Kalau dulu memang selalu ada di zaman perang.

AF tidak membawa perkara lain kecuali yang tidak bagus dan tidak berfaedah. Baik kita bersukan, bercerita perkara baik, beribadah daripada sambut AF ni yang boleh memecahbelahkan kita semua. Mahukah kita kembali seperti zaman tersebut? Tidak bukan? Jadi tak payah.

Kesimpulannya, aku share apa yang memang penting untuk kita semua. Agar kita punya hidup aman sejahtera. Cuma yang pasti kita tahu sekarang siapa mengganggu hidup kita, yakni YAHUDI!


AvA - Kita semua dah boleh hidup bersama-sama dengan aman. Perlukah kita mengulangi sejarah hitam? Agaknya perang dunia ke-3 boleh meletus semula oo.


Saturday 26 March 2011

Sekadar lampu takkan ubah semuanya.

Assalamualaikum,

Okay, earth hour dalam masa sejam. Seperti dalam previous entri, aku ada sentuh pasal konspirasi yahudi dalam event ini. Aku hanya menyatakan pendapat saja. Dari korang saja mau buat, terima atau tolak segalanya.

Aku hanya ingin bertanya, adakah sekadar menutup lampu, dunia dijamin selamat? Jawapannya tidak. Dalam iklan Earth Hour 2011, ditunjukkan sekumpulan orang yang menyalakan lilin dan membuat nombor 60 di mana ia melambangkan Earth Hour. Cumanya, bukankah lilin itu MENYUMBANGKAN pemanasan global?

Lilin dinyalakan dan akan melepaskan Carbon Dioksida ke udara. Andai kata satu dunia pasang lilin, dalam masa satu jam, suhu akan meningkat sebanyak 2 darjah celsius. Fikir2lah sendiri.

Kamu pasti kata "alaa..itu orang yang guna lilin. Kami tak pakai lilinlah bro." Betul. Tidak semua pakai lilin. Cuma, kalau sekadar off lampu, elektrik/karan masih berjalan, bukankah menggunakan tenaga?
Sebenarnya, tiap malam kita off lampu. Ketika tidur mesti kita off bukan? Bukan setakat sejam, tapi sampai besok pagi kita off. Lebih lama dari Earth Hour sebenarnya. So, dari korang saja nak buat atau tidak. Aku hanya memberi pendapat.

Aku tak menentang Earth Hour ni, cumanya rasa musykil sebab kalau ikut sebenarnya, pemanasan global disebabkan perindustrian, permodenan, pembakaran dan banyak lagi hal lain. Kenapa pula off lampu konon dapat menyelamatkan bumi ini? Tiada gunanya kalau kita off lampu, tapi elektrik masih berjalan. Tiada guna menggelapkan diri, tapi pembakaran masih berleluasa. Tiada guna tutup lampu, kalau permodenan masih menguasai dunia. Tiada guna kita bising-bising, kalau pokok masih ditebang secara haram gara-gara kerakusan manusia. Hakikatnya, dunia tetap akan sama dan pasti hancur.

Apa yang patut buat ialah ubah diri kita. Bumi ini memang beginilah ni dan akan hancur bila tiba masanya nanti. Bukan apa, EH tu sejam lamanya. Apa jugalah kita boleh buat kan dalam gelap tu? Tidakkah akan menyusahkan kita?

Okay! Betul Earth Hour sekurang-kurangnya boleh 'melewatkan' kehancuran bumi. Tapi tidak sebenarnya. Kalau Allah kata Kun-Fayakun, semua boleh terus hancur. Dan juga, ramai kata EH ini konspirasi barat, di mana aku kata konspirasi yahudi. Macam orang narrow minded bukan? Kita nampak isi tersurat pasal EH ni. Adakah kita nampak isi tersirat EH ni? Kita tak tahu misi sebenar EH ni bukan?

Kalau korang masih tak berpuas hati dengan ulasan aku yang 'ntah apapa ntah', kunjungi blog beliau di sini. Dari sana anda boleh buat kesimpulan anda sendiri. Dalam hadis nabi mengatakan bahawa

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Kita kena fahami mesej yang ingin disampaikan supaya kita sedar sebenarnya. Kadang-kadang, kita ni menolak sepenuhnya kebenaran yang datang sebab kita tidak faham mesej yang disampaikan.
Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Aku sekadar bagi pendapat dan berkongsi apa yang aku tahu. Seperti yang ku kata, daripada kita off lampu selama sejam, baik kita baca Quran walaupun 10 minit. Dapat lagi pahala. Haruslah diingatkan, NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. :)

AvA - Semua ini pendapat si Faiz sendiri. Terpulang kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.


Friday 25 March 2011

Hujung minggu yang boring..

Assalamualaikum,

Aku kebosanan di petang hari. Kalau time2 begini, aku pasti bermusafir ke bilik orang lain. Tapi kali ini, sunyi melanda diriku. Walaupun terdapat ramai lagi di sini, aku punya hari-hari biasa menjadi tidak biasa. Burungman balik KM, kawanku ikut jemaah tabligh. Nampaknya tiada ceritalah malam ni.

Walabagaimanapun, kehadiran ke latihan drama tetap aku pergi. Lepas tu aku nak fokus buat KKP Gerko. Hmm...sudah ada bahan tapi masalahnya di pendrive si burungman. Minta hantar melalui emel saja tu bahan.

Apakahlah aku patut buat. Semalam Miss Director telah bagi satu peluang untuk pulang rumah di mana start next week tak boleh dah. Jadi mahu tak mahu ikut je la. Apa juga pun. Aku orang Keningau. Sama juga keadaannya.

Hmm...mau ja aku pi kacau kakak-kakak senior Sem 5/Sem 3 mau mengurat. Tapi malas pula. Kehkeh. Aku main-main ja. Nampaknya hujung minggu yang akan ku lalui dalam masa tempoh sebulan...hafal skrip, drama, KKP. Ini 3 je la kali aku punya 'hobi' hujung minggu. Main game aku mau kurangkan. Kalau boleh FB pun aku kurangkan. Maybe update blog pun jarang ni. Sorrylah yer kalau tak dapat balas komen/blogdriving. Aku betul sibuk tahap yang tiada dalam tahap.

Cumanya, sibuk macam mana pun, jangan lupa solat. Itu paling penting.

Okay, aku mahu menjalankan diri. Chow!





Thursday 24 March 2011

Kalau tiada sabar...

Orang kata dan tanya baik-baik, dijawab dengan sarkastik. Diriku terdiam. Nasib sebelum mahu buka mulut, Allah gerakkan hati untuk sabar. Andai kata diriku masih lagi seperti dulu, confirm ada yang masuk hospital kena libas karate.

Kehkeh. Dengan sibuk datang...assignment + drama + presentation + belajar + banyak benda perlu fikir, inilah rasanya BULAN TERSIBUK aku. Mac/April ialah bulan tersibuk. Kalau masuk bulan Mei, alhamdulillah awal-awal aku ucap.

Setiap orang memang sibuk, ustaz ku kata, tiap manusia ini ada ja sibuknya. Tidak kiralah dalam keadaan free ada saja sibuknya, sibuk assignment, kerja, main game. Siapa kata main game tak sibuk? Kita semua hanya tidak akan sibuk time kita mati saja. Putuslah segala hubungan keduniaan dengan akhirat sekiranya sudah meninggal dunia.

Sibuk kan? Aku rasa para pelajar lepasan SPM pun sibuk mencari mana kursus mau ikut. Kakak-kakak dan abang-abang Sem 5 di sini pun sibuk mengajar anak orang. Sem 1 pun sibuk dengan assignment. Tapi paling sibuk ialah kelas kami. Kenapa? Tiap malam ialah jadual wajib hadir dewan kuliah.

