Comrades

Tuesday, 4 January 2011

Kenapa saya membuat blog?

Idea datang lagi dan entri kali ini saya akan sentuh tentang 'reasons for blogging' atau bahasa melayunya 'kenapa perlu berblog'. Saya pasti ramai di luar sana akan memberi 1001 alasan sebab dan saya hairan kenapa 1001 saja diguna. Tiada kaitan langsung dengan tajuk kali ini. Okay. Rasanya kajian perlu dilakukan terlebih dahulu tapi tanya diri kamu sendiri kenapa kamu membuat blog. Tepuk dada tanya makanan, eh selera.

Antara alasan yang diberi mungkin seperti di bawah ini

"Kawan yg mempengaruhi saya"
"Saja-saja"
"Syok mau menaip"
"Luah perasaan dari hati"
"Mau buat diari.."
"Ingin kongsi sesuatu.."

Dan banyak lagilah alasan yang tidak dapat ditaip di sini. Haha. Apa pun sebab/punca/sumber kita berblog ini yang penting semua positif bagi yang suka kongsi pengalaman. Mau tau kenapa?Ada juga orang buat blog khas untuk 18SX. Haaaa. Ini yang tidak bagus. Macam mana saya tau? Banyak link2 yang berkaitan dengan benda ini yang muncul entah dari mana sehinggakan Nordin Aga membuat entri pasal benda ini untuk menyindir si pencari laman web/entri yang dot dot dot. Sot bukan? Paling saya bencilah ini. Tapi ini tiada kaitan dengan perkara itu.
Jadi bloggers sekalian,  janganlah kamu mencemarkan blog2 orang yang suci ini dengan keywords pasal benda tidak senonoh tu.

Kenapa saya buat blog? Hmm..agak simple jawapan saya sebenarnya. Saya buat ini sebab mahu berkongsi apa yang saya belajar, rasa, hidu, sentuh eh..apa ni. Pengalaman sayalah kebanyakannya. Di samping mahu menyuarakan pendapat sendiri tentang realiti hidup zaman sekarang. Jadi itu saja sebenarnya untuk entri ini. Ahah.
Kesimpulannya, mari kita berblog cara yang baik dan entri yang ok. Tidak salah kalau buat diari sendiri a.k.a menceritakan apa berlaku pada diri kita tapi jangan terover pula. Yalah. Takkan kita kencing pun mau bagi tau kan?Sot lah orang ini.

So, mari kita kurangkan penggunaan plastik kerana plastik tidak boleh dilupus. Eh, mengarut pula saya ini. Baiklah. See you on the next entry. ;)


P/S - Kepada penggemar cerita dot dot dot, stoplah. Pikir bagus ka tu. Bikin hilang nyawa yang halal saja. :P

Nah. Kalau si penggemar dot3 tu kena buat gini kan bagus. haha

1 comment:

  1. gua buat blog sebab bekas makwe gua bernama Hanis Zalikha pun ada blog. kahkahkah!.

    ReplyDelete