Yo! Kita bertemu dalam entri ini. Hari ni aku ingin kongsi beberapa tips cara2 untuk berkawan/ mengurat dalam laman web sosial. Tidak kiralah apa jenis laman web tu. Haaa. Aku dapat idea mau buat entri ni kerana aku seringkali lihat CARA2 si polan mengurat/meminang/cuba berkawan si polan yang cute/comel/handsome/macho segalalah. Bukan apa. Aku tidak cakap cara dorang tu salah tapi tidak betul sebenarnya. (sama ja pun tu.) Kamu tidak percaya?Aku list beberapa soalan wajib tanya dan memang meletup boring bagi si orang yang mau dikenal.
"Hi..bleh berkenalan ke?" - inilah paling POPULAR tapi palinglah tradisional punya cara. Ada patut minta izin mau berkenalan. Tidak payah tanya begini. Si penjawab akan jawab boleh pnya tapi mungkin ada sedikit jengkel la. Yalah. Soalan bonus kan. Mau juga tanya. Sekali dia bilang tidak boleh, kan haru. Haha.
"Awk org mana ya?" - ni pun salah satu paling bonus dalam dunia. Wei kawan, jgn tanya begini. Kenapa? SUDAH JELAS@ TARANG-TARANG SUDAH DI INFORMASI YANG DIA BERI DI PROFILE DIA. Buat pa buang masa mau tanya kan?Lainlah kalau dia kasi hidden info dia. Itu boleh korang tanya. Naa.. kalau si penjawab balas 'cuba ba ko baca di info sy..' tidakkah korang malu?
"Ko wat pa ni?" - ni kan..kalau aku yg disoal oleh pompuan cute..ups..konfom la jwb baik2 kan..macho skit..tapi kan..aku rasa jelek la sikit. Why? INILAH SOALAN PALING BONUS DALAM DUNIA. Haha. suda tau dia online korang tanya lagi. Aduhai. Kalau dia late reply (samada dalam chat atau komen2) bolehla kta tnya.."eh awk ke mana tdi?wat pa tdi?" itu tidak apalah. Tapi dalam kes ini pun..samada si penjawab tu memang ada benda di buat (selain online) atau dia malas mau jawab. Hahaha. pandai2lah korang. Jadi jangan malukan korang dengan soalan sebegini.
"Awk ni nampak cute/cantiklah" - ini soalah kan...memanglah paling bonus juga. Why? Memang tidak salah bagi pujian. Tapi kan..huh! Palinglah. Aku cakap beginilah..cute/cantik ja korang layan. Kalau tidak, korang layan juga ke?Nah! Haru kan? Puji tu biarlah ikhlas. Kita puji ja dalam hati. Orang yg buat cam tu seolah2 ingin memikat walaupun aku ni sembarang ja tapi ada penyokong kan?Kalau tidak cantik mau korang berkawan dengannya? (aku pun pilih2 juga tapi aku tidak buat benda yg aku taip ni. aha.) Jadi? Jangan ketarakan niat anda tu. Ada cara mau mengurat tapi tidak boleh diluahkan terus. Hoho.
"Thanx for the add/approve!" - ni pun rsanya tidak perlulah. Bukan apa. Aku rsa tidak perlu sebab bikin semak wall ja serta meletihkan jari si penaip. Hahaha.
Lagi, kalau tidak kena layan jangan marah2 mereka. Yalah. Manataulah mereka sibukkan. Aku pun begitu juga. Orang tengah chat, aku main game laptop. Sebab aku menunggu reply dorang. Jadi biarlah dulu kejap.
Dan paling penting..jangan bergaduh dgn org(laki2) lain utk mngurat perempuan yg korang minat. Nah. Ini apahal?Mau tau sebabnya?Aku pernah alaminya. OPS!! Bukan aku yg gaduh. Adalah kawanku ni perempuan, dia memang cantik, cantik org cakap mcm Marsha AF tu. Aku tidak pun nmpak cantik macam Marsha pun tapi memang cantiklah. Dia ni kawan kepada kawan aku juga. Kawan/Jiran ku ni merupakan kawan si cantik ni. Haa bingung. Aku tengok di wall dia ada dua orang..entahlah..emo ka, 'kulit kepala ka' (skinhead), pelempang eh..punk ka org tu. Aku rasa mau ktawa dorang dua minta untuk berkapel ngan si cantik ni. Adida. Punyala sandih. Kalau ya pun janganlah kasi ketara. Last2 aku ikut join jugalah. Aku bukan kenal si cantik ni. Jiranku yg kenal sebenarnya. Jadi aku masuklah dengan saja2 gila2 (aku ni rockers) cuba settlekan. Kononlah padahal tiba2 melencong untuk mau berkapel dengannya. Bingung2 mau pilih antara dua laki2 yg gaduh, aku 'offer' untuk backup dia, last2 kami berkapel. Tapi dah break dah. Hahaha. Kesiannya. Pasal dua laki2 tu, dalam inbox kami kutuk2 dorang. (free2 buat dosa) Siapa suru?Entahlah. Haha. Insaf eh.
Well itulah larangan dalam ingin memulakan sesuatu hubungan intim baik dengan orang lain. Itu baru larangan. Belum lagi cara yg baik serta tidak menimbulkan kejengkelan. Hahha. Akan ku sambung buat part tu selepas kajian lanjut terima kasih. :P
P/S - Kalau termakan petai rasa pahit, pi minum air banyak2. Aha.
P/S - Kalau termakan petai rasa pahit, pi minum air banyak2. Aha.
boleh berkenalan??
ReplyDeleteHAHAHA..
kuno wehh..