Tak kisahlah wajib ke, mesti ke, tiap hari ke, yang penting satu saja jangan kita tinggalkan walaupun kita sibuk. SOLAT. Ya, ramai abaikan solat ini. Kalau boleh ini benda jangan kita tinggalkan. Bukan lagi jangan boleh, kita wajib jangan tinggalkan. Kalau benda dunia yang diwajibkan oleh orang kita boleh hadir selama berjam-jam, kenapa solat yang TUHAN sendiri wajibkan kita malas mau hadir walaupun hanya sekadar 20 minit?

Itulah tu. Kalau dunia jadi pujaan, akhirat dilupakan. Aku sendiri kadang-kadang begitu dan aku rasa menyesal sebab gara-gara dunia yang entah apapa entah ni, aku termiss akhirat. Aku terus sedar dan balik. Harap kita semua sentiasa sedar kepentingan agama dalam hidup kita, terutamanya SOLAT.

Orang kalau sibuk, akhirat ditinggalkan. Time2 sibuklah, kita banyak doa agar kita dipermudahkan segala urusan. Insya Allah kita pasti boleh mengharunginya. Andai kata kita tiada sabar...sudah tentu ruangan di surat khabar tak cukup untuk melaporkan kejadian bunuh diri akibat stress.

Aku rasa kepala aku macam nak pecah. Entah inikah dinamakan MIGRAIN? Aku tahan je ni. Sabar sajalah. Yalah, menghadapi semua ni merupakan ujian. Sedangkan di KML jauh lebih teruk dari sini, mau komplen2.

Kalau kena bagi tugas, kita kena bagi komitmen. Ini penting. Orang lain sudah minta tolong dengan baik tapi kita balas dengan tidak bagus. Kecewalah dorang. Aku kecewa juga, kebanyakan ahli-ahli dalam kelas ku tu tak pandai bagi komitmen, ada saja benda yang tak ngam. Paling sadis ada yang mengutuk berabis. Aku walaupun tak suka, aku diam saja. Lebih baik diam dan ikut daripada bising dan merungut tak tentu pasal di mana mungkin akan berlaku pertengkaran hebat sepanjang zaman.

Okaylah, aku mahu tidur. Kepala seperti mahu pecah. Selamat malam!

AvA - Hepy bestday Debbie Seb!

Selamat datang ke alam dewasa!

Assalamualaikum,

LAPAR menguasai diri. Tapi tidak mengapa sebab aku tak kisah. Ahaha. Namun demikian, sabarlah wahai perut. Nanti tengahari kita makan.

Semalam, keputusan SPM 2010 dikeluarkan. Agak ramai yang mendapat keputusan cemerlang (aku tak tahu sebenarnya) dan di sekolah lama ku, terdapat 2 orang mendapat straight A. Ternyata kamu telah melepasi tahap pencapaian senior kamu, aku juga harap sekolah lama ku masuk 10 terbaik negeri sabah, seperti batch aku melakukannya pada 2009.

Dan kini, para lepasan SPM akan sibuk memikirkan untuk memohon mana satu, mengikuti mana satu, mengambil mana satu program sambung belajar. Kalau yang excellent, mungkin pergi overseas, kalau yang sekadar ala kadar, mungkin sambung Form 6.

Banyak peluang anda belajar, IPTA ada, MAHSA ada, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, KPLSPM, Matrikulasi dan banyak lagi program lain yang ditawarkan. Anda harus membuat satu keputusan yang bijak sebelum anda akan terkilan satu hari nanti.

Kenapa aku mengatakan begini? Marilah aku buka cerita sikit. Hehe. Rata-rata kawan-kawan ku di IPG ni, mereka telah pun memulakan pengajian mereka, kebanyakan di matrikulasi sebab matrikulasi awal mula, ada yang form 6, dan ada yang di IPTA. Tapi last-last, dapat keputusan KPLSPM, mereka semua menuju ke arah yang sama yakni IPG.

Tidak hairan bukan? Sebab kalau tanya dorang, rata-rata bukan dorang minat jadi guru. Tapi apakah tarikkan kerjaya guru ini? First, dorang kata, kerjaya terjamin. Second, ada elaun. Ketiga, aku tak tahu. Haha. Dalam kelas ku, aku dan beberapa orang ja yang direct masuk IPG tanpa keluar dari program lain.

Semuanya bergantung pada minat masing-masing. Tapi akan timbul juga minat mau jadi guru, sebabnya mungkin
1. Ingin banyak cuti
2. Ingin mengajar anak orang
3. Membalas jasa guru yang pernah ajar dorang

Mungkin saja. Aku pun tak tahu, Hehehe. Tapi jangan terpengaruh dengan desakan ibu bapa yang suruh atau lebih tepat PAKSA korang masuk sesuatu yang korang tak suka dan tak minat. Lagipun, masa depan kita, kitalah yang tentukan. Cuma, kita perlu meminta pandangan daripada mereka supaya kita boleh buat satu keputusan tepat demi masa depan.

Jangan tunggu peluang datang bergolek. Kebanyakan orang yang average dalam SPM mereka, dorang macam putus harapan untuk sambung belajar. Mereka selalunya kata begini
"alaaa..aku punya SPM teruk la. Aku sambung form 6 je. Malas aku nak mohon2. Kalau ada rezeki aku pergilah."
Maksud ada rezeki ini, ialah kita telah berusaha dan banyak berdoa, lepas tu baru dapat. Bukan kalau ada rezeki, tiba-tiba peluang datang. Macam manalah bolehnya duit datang berkoyan-koyan kalau duduk diam je.
Sentiasa berusaha. Itu paling penting. Bukan apa, aku ada seorang member, dua tahun tua dari aku, lepasan SPM 2007. Time 2008, aku suruh dia pergi cari kerja. Dia kata tengoklah dulu. Balik-balik cakap begitu last-last sampai pertengahan tahun, dia sambung di Giatmara. Okaylah tu, lepas setahun dia out. Dia duduk diam di rumah dari 2009 sampai 2011. Aku suruh lagi mohonlah mana-mana patut. Dia acuh tak acuh. Menganggur je la dia sepanjang 2 tahun tu. Syukur juga 2011 ada dah rezeki dia. Alhamdulillah.

Kepada adik-adik lepasan SPM, aku ucapkan selamat datang ke alam dewasa yang sebenar. Zaman sekolah tu memang banyak kenangan. Jangan lupa kenangan tersebut. Alam dewasa ini, korang akan rasa apa itu DEWASA. Kehkehkeh. Dunia dewasa yang profesional.

Kesimpulannya, tahniah kepada semua SPM 2010. Tentukanlah masa depan anda dengan tangan anda sendiri, di samping senantiasa beribadah kepada-Nya. Jangan kita lalai dalam perintah agama. Insya Allah, kehidupan kita akan diberkati. Amin.

AvA - BANYAK-BANYAK YER MOHON KPLSPM. JADILAH GURU! KIKI. Ohya, WASABER maju lagi! Dari blog ke domain! MANTAP!


HLOVATE

Assalamualaikum,

Ketika kuliah tiada pensyarah masuk untuk full office hour, keluarlah segala aktiviti bersama rakan-rakan di mana tempat ini macam tempat piknik. Kahkah.

Tadi pagi aku rasa sungguh malas nak ke kuliah, dengan adanya presentation hari ini, banyak kerja. Yalah, mau rileks2 dulu lepas exam. Walaupun hakikat aku dah rileks hebat pada cuti minggu lalu. Ahakz.

Semalam aku kebanyakkan stay di bilik si Burungman dan kami buat kerja gila. Menjadikan Vico jadi coklat bar. Korang nak bagitau aku. Hehehe. Dalam kesempatan tu, roomate dia cerita pasal Rebecca Black. Punyalah semangat dia baca komen-komen di YouTube pasal video si gadis comel tu. Hahaha.

Tiba-tiba mataku terpandang.......CINTA YANG HADIR.
"Apa ko buat ni ga?" - aku
"Hehehe...saja ja buat cerita ni..." - burungman
Apa lagi roomate dia pun menyampuk cerita pasal membuat cerita ni. Aku sekadar mendengar saja. Siok juga ni. Si burungman tu memang hantu novel. Dia kata dia dapat inspirasi dari membaca sebuah buku.
"Kau tau Faiz, ko bacalah ni. Ni lah novel yang betul-betul siok saya baca. Kalau kita baca macam kita sendiri yang merasai situasi tu. Lagi satu, gaya penulisan dia semart, santai ja ba..Cerita ni pasal bla bla bla...."
"Siok ka ni novel?"
"Ui jangan ko..ko tau...ko bacalah sendiri. Dia punya cerita membawa saya kembali mengenang zaman sekolah...bla..bla..bla..."
Aku mendengar dengan khusyuk. Dia bagitau, itulah sebab dia berazam mau buat cerita panjang-panjang. Terus hantar untuk buat novel. Tiba-tiba...
"Kali sampai graduate baru ko hantar cerita ko tu. Haha." roomate dia
"Haha. Tulah mau cuba ja ni."
"Ko tau, tula tu dia tu, ada setan tu, setan (ntah pa lagi dia kata)" roomate dia
Roomate dia bermain menyindir-nyindir si burungman. Aku renung kejap novel tu.




Sempat juga si burungman cerita asal usul penulisnya yang tidak diketahui identitinya. Heran. Novelis apakah yang begitu? Entah-entah kawan, makcik, pakcik. Aku pun berfikir, ini laki atau pompuan yang tulis? Haha.

Tapi aku mau bagi rating tinggi bagi novel ini. 9/10. Kehkeh. Berbeza dari penulis lain, gaya bahasa dia santai dan paling hebat dia buat, syllabus pelajaran masuk dalam novel ini. Syllabus Sains Tulen. Gila. Aku bingung-bingung membaca formula addmaths, baca teori fizik, baca kimia punya pelajaran. Penulis ini super genius sungguh.

Bukan apa, sebab sebelum ni baca novel, kebanyakan pasal cinta dan cinta. Baca novel R.A.M, action sungguh banyak. Ada satu novel memikat hati, Cinta Kau dan Aku, juga memikat hati. Tapi kalau cerita pasal Tunas ni, aku rasa lebih siok baca ini. Kehkeh. Percayalah.

Aku suka novel bersifat santai, yang banyak suspen, yang banyak persoalan. Kadang-kadang baca novel, tiap-tiap novel pasti lebih kurang saja jalan ceritanya. Tapi Tunas ini lain sikit, anda boleh pening kepala kalau tak menghayatinya. Heheh.

Okaylah, korang nak tahu, bacalah sendiri. Aku mau buat kerja dulu. Selamat malam!

Tuesday 22 March 2011

Bantu yang susah, maafkan yang tersilap, prasangka baik terhadap semua.

Coklat bar vico. Anda mahu sila bagitau diri ini. Hehe.

Syukur sangat aku masih bernafas hari ini, walaupun tidur yang tidak cukup sangat tapi dapat juga tidur sebentar petang tadi. Gara-gara kurang tidur, aku jadi cepat murung dan marah. Jadi kepada yang kecik hati, aku minta maaf. Sorrylah yer. Andai kata tersinggung hati anda, aku minta maaf banyak2. Yalah siapa tahu, aku mati nanti, tak sempat minta maaf dan ampun. Jadi kepada orang FB, orang BLOG, orang INTERNET, orang ASRAMA, orang IPG, orang KENINGAU, orang SABAH, orang MALAYSIA, aku minta ampun banyak-banyak.

Ok. Tadi aku pergi BIG (Buat Ibadah Group) yang bermaksud solat berjemaah di masjid. Ku gagahkan diri hadir ke masjid walaupun hujan. Sejuk. Tapi yang penting niat ikhlas ke masjid.

Tazkirah yang diberi pun menarik. Cerita pasal iblis jumpa Rasulullah S.A.W. Menarik sangat perhatian aku. Golongan yang iblis paling benci seramai 15 orang, semuanya yang baik-baik belaka. Ustaz itu juga menyelitkan beberapa pengajaran dan paling utama aku ingat ialah menyokong kawan yang jatuh dan dalam kesusahan. Samada masalah kecil atau besar, kita kena support kawan kita. Aku bagi contohlah, seorang kawan ini mula berjinak-jinak ke masjid setelah diberi taufik dan hidayah. Alhamdulillah.

Tapi kawan-kawannya menyindir 
"hang ke masjid? weh patutla ujan turun tak henti2." kata kawannya. Si kawan ini pun sedihlah. Yalah, perkara baik dia nak buat, dia nak berubah tapi diperlekehkan. Dua kemungkinan akan terjadi ialah, dia akan putus asa untuk jadi baik atau dia akan tabah menjadi terbaik.

Dalam kes lain aku nak tegur, kalau kawan kita buat salah, tegur baik-baiklah. Jangan nak cakap belakang, apa ini, tidak mantap sungguh. Nabi larang untuk kita cakap belakang pasal orang lain. Macamlah kita bagus sangat. Selalukanlah muhasabah diri.

Memang seronok tazkirah tadi, solat Isyak, ada sedikit taklimat mengenai aktiviti sepanjang Bina Ibadah Group setiap hari selasa malam rabu. Kem bestari solat, inisiatif JKM untuk memantapkan solat berjemaah di masjid IPG. Berita baik juga, BIG diwajibkan hadir dan kehadiran akan diambil sebelum pukul 7pm. Kenapa pula begitu? Sebab tidak ramai hadir ke masjid dan ini mungkin salat satu cara untuk buat para pelatih menyukai masjid. Walaupun hakikat mereka tak suka, percayalah satu hari nanti Allah buka pintu hati mereka untuk menyintai masjid.

Well, aku pun bingung dah apa nak cerita. Kehkeh. Yang penting sekali aku mau kata jangan berprasangka. Ya ramai antara kita suka berprasangka. Janganlah sebab sangkaan kita boleh membawa kepada dosa. Lebih baik kita sentiasa berprasangka baik sesama kita untuk mengelakkan sebarang kebencian yang mungkin bersarang di hati dan juga malu kemudian hari. Contohnya, ada seorang ni kita sentias berprasangka buruk tapi satu hari, dia telah menolong kita tanpa disangka-sangka. Ofkos kita akan rasa malu bukan? Heeee. Tapi kalau sudah kena tolong, masih lagi prasangka "alaa dia tu saja nak tunjuk baik" bertaubatlah kamu. Ada tak kena dengan hati kamu tu.

Kesimpulannya, aku mahu buat kerja. Mood dah okay. Sorry sekali lagi kepada orang yang terkena tempias tidak cukup tidur. Saling bermaafanlah kita. :)

AvA - Siapa suruh lambat tidur. Sudah dipesan kurang tidur boleh menyebabkan marah pun tak mahu dengar. Huh!

Grr grr grr grrr!!!

Assalamualaikum,



Grrr grrr grrr grrr!

