Comrades

Thursday, 30 June 2011

Semester 3. Lebih mantap dari semester dua. KAHWIN. KAHWIN.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sebab Allah masih memberi aku nafas untuk hidup, dan untuk update blog. Alhamdulillah.

Oh. Kali terakhir update pasal junior, hmm. Takpelah. Dah tamat dah pasal junior ni. Aku kurang kisah sangat.

Cumanya time semester 3 ni, aku menyukainya, lebih dari semester dua. Sibuk pun tak halang aku untuk menyukainya. Masya Allah. Hehehe.

Semester 3 ni kira satu cahaya baru untuk aku dan komrad2ku. Alhamdulillah. Jika sepanjang dua semester ni aku terkapai2, kali ini aku ada keyakinan dah. Ceh. Macam temberang ja.

Bukan apa. Semester tiga, memang sibuk. Exam, assignment, kerja-kerja, tugasan JKM. Tapi aku rasa macam tiada saja. Well, itu baru permulaan. Harap2lah aku mampu bertahan sampai bila-bila.

Semester 3 ada perubahan baru. Secara jujurnya, aku seorang yang lemah pengetahuan agama (bukan jahil aa). Sebab aku tak pernah sekolah agama sejak kecil. Time semester 3 ni lah yang membuatkan aku bersyukur mahu nangis sebab dapat mempelajari semula agama - ain, kifayah, asas, advance - dan paling seronok, belajar bahasa Arab.

Ramai yang anggap Arab ini susah. Betul memang susah. First time masuk kelas, blur ni ustaz cakap Arab full time. Haha. Tapi itu tidak halang niat dan azamku untuk belajar Arab. Sebab, dengan Arab saja aku boleh memahami al-Quran dengan betul.

Itu satu. Kedua, usrah umum pun dah ada semula. Alhamdulillah. Dapatlah lagi mengisi malam2ku dengan ilmu bermanfaat. Hehe. Ketiga, Ini paling siok. Kursus kahwin. Haha. Jangan korang jeles kalau aku ikut awal2, dapat jodoh awal2. Bukan terkahwin aa. Hehehe. Kursus yang memotivasikan diri aku.

Itulah semester 3. Di samping tu, banyak lagi lah. Selain kerja Kajian Sosial, Pengajian Inggeris, Pengajian Bahasa, Perkembangan Bahasa juga menyeronokkan. Cuma ada satu saja yang down aku. Hoki. Aisehmen. Susah mau main. Tapi kena belajar. Kena usaha lagi. Sebab dalam kelas aku, ada seorang PEREMPUAN genius sukan. Adesh. Sandih.

Banyak lagi sebenarnya. Aku haraplah aku dapat bertahan selama yang mampu. Bukan mudah, tapi tak susah. Yang penting sabar dan solat. Pembaca sekalian, anda juga mampu melakukannya. Bukan aku saja.

Walaupun awal2 ni dah ada yang menduga hati - junior serta si dia - tapi aku sabar saja. Sebabnya? Aku yakin aku akan dapat yang lebih baik untuk diriku. Cumanya, aku kena jadi baik kalau mau dapat yang baik. Bukan kerana itu, tapi kerana Allah.

Baiklah. Dah cukup dah. Simple tapi berisi. Walaupun semester ini lebih sibuk (percayalah) daripada semester lalu, tapi aku akan tabah mengharunginya. INSYA ALLAH!

AvA - Semester 3. Fasa dewasa sebenar.

No comments:

Post a Comment