Comrades

Wednesday, 27 April 2011

The Success

Sekalipun dah habis, aku malas mahu taip dalam bahasa inggeris. Kahkah.

Stop! Okay, semua pembaca maklum, malam 26/4 ialah malam drama TESL 1 & 2. Segala preparation, persediaan, persiapan dan macam macam telah dilakukan. Malam 26/4 ialah malam penentu.

Konflik datang, stress menjelma, tekanan melanda, kerisauan difikirkan, kegelisahan dirasa, keresahan menguasai diri, serta ketakutan yang kurang pasti. Apakah hasilnya?

Ofkoslah hasilnya hebat, persembahan mantap, pementasan cemerlang, pergerakan lancar - inilah komen-komen yang telah diberi oleh Puan Pengarah IPGK, Tutor TESL 1 dan 2, pensyarah bahasa, serta ex-coordinator, ataupun producer kami, Mr. John Roy Chacko!

Itu dia John Cena!

Well, apa mampu ku ulas, kalau tiada dia tak bergeraklah kami ni. Macam dululah juga. Kehkeh. Thank you sir!

Miss Director

 Ah, tidak ku lupakan orang nombor satu penting dalam drama ni. Tapi jangan salah faham dia bukan GF ku, sekadar kawan yang selalu 'Trio Killers - Farid, Faiz, Nordin' selalu sakat. Kehkeh. Kalau serius seriuslah dia. Unexpected power telah kami berikan, dia tergamam kekaguman melihatnya. Itulah dia, Miss Director - Eylvera (selalu ku panggil namanya ini)

Banyak lagi mejayakannya. Tapi mesti panjang entri ni kalau ku ulas. Cukuplah aku tunjukkan 'enjin' yang telah berjaya menggerakkan kami. Hehe. Cuma lihatlah di bawah, koleksi seterusnya...

Siapa tak hepy wei?
Betul siapalah tak happy? Dalam masa yang sama bercampur sedih? Yalah. Bila lagilah ada peluang begini. Heheh.

Queen witch and the drunken guard
Err..ini ialah gurauan semata-mata. Bukan sebenar-benarnya pembunuhan. Jom tengok lagi.

Enjoy your meals.
Sedap yob dinnernya. Tapi lebih sedap masakan mak. Hehehehe.

Nda ku lupa 2 ajk makanan serta si aga di belakang.
Last but not least, don't try this at home. Kahkah.

Extra scene - kill lady macbeth.
Itula koleksinya. Memang seronok, everyone enjoy. Walaupun ada yang diam tak mahu mengaku malam tadi malam terhebat, tapi hati dia tak nafi. Percayalah. Menjadi kenangan tu.

Aku ni macam emo pula. Hahah. Tapi memang seronoklah. Dari gelisah, ke gembira. Dari resah, ke lega. Hehe. Faktor seronok ialah penonton. Drama tidak terlalu serius, tidak terlalu jenaka. Santai saja. Sampaikan pengarah pun terhibur.

Syukurlah segala berjalan dengan lancar. Tiada blackout, walaupun hujan pada petang hingga senja, namun Allah permudahkan urusan hamba-Nya yang telah bekerja keras. Alhamdulillah.

Jadi yang menunggu di hadapan, assignment. Itu saja. Lepas tu cuti.  Time cuti, ada matlamat baru. Ngeh ngeh. Mengira bulu ayam jantan. Kah kah.

Kesimpulannya, 26/4 = 2+6+4 = 12 = 1 & 2. The Special TESL.

AvA - Malam serta kenangan terindah pada tahun 2011.

No comments:

Post a Comment