Dalam keadaan ini, grrr grrr grrr grrr! Aku melihat ramai update entri pasal PBS kali pertama dan praktikum. Grrr grrr grrr grrr! Aku cukup jeles! grrrr!

Lepas tu time main FIFA, aku lagi panas! Grrr grrr! Tak guna punya AI. Main bagus-bagus ba. Main sembarangan ja. Adakah ditakdirkan untuk kalah di tangan pasukan yang tak kuat? Padahal aku main dengan power sekali. CIS CIS!!!

Pasal PBS tu, betul aku jeles. Tapi aku pasti melaluinya juga. Hehehe. Aku dan rakan-rakan sekelasku juga PBS ba. Bukan dorang PISMP ja. PBS versi kami. Kalau dorang Pengalaman Berasaskan Sekolah, kami PBS - Pensyarah Bersama Student. PBS juga kan? Kahkah.

Takpelah. Korang buat baguih baguih yok time PBS tu, jangan nakal-nakal. Hehehe. Siokla dapat jumpa bebudak sekul ini. Kehkeh.

AvA - Lantas aku sedar, marah ialah gara-gara syaitan. Astaghfirullah alazim.

Monday 21 March 2011

Kejadian misteri yang realiti

Okay, memandangkan aku tak boleh buat beberapa perkara ketika blogwalking
- komen orang
- shoutbox
- follow orang

Aku terpaksa tunggu hingga ke pukul 5 petang baru dapat buat. Grr punya wireless.

Aku mau cerita pasal kejadian yang menimpa aku semalam. Biarpun aku rasa itu mimpi, apakah mimpi kalau aku mengalaminya secara realiti dan dalam keadaan aku sedar?

Pada pukul 12.30 malam, aku masih bermain FIFA 2011. Selepas membelasah Tottenham 7-0, aku cek kejap team aku dan buat sedikit pengurusan.

Lihat jam pukul 1 pagi, oh aku dah patut tidur ini. Aku keluar ke tandas, buang hajat, berwuduk terus balik semula ke bilik. Sebelum masuk bilik sempat aku lihat bilik rakanku, lampu tutup, dah tidur agaknya mereka.

Baca kursi, doa, terus lihat skrip doa untuk perhimpunan, terus simpan dan tidur. Off lampu, lampu tidur saja yang menerangi bilikku. Sejuk malam tu, aku kurangkan kepada 3. Straight to the point, aku susah mahu tidur.

Pertama, guna lagu, yang jenis slow. Walaupun slow, lagu fav, aku tetap tak dapat tidur. Kepala aku rasa sakit. Entah macam mana rasanya tu. Bukan migrain. Sebab aku tak pernah rasa migrain sepanjang hidup.

Aku letak balik headphones, kasi loudspeaker. Kurang sikit volume, takut orang sebelah, jiran sebelah, bilik sebelah dengar. Tidak juga dapat tidur. Last2 aku stop dan letak di sebelah katil di kerusi khas untuk handphone, dan tidur, sambil kepala rasa lain macam saja. Apakah aku buat? Aku beristighfar terus. Alhamdulillah dapat tidur.

Dalam siok tidur, aku terdengar suara sayup, apakah itu? ANJING MELOLONG. Bukan satu, tapi banyak. Gila, perasaan bercampur baur, panas, resah, takut, gelisah. Anjing melolong dalam keadaan yang mendatangkan seram. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Aku cuba buka mata, kabur. Aku fikir mungkin sebab masih mamai. Aku terus sedar, gosok mataku. Ini kali, gosok banyak kali pun masih kabur.

Pemikiran ku, aku yakin ada makhluk menggangguku. Bangunku dari baringku, terus duduk. Dalam keadaan marah dan panas hati. Anjing melolong tiada langsung aku dengar. Betul, aku dikacau. Aku lihat jam, adakah waktu subuh dah masuk, pukul 3.32 a.m. Oh, terus timbul niat untuk bangun malam. Tapi memikirkan terlalu mengantuk, aku terus tidur balik. Malah dalam ingin tidur, aku sempat baca ayat kursi. Nabi S.A.W melarang kita solat malam, solat sunat, dalam keadaan mengantuk. Jadi aku tidur balik.

Alarm dah berbunyi, tapi sekali aku lihat jam, 5.20 pagi! Cis dan cis. Aku terus bangun. Mahu pergi masjid, dah lambat dah. End up dengan solat di bilik, dan tabiatku, tidak tidur balik. Malah on laptop, cek FB dan blog.

Aku terfikir-fikir, apa yang mengacau diriku pada pukul 3.30 pagi. Aku kira bukan 3.30 pagi, mungkin sebelum, walaupun aku rasa sekejap, tapi hakikatnya, ia memang lama.

Aku kira, makhluk yang kacau aku tu memang tak suka aku di situ. Itulah kali pertama aku dikacau di bilik baru. Mungkin sebab seminggu aku tak berada di situ. Namun, aku tidak takut, sebab dalam dunia ini, hanya Allah saja yang patut kita takut. Apakah saja makhluk itu, dia juga makhluk Allah, dia juga takut Allah. Kalau kita takut kepada pengacau itu, makinlah dia kacau.

Kalau berhadapan dengan benda sebegini, kita rileks. Baca ayat Quran, terutama ayat Kursi. Ya, itulah paling afdhal, diuarkan ayat seribu dinar. Itulah baik.

Kesimpulannya, mataku kini rasa letih dan mengantuk. Selalunya tidak begini. Apapun, lepas kuliah hari ini aku mahu tidur.

Mari kita blogwalking.

Assalamualaikum,

Jom kita blogwalking. Ups kata lain blogdriving. Oh, dan oh, memang seronok nak buat ini. Sebab time begini, di blok kuliah, tidak ramai guna wireless. Sem 5 praktikum, sem 1 PBS. kikiki.

Tup tup tup, cek di WASABERS ada ramai yang baru update blog. Jom kita lihat, tajuk para wasabers menarik perhatian aku.

Okay, baca baca, baca baca. Jom komen. Klik post a comment. Tiba-tiba....

Grrr.!

CELAH KAYU wireless! Si ALAN!

AvA - Klik banyak kali "Try Again" pun, begitu juga keadaan.

Selamat berpraktikum dan PBS!

Assalamualaikum,

Memandangkan 21 ialah fav aku, jadi aku update blog untuk 21 haribulan. Heheehehehe. Syukur dapat membangunkan diri untuk solat subuh walaupun tidur lewat tapi tak macam time cuti. Gilalah kalau aku buat macam time cuti, confirm mata ini kelihatan seperti memakai celak.

Okay, hari ini dan start hari ini ialah praktikum dan PBS untuk para PISMP Sem 5 dan Sem 1, tidak dilupakan juga KPLI Januari 2011. Jadi aku ambil kesempatan untuk ucap selamat berpraktikum dan berPBS kepada anda semua. Bukan di IPG Keningau ja. IPG lain begitu juga. Heeee. Harap korang buat yang okay dan okay serta okay.
Okay, ketika memasuki fasa inilah yang memainkan peranan. Peranan apa? Ketika datang perkara begini, PBS dan praktikum, ramai orang bangun awal. Yup, awal dari aku. Perasan awal bangun aku ini. Kalau tiada benda ini, jangan nak kata awal, mau dekat pukul 7 baru bangun.

Baguslah kalau bangun awal, tapi kalau awal bangun jangan lupa solat subuh yer. Yalah, manatau ada yang bangun awal bersedia untuk praktikum/PBS tapi solat subuh ditinggalkan. Bukan apa, berubahlah. Kalau boleh bangun awal untuk dua benda ini, kenapa tak boleh bangun awal untuk panggilan akhirat, panggilan akhirat, panggilan akhirat yang sudah ditetapkan sejak dari dulu lagi?

