Comrades

Sunday, 17 April 2011

Lelaki sweet? Awek bertudung? Tsk.

Gah!!!!!!!

Pembuka kata yang teruk. 17/4, tinggal seminggu lagi untuk pementasan drama. Huh! Harap mampu buat yang terbaiklah.

Okay, baru-baru ini, aku terjumpa satu page yang pelik tapi, pelik, tapi pelik, dan jelek. Lihat title tu, anda dah lawat?

Kalau sudah berikan pandangan anda. Anda rasa apakah rasionalnya membuat page begitu? Nak lihat lebih lanjut? Jom kita lihat.....


Bagitau aku apa rasionalnya? Mencari laki2 manis? Perempuan cantik? Untuk apa? Suka-suka? Memberitahu dunia tentang diri anda (yang ikut)? Melambatkan FB gara-gara banyak upload gambar? Apa rasionalnya? Aku jawab tu semua. Laki2 manis untuk apa dicari? Perempuan cantik untuk apa dirisik?

Aku cuba optimis. Cuba optimis, ternyata idea optimis ku tak begitu kuat. Jadi, sadislah jawapannya. Aku bukan apa, cuma itu tidak berpatutan. Aku masih tertanya-tanya apa rasionalnya. Kalau ada alasan yang super kukuh, yang power, beritahu aku.

Hakikatnya, perkara sebegitu hanya membuang masa. Kalau lelaki aku tak kisahlah. Ini perempuan, ramailah jantan poyo, perempuan songsang akan pergi page ini, dan seterusnya tergoda dengan perempuan cun. Tapi di situ awek bertudung bukan? Siapa tahu dunia? Ada lelaki tak kira bertudung atau tak, dia bantai saja. Sebab itulah banyak berlaku keadaan yang tidak diingini sekarang.

Memang betul kita tak boleh berprasangka, tapi kan dengan membuat acara sebegini, ianya boleh menimbulkan fitnah. Ingat, lain orang lain perangai lain isi hati lain DNA dan lain pemikiran. Ada yang suka contest ini, ada yang kata buang masa. Tidak berfaedah.

Menunjukkan gambar, terutamanya perempuan, dalam keadaan yang cantik, cute, cun, mekap haram bagi orang lain MELAINKAN keluarga mahram dan suaminya. Yalah, dalam hadis pun dah sebut, Quran juga buktinya. Jadi tell me, what's the reasons for this contest?

Kalau nak kata saja suka-suka, hilangkan boring, menghiburkan, tidak ada ke benda lain nak dibuat? Bukan apalah. Rasanya korang ni kurang DHA kot, sebab perkara ini pula dibuat. Cubalah buat sesuatu yang membawa faedah ka, seperti perkongsian ilmu, buat page perkongsian ilmu, perbincangan ka, ini tidak, perkongsian gambar. Apa gunanya?


Walaupun niat tu baik, tapi niat tidak semestinya menghalalkan cara. Gambar perempuan free. Pasti ada orang pertikaikan, "DIA BERTUDUNGLAH! BUKAN NAMPAK PUN BENDA LAIN." Memang tak nampak benda lain, tapi perempuan itu mendedahkan kecantikan, di mana ianya khas untuk suami dia saja. Korang tu suami dia ke? Pa lah rasionalnya mendedahkan imej sebegitu?

Kan bagus kalau kecantikan itu disimpan saja. Kalau makin ramai orang tengok, makin hilanglah seri muka tu. Yalah, makin ramai lihat, makin bosan lah semua. Kalaulah, mungkin, bakal suami anda melihat muka anda di situ, nanti lepas kahwin, makin bosan dia nak tengok muka anda. Jadi fikir-fikirkanlah.

Banyak benda yang kita buat sebenarnya, beriadah ke, berusrah ke, perbincangan ke, main game ke, bersukan ke, tengok TV (yang penting jangan lalai) dan banyak perkara lain yang boleh kita lakukan tanpa menimbulkan fitnah. Jangan korang ingat fitnah itu tuduhan, fitnah tu lain daripada tuduhan.

Jangan kita terpengaruh dengan benda sebegitu. Menguploadkan gambar dan kasi lihat pada orang lain. Kalau sekadar upload supaya orang tahu siapa kita okaylah. Tapi ini kalau gambar seperti yang menonjol kecantikan dan kehenseman, supaya orang puji, baik buang saja niat tu. Jangan biar diri anda menjadi tatapan orang lain.
Harap kita semua dapat elakkan perkara-perkara sebegini. Sebab ini menimbulkan fitnah. Berdoalah kita kepada Allah. Mudah-mudahan, Dia sentiasa melindungi kita.


3 comments: