Assalamualaikum,
Pagi begini lebih baik kita berqiamulail kan? Tapi sayang sekali aku takde tidur langsung. Nak tidur 5 minit, last2 jadi 5 jam. Siapalah mahu termiss solat Subuh.
Okay, tadi aku mencheck di page IPG seluruh Malaysia, mengatakan IPG tiada istilah senior atau junior. Semua sama-sama jadi guru. Kalau di sekolah guna istilah ini juga, sama-sama mau ambik exam. Kan?
Apakah senior dan apakah junior? Menurut kamus dewan si penaip tegar, atau lebih senang pemahaman ku, senior adalah orang lebih tua dari kita manakala junior adalah orang lebih muda dari kita. Faham?
Istilah ini membezakan taraf kita, kalau ditengah-tengah apa? Midnior kali. Lalalala. Kenapa perkara ini dipertikaikan? Kenapa orang itu mempertikaikan? Rasanya istilah ini tak salah digunakan. Malahan berguna untuk kita supaya kita sedar SIAPA diri kita dan SIAPA orang lain.
Senior dirujuk sebagai orang yang berpengalaman, ingat! Orang yang berpengalaman, orang yang tua, orang yang hidup dulu dari kita itulah senior. Dengan kata lain, jangan bangga dengan title senior tu.
Aku faham, orang itu mempertikaikan istilah ini, mungkin disebabkan senior tempat dia minta puji dan ego serta temberang. Oh, kasar sungguh bahasa ku, maafkan. Macam ini,
"Ko tu baru junior mau tembirang! Saya senior ba!"
Macam inilah yang berlaku di mana-mana saja, hatta tempat aku sendiri pun ketika mula-mula masuk dulu. Yelah, mentang-mentang korang duluan masuk IPG, duluan keluar dari perut, korang la ba menang. Syukur korang aku tak kata begini..
"Korang senior? Awal masuk? Awal gol!"
Hah. Tak ke terharu kalau kena sebut begini. Sebenarnya istilah ini, seperti dikatakan, hanya untuk membezakan taraf, supaya sedar diri, bukan untuk meninggi diri. Walaupun kita senior, tapi kita masih belajar kan? Jadi tak layak kita berego sama junior. Umpama monyet makan pisang tapi tiada isi. Huh?
Hormatilah junior, hormatilah senior. Bukan mau berlagak dengan title. Sayugia diingatkan, junior juga kena BERADAB dan BERBUDI BAHASA. Korang berlagak memarah si senior yang temberang dengan title senior, tapi mungkin PERANGAI korang tu bikin panas yang menyakitkan hati. SEDAR DIRI SIKIT!
Aku bukan apa, tapi tulah. Kalau sudah tahu diri tu junior, fikir balik kenapa senior tu marah kita, mungkin sebab perangai? Kelakuan? Percakapan? Yang mana menyakitkan hati orang lain samada directly or indirectly.
Junior-junior sekarang berlagak tak mahu dengar nasihat seolah-olah dorang saja betul, tak pandai terima teguran. Tak pandai sedar diri. Bikin malu saja. Marah senior sebab bikin panas, korang sendiri tu bikin panas yang membuatkan diri orang lain panas.
Pendek kata, senior sayang junior hormat senior. Barulah hidup rilek je. Ini tidak, mesti mau bergaduh. Lepas tu yang bikin sakit hati, POST DI FACEBOOK. Ya! Let the world knows about your situation. Bukankah itu perkara gila? FB bukan tempat memaki.
Yang junior, jaga perangai, tidak semua orang suka perangai anda. Yang senior, jaga perangai juga. Senior tua, banyak pengalaman, jadi jangan sombong mahupun ego terhadap junior, bersifat angkuh tak tentu pasal.
Permasalahan yang ada harus diselesaikan dengan cara baik. Kalau tidak, memang hati kita panas tiap-tiap hari. Huh, panas hati, terus adalah mungkin satu dua benda rosak yang jadi mangsa geram. Kan kan kan?
Kesimpulannya, juniorkah anda, seniorkah anda, kita semua sama. Yang membezakan kita ialah pengalaman yang kita ada, umur kita, ilmu yang kita pelajari dan perkara yang membezakan secara nyata atau maya. Rileks, buat baiklah sesama kita.
AvA - Agak-agak yer kalau nak buat post, status, news. Kena ulas habis ni. HAHAHA!
Childish bah senior-junior issue ni klu dorg bangkitkan, kan. tidak matured
ReplyDelete