Aku bukan nak berhujah pasal ini. Tadi bangun melihat jam, aku sudah terlewat untuk ke masjid, sekali aku keluar dari bilik, wah, ramai bangun awal. Semangat hebat sungguh ini. Kan bagus kalau hari-hari awal walaupun tiada PBS/praktikum. Solat subuh awal-awal, kalau boleh pergi masjid lagi. Memang susah untuk solat subuh di masjid, sebab itulah special kalau time subuh ini.

Aku harap keadaan sebegini, akan berterusan, awal bangun supaya dapat solat subuh. Kalau boleh subuh yang bukan subuh terkejut. Seperti kata ustaz aku, sepatutnya kita bangun untuk tahajjud, bukan subuh terkejut. Subuh terkejut ini yang selalu buat solat subuh lewat-lewat, tahajjud maksudnya kita sempat qiamullail sebelum solat fardhu subuh.

Heee. Aku tak mahu ulas panjang-panjang. Apapun, semoga para guru pelatih sekalian akan buat yang terbaik dalam PBS/praktikum. Ohya, hari ini kami urus perhimpunan untuk bulan Mac. Oh tidak, tapi yang menggembirakan, tidak ramai hadir. Hanya tujuh kelas saja. Yalah, Sem 1 dan KPLI Jan pergi PBS, Sem 5 pergi berpraktikum. Hanya Sem 3 serta PPISMP Sem 2 (batch kami) saja yang ada time ini. Memang sunyilah blok kuliah tu. Dan aku harap pensyarah malas masuk. Sem 3 dah PBS sebelum cuti.

Kepada yang tak tahu apa itu PBS, maksudnya Pengalaman Berasaskan Sekolah, eh betulkah? Sebab inggerisnya bunyi School Based Experience. Haaa. Hentamlah. Yang penting korang tahu apakah maksudnya.

Sebenarnya, kalau boleh aku mahu PBS awal-awal atau praktikum awal-awal. Tapi aku belum cukup ilmu di dada, macam mana mau tunjuk ajar budak-budak? Sedangkan mau ajar diri sendiri pun belum tentu boleh buat. Hehe.

PBS berjalan seminggu, manakala praktikum berjalan selama 3 minggu. Kalau salah tunjukkan. Yalah, aku masih junior, manalah aku tahu semua benda itu. Hehehe.

Sudah cukup aku rasa untuk kali ini. Aku kena bersiap sedia untuk perhimpunan karang, kami disuruh oleh ketua opsyen untuk berkumpul di dewan pada pukul 6.30, kalau yang terlibat secara teknikal atau lebih tepat, hanya sekadar pemantau atau membantu kalau ada yang perlu, lambat-lambat datang takpelah. Aku kena hadir awal. Ada tugas khas kan. Walaupun hakikatnya, aku rasa aku kurang layak memikul tugas ini. MEMBACA DOA.

Kesimpulannya, jom kita bersiap-siap. Kepada guru pelatih perempuan yang berPBS/praktikum, jangan tebal mekap, nanti murid lari. Kepada guru pelatih lelaki, jangan terlalu hensem, tidak pasal-pasal guru-guru di sekolah yang anda pergi jatuh cinta dengan anda, terus kekasih anda marah. Tidakkah terharu. HAHAHA.

AvA - Kepada Kak Nija dan Ema, selamat berpraktikum dan PBS kepada anda berdua. Kehkeh.

Saturday 19 March 2011

Ada jauh lebih teruk dan jauh lebih baik dari anda.

Assalamualaikum,

Inilah malam terakhir aku di rumah. Aku seperti malas nak ke IPG walaupun aku suasana di sana, tapi takpelah.

Jom kita sentimental sikit. Kehkeh. Pernahkah anda rasa malu terhadap diri, rendah diri melampau, rasa diri ini tak layak berada dalam golongan lain, rasa diri ini teruk sangat, rasa diri ini selalu cetus masalah sehingga orang tak suka. Dengan kata lain, rasa diri anda sangatlah tidak diperlukan di dunia ini.

Janganlah anda menafikan. Kita semua pernah rasa begitu. Ya, siapa tak pernah maka dia seorang happy go lucky. Kononlah. Kehkeh. Adakah kebaikan kita rasa perkara sedemikian? Ada, ini menunjukkan kita rendah diri tapi ingat, jangan terlampau seolah-olah kehadiran kita membawa kebencian terhadap orang padahal takde salah pun.

Tapi sebenarnya, kita tak harus fikir begitu. Kita kena muhasabah diri dengan memberi keyakinan bahawa kita ini bagus sebenarnya. Sebab ada jauh lebih teruk dari kita. Percayalah.

Apabila menghadapi perasaan begini, kita kena sentiasa berdoa dan beribadah kepada Allah, sesungguhnya Dialah saja yang mampu mengubati hati kita. Dialah Maha Pengasih dan Penyayang. Janganlah kita feel down lagi.

Kedua, pasal mengatakan orang teruk. Okay ini banyak sangat kes ini. Pernahkah anda terfikir "alaa, dia bukan bagus sangat pun. Aku lebih bagus dari dia. Huh." perkara ini? Janganlah menafikan, kita semua pernah rasa.

Okay, pasal ini, aku telah kata balik-balik jangan berprasangka. Prasangka baik saja terhadap dia, sebab dia lebih baik dari kita. Di FB, ramai users suka mencaci, memaki hamun orang lain. Betapa aku panas sungguh melihat perkara begini, adakah FACEBOOK tempat memaki hamun?

Buat apalah mahu maki hamun orang yang baru buat sedikit kesilapan sudah kita anggap macam dosa besar. Perlukah begitu? TIDAK! Korang yang buat dosa sebab memaki hamun orang lain hanya kerana sedikit kesilapan. Benar sungguh kata-kata popular ini, kalau orang buat seribu kebaikan, dan tersilap sedikit, kesilapan itulah yang diingat sampai bila-bila. Cumanya kalau kita tak pernah kenal tiba-tiba pula ada orang tu buat salah yang tidak sepatutnya, kita kena nasihat dan jangan sesekali mengamuk tak tentu pasal.

Kecewa dengan keadaan, aku rasa macam mau je cili orang tu, cubalah bawa bersabar. Ini sampai kata orang itu sial, f**k, najis, teruk, gila, macam-macam. Oh, tak guna sungguh orang sebegitu.
Pendek kata, kalau kita rasa down, ingatlah bahawa ada orang lebih teruk dari kita. Kalau kita anggap orang lain tak berguna, sesungguhnya dia jauh lebih bagus dari kita. Kenapa? Supaya kita sedar bahawa tiap-tiap manusia yang dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Allah sudah cipta kita sebaik-baik manusia. Jadi kenapa mahu kata kita ini teruk atau kata orang lain itu teruk?

Kesimpulannya, beristighfarlah kita banyak-banyak. Mudah-mudahan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

AvA - Penulis sendiri rasa down. Sebab situasi yang dialami beliau membuatkan beliau down.
 

Tabahkan diri anda komrad seperjuangan.

Assalamualaikum,

Lepas habis makan, cuci pinggan mangkuk, kembali ke FB. Ada satu mesej daripada senior mengatakan bahawa kakak kepada rakan sekelasku, telah kembali ke rahmatullah.

Terkejut aku, perasaan simpati menyelubungi. Sebagai kawan yang prihatin, aku hanya mampu mengucapkan takziah serta al-Fatihah. Dalam usia muda, dia kehilangan seorang kakak.

