Solat itu lebih baik daripada tidur.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah sebab ada lagi peluang bernafas. Hehe.
Tadi aku ke masjid bersolat subuh jemaah dengan muslimin serta muslimat lain. Lepas subuh, seperti biasa ustaz akan beri tazkirah riyadhus solihin. Antaranya ialah suruh kita buat kebaikan.
Kebaikan. Cakap senang. Buat susah. Aku sendiri pun bukan baik. Kadang-kadang kitan nak buat baik, tapi orang sekeliling kita sinis kepada kita.
Kita tidak boleh memandang remeh kepada kebaikan yang orang lain lakukan. Sebab Allah yang berhak menilai semuanya. Bukan kita.
Malahan juga, walaupun kita bertapuk dalam gua gelap di malam yang tiada bulan, Allah tetap tahu apa yang kita lakukan. Sebab itulah Allah MAHA MENGETAHUI.
Paling senang untuk membuat kebaikan ialah senyum. Seperti lagu popular yang aku tak tahu siapa artisnya, senyum tak perlu kata apa-apa. Hehe. Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah. Aku pun mahu senyum jugalah. Jangan saja ada gadis jatuh cinta sebab senyumanku. Haha.
Kebaikan kedua, melupakan segala kesalahan orang terhadap kita dan memohon keampunan daripada-Nya sebelum tidur. Ini juga senang. Free of charge. Modal yang murah, tapi ganjaran besar. Cumanya, kadang-kadang kita semua lalai. Serta hati kita tidak cukup kuat untuk melakukannya.
Okay itu saja. Next, ya. Bulan yang ku tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab July ialah bulan special ku. Selain daripada Muharram. Ramai kata July ini bosan. Antara 12 bulan ini, hanya April dan July saja bosan. Sebab tiada cuti. Ya itulah tu. Kesianlah orang yang lahir April dan July. Tapi ada ku kisah? Ahah.
July ini istimewa sebab ianya bulan kelahiran ku. Heeee. Bila? Cek sendiri ya. Hahaha. Sebab ramai lagi kawanku yang lahir bulan July. Hatta Dr. Fadzilah Kamsah beritahu bahawa orang lahir bulan July ada specialnya.
Bukan bangga, sebab tiap manusia ada kelebihan sendiri. So takpayah aku nak bagitau apa specialnya. Hehehe. Apapun, yang penting kita tahu apa kelemahan serta kelebihan kita. Jadi jangan gaduh-gaduh. Lalalalal.
Besok, ada satu event iaitu larian 1 Malaysia. Secara jujurnya, larian apakah ini? Bingung tapi aku 'join'. Hehe. Walaupun hati mahu ke KK, tapi terima sajalah. Lepas habis saja aku terus pecut. Haha.
Kesimpulannya, buatlah kebaikan walaupun sebesar kurma. Sebab kurma tu banyak khasiat. Sama seperti kebaikan. Siapa tahu, kebaikan itulah yang membuatkan diri kita masuk syurga. Insya Allah.
AvA - Kahwin. Kahwin. Kahwin.
Alhamdulillah, tatkala org lain masih lena di buai mimpi, kamu insan yang Allah pilih utk bangun, solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah.. Alhamdulillah, moga istiqamah ya.. benar kata ustaz 2, berlumba-lumbalah kita membuat kebaikan walaupun sekadar senyuman, maka senyumlah.. tp, berhati-hati bila senyum dengan yg berlainan jantina, nnt ad yg perasaan lebih.. ho3.. slm jumaat..:)
ReplyDeleteSaya lahir dalam bulan Julai...Apa yg special? Hehe
ReplyDelete@Anonymous Alhamdulillah. :)
ReplyDelete@SimplySeoul Banyak. Antaranya tarikh hari lahir anda. :)