Assalamualaikum,
Haa. Mau balik IPG suda. Tapi sama seperti tidak balik pun. Sebab? Well, aku tetap di hometown sendiri. Bersyukurlah sebab Allah bagi tempat yang mana tidak perlu aku keluar duit banyak. (Tapi elaun tetap habis.)
Tadi aku bershopping membeli barang keperluan. Sengaja awal2 supaya senang angkat, tak payah kelam kabut mau cari itu ini. Ceh shopping konon. Time beratur untuk membayar, terdengar perbualan orang belakang ku.
Makcik 1 - aii. Lama dah tak jumpa ni.
Makcik 2 - Itulah. Sibok je memanjang.
Makcik 1 - Yalah. Shopping sakan nampak?
Makcik 2 - Taulah. Ni sorang ni, dah nak jalan dah besok.
Makcik 1 - Iya? Ke mana? Ilmu Khas ke?
Makcik 2 - Iya. Di KL.
Makcik 1 - Ikut jejak ler tu.
Makcik 2 - Yalah. Dah rezeki namanya.
Makcik 1 - Baik2 ya 'dayang'.
Si gadis - Yalah. Hehe.
Pergh. Comel gila gadis tu. Ahah. Mau dilastik mataku ni. Tapi part yang bikin rasa diri ini kecik sikit, part Ilmu Khas tu. Waaa. Jauh geng. Aku terus berfikir, apasal aku di Keningau saja. Namun, aku cepat2 istighfar, Allah telah tentukan takdir ku, hidupku, jadi aku bersyukur. Cuma aku harap, kalau posting di bandar lainlah. Takkan Keningau kan? Hehe. Itu saja harapan ku.
Dulu time abang dan kakakku, mereka pergi asrama time sekolah menengah. Abangku 6 tahun di SMAKK, kakakku, huh. Pindah sana sini. Memang anak perantau. Dari Gunsanad, ke Ranau, ke Limauan, ke Gunsanad balik. Patut ramai kawannya. Dan sekarang di KK. Abangku sekarang di Beluran. Aku? Memecahkan tradisi dengan tidak ke asrama. Tadika - Keningau, sekolah rendah - Keningau, sekolah menengah - Keningau, institut pengajian/pendidikan - Keningau. Haha. Rekod stay di Keningau saja ni.
Tak bermakna aku tak ada kehidupan di asrama, aku tak boleh berdikari. Woohoo. Aku mungkin lebih okay daripada sesetengah orang yang pernah tinggal di asrama time sekolah dulu. Bukan nak bangga tapi yalah, sebab pernah ada orang kata begini padaku "Tula tidak pernah sekolah asrama. Tidak tau kehidupan asrama." PErggh. Sabar sajalah. Aku tahan hati saja tu. Hah hah.
Semuanya bergantung pada orang. Ada orang memang kaki asrama, tapi tengok bilik bersepah. Ada orang sesekali di asrama tapi bilik memang kemas. Ada orang bukan asrama, tapi bilik sangat mantap. Ini aku nampak kawanku punya bilik. Heh. Cantik geng. Mantap bro. Hebat bos. Sampai menang anugerah bilik terbersih/kemas/mantap/hebat time pertandingan bilik mantap. Haha.
Nah melarat suda aku bercerita pasal asrama ni. Tak pa. Berkaitan juga ni. Manatau nanti diposting pi Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, atau yang power, Pensiangan, Pegalungan, Nabawan. Haaa. Start aku masuk IPG tulah, ilmu yang ku dapat, aku bawa pergi tempat aku posting. Bukan dari IPG ja, dari sejak kecil ilmu yang aku dapat, aku bawa, praktikkan dan amalkan. Insya Allah.
Cukuplah. Aku mahu fokus semester 3 saja ni. Penentu kemasukan degree. Insya Allah, aku akan buat yang terbaik. Kepada komrad2ku, let's fight during this semester. Yeah!
Kesimpulan, aku tak sabar menunggu junior. Hahaha.
AvA - 2 hari lagi sebelum ke asrama.
Nda apa, habis di IPG nanti kompom luar Keningau punya tu, ehe3..
ReplyDelete@samizul.net Amin. haha.
ReplyDeleteInsyallah!!..there's a way ..:)
ReplyDelete@Pink Diva InsyaAllah. Maher Zain. ngeh3.
ReplyDelete