Tak dijangka sungguh hayat seseorang. Memang tak disangka-sangka. Mati tidak mengenal usia. Percayalah. Buat keluarga al-marhum, mudah-mudahan kamu tabah.

Aku sendiri pernah rasa kehilangan ini, di mana kedua datuk dan nenek ku pergi buat selamanya pada tahun 2008. Dua-dua meninggal dengan cukup tenang. Sedih sungguh ketika itu.

Moga kita dijemput dalam keadaan kita beriman. Rakanku Nurul Amni, dan keluarga anda, tabahkan diri. Sesungguhnya setiap dugaan merupakan pengangkat darjat kita di sisi Allah.

SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

Assalamualaikum,

Akhirnya dapat ikut. Akhirnya dapat ikut. Akhirnya dapat ikut. Kahkah.
Jom kita ikut ramai-ramai. Kehkeh.


Sila klik banner itu kalau nak pergi, kalau tak dapat juga, klik sini. Kehkeh.

Kesimpulannya, jom join! Sempat atau tak yang penting dapat. kahkah.

Dunia orang dewasa.

Assalamualaikum,

Baru aku sedar Legendary Dark Knight dalam Devil May Cry memang menakutkan. Kahkah. Susah sungguh untuk lawan bosnya.

Okay stop mengarut. Yah, apakah kali ini? Nampak tajuk tu? Dunia orang dewasa...wah...bunyinya memang macam gersang? Kahkah. Korang jangan fikir bukan-bukan.

Apa yang aku maksudkan sini ialah dunia orang dewasa dalam internet. Kalau korang fikir bukan-bukan alamatnya korang ni cepat prasangka. Haha. Baiklah kita straight to the point.

Maksud sebenar dunia orang dewasa dalam internet, terutama bagi para penuntut universiti ka..pekerja ka...apa-apalah, ialah BLOG. Diulangi, blog! Kenapa pula? Kalaulah kita tengok tiap-tiap bloggers yang selalu baca dan lawat blog kita, adakah korang nampak dia seorang budak-budak kecik umur 11 tahun? Kalau Facebook takpelah. Ini blog, faham tak? BLOG!

Percayalah, orang dewasa kini memang suka berblog. Hatta si penaip tegar ini pun suka berblog. Kenapa? Sebab banyak perkara kita mau kongsi dengan pelayar internet yang lain, bukan pelayar laut ya!

Blog memang kebanyakan orang dewasa yang dominan. Budak-budak ada tak? Entahlah, kita tak tahu. Kalau remaja ada juga tapi kurang yang guna blogspot/wordpress/domain untuk tulis-tulis. Kebanyakan mereka guna formspring, tumblr. Aku akui aku tak kenal sangat benda-benda tu. Tumblr tu terutamanya lagi. Macam blog tapi lain punya. Haha.

Ramai remaja, terutamanya yang menghampiri umur 17-18 tahun mula berjinak-jinak dengan blog. Hatta, kalau korang cek di FB, ada saja blog-blog yang kena post. Malahan page "Guru Pelatih Seluruh Malaysia" pun jadi tempat perkongsian blog. Apa salahnya? Siok ba ni.

Blog ni tempat perkongsian apa saja kita nak. Seperti ku katakan dalam "Kenapa saya membuat blog?" korang cek la sendiri. Kahkah. Yang penting kita berblog dengan cara yang baik-baik.

Siapa-siapa pun boleh berblog, jadi kepada adik-adik remaja tu, buatlah blog daripada korang post status tak guna di FB tu, lebih baik korang kongsi ilmu korang di blog. Betul tak wahai blogger?

Tak salah guna tumblr, tapi masalahnya, terutamanya bagi pelajar universiti, kebanyakan institut memblok tumblr. Blogspot? Langsung tiada masalah. Itulah kelebihan blogspot. Kehkeh. Seperti dinyatakan juga, blogger Malaysia juga semakin ramai. Kepada yang belum mengenali orang dewasa, jangan salah sangka mereka ini suka berkurung dan menghadap komputer saja, sampai tak nak keluar berkawan. Sebenarnya mereka berkawan lebih ramai di internet melalui blog. Kahkah. Dan memang perkara biasa, kalau komen-komen panas datang daripada penaip bertauliah yang misteri, anon. Bukan anon the blogspot ya!

Memang banyak cerita kalau pasal dunia orang dewasa ni. Apa korang fikir dunia orang dewasa hanya kerja ke? Blog merupakan kerja tetap juga tau. Kahkah. Orang yang dah lama berblog tak akan bosan untuk berblog. Percayalah! Para bloggers, adakah korang fikir perkara sama? Kahkah.

Aku pun tak tahu nak cerita apa pasal blog ni. Yang penting aku tahu, berblog memang seronok! Daripada melepak, rempit, dadah, rokok, parti-parti, siok lagi blog! Kahkahkah.



Friday 18 March 2011

Jumpa lagi??!!!

Assalamualaikum,

Cek-cek di internet pasal UEFA Champions League ni, pasal pengundian untuk 8 pasukan terakhir. Apakah resultnya? Jom kita lihat.

Real Madrid (Spain) vs Tottenham (England)
Chelsea (England) vs Manchester United (England)
Barcelona (Spain) vs Shakhtar Donetsk (Ukraine)
Inter Milan (Italy) vs Schalke 04 (Germany)

Sila lihat perlawanan no. 2. JUMPA LAGI??!! Kahkah. Untuk season ini, mereka lawan sebanyak 4 kali. Dua di BPL dan dua lagi di UCL. Oh tidak, ini kali, Man Utd akan balas dendam terhadap Chelsea berikutan kekalahan kepada Chelsea dalam BPL. Tapi Chelsea sendiri ingin balas dendam terhadap Man Utd di mana ketika 21 Mei 2008, Chelsea kalah kepada Man Utd dalam penalti.

Memang menarik, bagaimana yang lain? Aku paling berharap itu Barcelona kalah sebenarnya. Serta Inter Milan. Yalah. Siapa mahu lihat mereka beraksi? Kalau Madrid lawan Spurs, aku sokong Spurs sebab gaya permainan pasukan Harry Redknapp memang menarik.

Berbalik kepada Man Utd vs Chelsea, di mana perlawanan pertama akan berlangsung di Stamford Bridge. Man Utd perlu mendapat sekurang-kurangnya satu gol atau seri 1-1 untuk mara itupun, kalau perlawanan kedua mereka menang tanpa bolos. Tapi kalau boleh, 1 gol mengalahkan Chelsea sudah cukup bagi Man Utd. Javier Hernandez merupakan hero ketika pertemuan dengan Olympique Marseille, di mana Chicarito menjaringkan 2 gol.

Memang sadis bukan? Lepas UCL, ada lagi BPL. Man Utd akan bertemu lagi Chelsea pada perlawanan akhir musim BPL. Kahkah. Apapun, harap Sir Alex guna taktikal serta pengalaman selama 24 tahun beliau untuk menewaskan Chelsea nanti.

Aku ni dah jadi pakar analisis ke? Kahkah. Sebenarnya, kalau lihat Man Utd main, lebih seronok banding pasukan lain. Entah kenapa. Tak pa. Tunggu saja 5/6 April nanti. Insya Allah akan aku buat analisis (itupun kalau aku tengok match itu)

Kesimpulannya, GO MAN UTD!!!




AvA - Paling bikin sakit hati, wartawan memutarbelit kenyataan Lionel Messi di mana Man Utd bukan pesaing utama UCL! Cis!!!!!!!

FlySweater, sampai bila-bila.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah tadi dapat menunaikan solat jumaat di masjid pekan. Ramai sungguh walaupun hujan, tapi mesti lebih ramai kalau tak hujan. Sesungguhnya Allah menurunkan hujan untuk mengetahui keikhlasan kita ke masjid. Syukur alhamdulillah semua yang hadir tadi memang orang ikhlas.

Jom kita cerita lagi, tapi kali ini cerita lain. Siapakah FlySweater? Sejenis burung? Pakaian? Kapal terbang? Oh sabar. Ini adalah alkisah benar.

FlySweater ialah sebuah band profesional yang ditubuhkan pada Ogos 2005 dan secara rasmi pada November 2005. Asal band ini ialah di Keningau, Sabah.

Pada mulanya ahlinya seramai 4 orang, 3 main gitar dan seorang pemain drum. Salah seorang daripada pemain gitar menjadi vokalis. Keaktifan dalam bidang muzik memang tidak boleh dipertikaikan. Tiap kali ada masa, jamminglah mereka di mana-mana studio yang ada. Walaupun tidak lengkap peralatan, tapi mereka mampu menghasilkan bunyi menarik.

Tahun demi tahun, 2006, keaktifan mereka merudum gara-gara tiada tempat jamming, pada tahun 2007, selama setahun tidak aktif gara-gara peperiksaan besar. 2008, keaktifan mula kembali setelah pemain drum mereka jumpa sebuat studio di mana mereka melepas geram dengan bermain sangat lama setelah setahun tidak beraksi.

Sejak penubuhannya, ahlinya bertambah seorang pada tahun 2008, seorang perempuan. Mereka menemuinya setelah dipelawa mengikut dia untuk berjamming dengan rakan-rakannya. FlySweater menunjukkan kehebatan mereka berjamming dengan 2 lagu yang hebat.

Jom cerita ahli. Ahli kini seramai 5 orang, 4 laki2 dan satu perempuan, ala-ala Paramore tapi lagu bersifat moden dan klasik, digabungkan menjadi mosik. Lagu yang biasa dibawa ala-ala punk rock dan pop rock, seperti blink 182, Angels & Airwaves, Plus 44, The Used, Paramore dan Bunkface. Hebat sungguh kalau mereka bermain. Malahan klasik seperti lagu P.Ramlee bunyi gitar serta lagu popular Neil Sedaka, Oh Carol juga dimainkan.

Namun tidak tiap masa mereka berjamming bersama, selalunya 3 orang saja. Gara-gara seorang berada di KK dan seorang lagi sangat sibuk. Namun apabila gabung, memang hebat mereka.

Cerita pasal ahli, maaf lari tajuk, dari tua hingga muda. Paling tua, seorang lelaki, tinggi seperti Wayne Rooney, rasanya lebih. Lahir pada 8 Mei 1990, umur kini 21 tahun. Seorang pemain gitar utama (lead guitar) yang pro. Tidak dinafikan kehebatannya dalam memainkan sebarang lagu. Seorang yang lawak serta mempunyai gelagat pelik yang menarik serta menghiburkan. Asal beliau dari Keningau. Peminat Manchester United sejati. Rex!!!

Gelaran - Rex Travolta

Beliau kini melanjutkan pelajaran di Masterskill dan berada pada tahun terakhir beliau. Konvo pada bulan 5. Insya Allah akan bertemu di lain hari.

Ahli kedua, vokalis utama, seorang yang sangat sempoi, gila-gila dan baik hati. Lahir 13 September 1990, asal Keningau. Pemain gitar rythm yang mempunyai suara tenor. Sesuai untuk nyanyi lagu jenis suara tinggi. Beliau memang happy go lucky, serta orang yang selalu hadir ke masjid. Kini beliau menjalani kursus MAHSA di semenanjung dan akan kembali pada bulan 4 nanti. Itulah dia, Zul! Beliau juga seorang peminat lagu-lagu klasik. Uniknya dia.

Zul


Ahli ketiga, seorang yang jenis cool. Ahli kedua tua, lahir pada 10 September 1990, asal Keningau. Pemain bass yang unik sebab jari-jari beliau amatlah kecil dan khas untuk bermain gitar utama. Tapi kecekalan beliau memang menjadikan beliau seorang pemain bass yang tidak kurang hebatnya daripada pemain profesional. Kreativiti yang sangat tinggi dalam mempelbagaikan permainan bass beliau. Kini beliau menjalani KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM di IPG Gaya Kota Kinabalu dalam opsyen PJ dan Muzik. Tidak hairanlah beliau mampu mengkreatifkan permainan bass beliau. Seorang yang baik, Wiem!

Wiem Methylxaline

Ahli seterusnya, pemain drum mereka. Seorang yang ikut perangai kawannya, kalau gila gilah, kalau rock, rocklah. Kalau diam diamlah beliau. Lahir 21 Julai 1992 asal Keningau. Pemain drum yang semi-pro, memerlukan pengajaran, latihan lebih. Mengagumi Travis Barker sebagai pemain drum terbaik dunia. Kini sedang menuntut pengajian di IPG Keningau dalam opsyen TESL. Anda kenal siapa dia, pemilik blog ini. Faiz!

Faiz

 Ahli terakhir, seorang perempuan dan paling muda dalam kumpulan. Lahir pada 12 April 1993 asal Sandakan, tinggal di Keningau. Cute orangnya, manja orangnya, serta baik orangnya. Seorang lepasan SPM10 dari SMK Keningau. Beliau juga hebat menyanyi serta menang banyak pertandingan. Evavanna Evan!

Comel? Nolly.


Inilah ahli FlySweater, band profesional yang kini ahli mereka berada di haluan masing-masing. Dua dalam bidang perubatan dan kesihatan, dua lagi dalam perguruan. 4 daripadanya hanya berjiran. Dekat sungguh.

Namun demikian, kini keaktifan mereka jatuh terus. Disebabkan kesibukan melanda, mereka tetap berhubung seperti dulu. Mereka hanya perlu menunggu masa untuk jamming. Album mereka? Dalam proses! Kehkeh.

Kesimpulannya, band ini merupakan band pertama aku dan sampai bila-bila aku akan stay dengan band ini. I love you FLYSWEATER!!!





Eva Astura

Assalamualaikum,

Tiap-tiap hari time cuti asyik tidur lambat. Oh, memang sungguh sadis. Aku harap lepas cuti kitaran tidur aku menjadi normal. Kehkeh.

Kali ini aku nak cerita sikit pasal seorang lagi perempuan yang hadir dan pergi tanpa berita. Bukan hadir dan pergi tak kembali.

Eva Astura, seorang perempuan cina yang telah memeluk Islam. Aku lupa dah bila dia jadi saudara baru ni tapi aku kira sejak 2008 lagi. Well, agak lama tak contact dengan dia. Sama seperti Hunny Anne, dia juga hilang tanpa berita. Aku harap mereka okay saja.

Bagaimanakah aku kenal dia? Hubungan persahabatan kami agak unik, pelik tapi realiti. Secara jujurnya, aku tak kenal sangat dia pada awal hubungan. Tup tup on FB, ada orang add. Tak perlu dinyatakan nanti orang kenal. Kehkeh. Aku anggap ianya sekadar orang yang ingin kawan secara ramai. Tiba-tiba suatu hari, chat dan chat. Banyak sungguh dia tahu. Rumah mana, selalu lepak mana, member siapa, band apa nama. Aku punyalah terkejut kucing. Aku kena spy ke? Huh?

Time lepak-lepak di tempat biasa, bestfriend ku menanyakan tentang perempuan misteri yang mengetahui maklumat bukan peribadi kami. Aku terkejut, rupa-rupanya dia juga mengalami peristiwa yang sama macam aku. Kehairanan sungguh aku.

Namun aku abaikan saja perkara tersebut untuk suatu ketika yang tidak lama, gara-gara berseronok berkomen dan bermesej dengan gadis-gadis cute serta jiranku yang cool dan cantik. Biasalah, baru buat FB tahun 2009, aktif akhir 2009, jadi diri ini pun kejakunan dan kesakaian. Malahan pernah buat dan post sesuatu yang amat memalukan!

Setelah ketika yang agak tidak lama, aku di add oleh seorang lagi perempuan, tanpa kusedari rupa-rupanya orang yang add aku itu merupakan orang yang sama. Aku mengetahuinya setelah aku paksa dia bagitau. Dari berchat, YM sampai bersms. Dan juga, aku yang masih nakal ketika itu cuba untuk bawa dia bercinta. Dia menolak dengan baik tapi alasan dia langsung tak bagi tahu bahawa dia ada BOYFRIEND!! Ya! Dia ada BOY!

Aku tak tahu langsung dia ada boyfriend. Memandangkan dia juga kenal bestfriend aku tu, maka bolehlah tahu situasi sebenar. Aku juga tak tahu dia bercinta dengan best friend aku. Aku hanya menyedarinya apabila rakanku tersebut update status yang betul-betul aku terasa, walaupun hakikat aku cuba tolak perasaan tersebut sebab prinsip sebenar aku, "kalau terasa makanya betul."

Aku yang tak tenang, terus tanya dia (Eva) apa hubungan dia dan kawan baikku. Akhirnya dia berterus terang segalanya. Malahan dialah juga orang yang tahu segala maklumat bukan peribadi aku.

Sejak situ, kami mula berkawan. Banyak cerita dan banya perkongsian masalah. Masalah pasal ex aku, jiranku, dan macam-macam lagi. Dia juga tak segan silu berkongsi masalah tentang cinta dia. Rahsia dimana aku dan dia saja tahu serta sudah tentu, Allah mengetahui apa kami bicarakan.

Kebenaran yang menyakitkan. Ayat itu sentiasa kita dengar, lihat, baca dan ungkapkan. Tiap kebenaran memang menyakitkan. Kejadian itu menimpa dia dan kawanku. Ketika kawanku ingin pulang cuti, kakak kepada jiranku yang comel, tumpang kereta untuk balik sama-sama. Kakak dia ini merangkap ex kepada kawanku, dan juga mumy angkat aku. Orangnya sangat cantik. Sejak kenal dia pada tahun 2008, dialah perempuan cantik aku pernah jumpa. Perempuan semua cantik, tapi dia lain sikit. Selalunya, ketika aku masih nakal, jumpa perempuan cantik, perangai gatal mahu bawa cinta. Tapi, jumpa si dia cantik, kakak jiranku, aku tak jatuh cinta langsung. Tapi sayang dia sebagai kakak. Wah wah wah.

Okay lari tajuk, kawanku tumpangkan si kakak cantik tu tanpa pengetahuan si Eva. Aku ni pun jenis mulut tiada insurans, tapi serius, aku tak tahu impak yang aku lakukan. Sedang siok siok bersms/call dengan kak Eva, dia tanya aku pasal kawanku. Tersebutlah (aku rasa) tentang penumpangan kakak cantik itu. Aku kias-kias je lah. Mulanya tiada apa-apa, beberapa jam kemudian, tiba-tiba dia menjadi single. Aku call, tapi tak berhasil.

Kecewa sungguh dia kawanku seolah-olah menduakan dia, gara-gara penumpangan kakak cantik. Heboh satu FB, heboh jiranku, heboh kawanku. Aku, kawanku dan kakak cantikku yang heboh lebih-lebih lagi rumah kami amat dekat jaraknya. Kawanku serang aku dengan soalan dan aku jawab secara jujurnya. Oh memang sengsara aku. Kawanku lagi, dia sangat sedih. Dia suruh aku pujuk dengan apa cara sekalipun dan dia menawarkan belanja aku makan.

Aku ketika itu telah diburu rasa bersalah tolak tawaran tersebut tapi aku pujuk habis girlfriend dia. Aku cuba call, namun masih tak dapat. Aku sms habis habisan. Kadangkala dapat juga, aku buka cerita, dia melenting. Begitulah ulang-ulang sehingga aku dapat meyakinkan dia bahawa kawanku seorang yang baik.
Syukur sungguh dapat membaikpulih hubungan orang lain. Kawanku menunaikan janjinya belanja aku makan. Aku hanya senyum, yalah, aku buat salah aku dapat ganjaran. Tapi itu pengajaran bagi aku.

Kadang-kadang mereka masih gaduh. Aku hanya suruh banyak bersabar. Suatu hari, aku langsung tak dapat call dia, mahupun sms dia. Kawanku mula gelisah. Sampai 3 hari aku cuba, pada hari ketiga, aku dapat berita bahawa dia ditimpa kemalangan. Aku terkejut, syukur dia masih okay.

Aku mengetahuinya daripada rakannya. Malahan dia sempat bagi chatting kiss (kahkah) yang kawannya sampaikan. Aku bersyukur sebab dia selamat. Yalah, kakak sayang ba tu. Dan time tu juga, aku dapat melihat muka sebenar dia. Ya, cantik. Seorang cina mualaf.

Beberapa minggu kemudian, dia beritahu yang dia akan pulang ke Sabah untuk cuti semester. Wah, aku gembira sungguh, kawanku lagi melompat ke langit. Aku kira ingin jumpa dia namun tidak kesampaian, aku rancang nak jumpa sebelum melanjut pelajaran di mana ketika itu aku sudah menghadiri temuduga serta berfikir untuk masuk matrikulasi atau tidak.

Time dia di Sabah, dia ingin date dengan kawanku. Namun tetap gaduh serta tak dapat berjumpa. Itulah berita terakhir yang aku terima dari dia. Dia breakup dengan kawanku setelah 3 bulan aku di IPG. Aku terkejut, sebelum tu, aku sering mengadu masalah pada dia berkaitan di IPG. Selepas itu, aku tak dapat call dia langsung gara-gara kesibukan. Sejak itulah, aku lost contact dengan dia, kemudian kehilangan interaksi dengan Hunny Anne juga memberi kesan kepadaku.
Aku kehilangan dua orang perempuan, kawan baikku dalam masa yang sama. Aku jadi pendiam dan rindu kepada mereka berdua. Kini Eva Astura, aku tak tahu apakah dia masih di Sabah atau sudah sambung belajar semula.

Aku betul ingin jumpa dia, aku mahu bercerita dengan dia banyak-banyak, dan juga, bukan kerana cinta, tapi kerana kasih sayang kawan. Aku kehilangan jejak FB, deactivated, call dia tapi dah tamat servis nombor dia, aku ingin bertanya kawanku pasal dia, namun diriku berdiam diri kerana ingin menjaga hati kawanku.

Sampai sekarang, aku tak tahu berita tentang Eva Astura, serta Hunny Bellyna. Aku hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa selamat. Aku harap Allah pertemukan kami sebagai kawan, kalau jadi jodoh pun tak apa. Kehkeh. Dan aku harap mereka ini rajin melayari internet, supaya mereka baca blog aku dan seterusnya cari aku. Kahkah.

Kesimpulannya, kepada anda semua, jagalah orang sekeliling kita dengan baik agar kita merasai kasih sayang sesama kita. Bukan kerana cinta laki-perempuan, tapi fitrah manusia berkasih sayang, serta menghargai sesama kita.

Eva Astura