Comrades

Sunday, 10 April 2011

Tunggu seru baru tutup? Tunggu ikhlas baru ubah? Bukan jaga tepi kain, tapi nak jaga dalam kain.

SEJUK.

Memang sejuk.

Tak dapat tidur.

Okay, bicara wanita kali ini. Tentang a-u-r-a-t. Aurat. Hehehe.

Perempuan, atau suka aku panggil CEWEK sekarang memang suka stylo punya. Percayalah, kadang-kadang sampai pelik-pelik style mereka. Malahan ada juga yang menghampiri tahap LADY GAGA. Huh.
Kadang-kadang kita nampak kawan kita muslim, tapi tidak bertudung. Kita tegur baik-baik, ada dua kemungkinan saja jawapan mereka. Apakah ia?
1. Dorang balas dengan alasan yang tipikal
2. Dorang maki kita balik.
Jom tengok. Sayugia diingatkan, ini ialah situasi zaman sekarang. Dialog direka juga hanya palsu tapi berdasarkan realiti.

Situasi 1
Pae - Ko ni memang cantik. Comel pula, tapi lagi mantap kalau bertudung. Kan kan kan?
Cewek - Adei, cukuplah pae. Ko dari dulu cakap pasal tudung dan tudung.
Pae- Eh, betul la kan? Kalau bertudung lebih nampak manis oo. Mungkin ramai laki gila-gila kat ko ni.
Cewek - Entah-entah ko agaknya salah seorang laki2 tu. Haha.
Pae - Agak2lah. tapi cuba ko bertudung. Sekali sekala tukar selera kan bagus?
Cewek - Ala Pae. Belum tiba masanya lah. Hmm...kalau dah ada seru baru aku buatlah. Lagipun kena berubah mesti ikhlas punya.
Pae - (diam)
Well, itu situasi pertama. Tunggu seru, mesti ikhlas. Alasan tipikal. Jangan sudah ditimpa bom nuklear baru nak berubah, seperti mana dalam entri terbaru si Burungman. 

Alasan yang tak munasabah langsung. Tunggu seru, mesti ikhlas. Itu alasan klise saja tu. Kalau mencari agama, tak boleh bertangguh-tangguh. Mesti cari sampai dapat. Pasal ikhlas tu, apa yang korang nak takut? Itu belakang cerita. Nanti aku cerita.

Janganlah kata tunggu seru ka, hidayah ka, apa ka baru nak berubah. Kalau boleh terus berubah, tanam niat, azam dan keinginan untuk berubah. Insya Allah ditunjukkan oleh Allah ke mana harus kita tuju, hati kita digerakkan olehNya untuk pergi jumpa kawan-kawan yang pakar agama. Percayalah, kalau bersungguh-sungguh pasti dapat.

Tentang ikhlas, ini kita kena yakin dan sentiasa ingat Allah. Kalau nak berubah, buang sikap yang begini...
"hmm...kalau aku pakai tudung dan labuh semua badanku ni, mesti dorang kata aku ni menunjuk-nunjuk dan pasti terkejut. Apa tak, dari seksi tukar ke labuh habis. Ahh nantilah!"
Inilah yang harus kita elakkan dari memikirkannya. Tukar persepsi kita, biar orang lain mengata tentang perubahan positif kita, kita kena terus ingat Allah.
"Tapi..tiada guna aku takut mereka tu. Siapa juga mereka. Makhluk Allah juga. Ya! Aku tukar kerana Allah, aku ingin berubah! Aku ingin sekali berubah! Ya Allah, sesungguhnya aku berubah kerana-Mu. Berikanlah ku kekuatan."
Kalau kita ingat Allah, segera berdoa kepada-Nya. Pasti kena tolong punya. Hehe.

Sama seperti solat di masjid, malas nak ke masjid sebab takut kita menunjuk-nunjuk bahawa kita ini alim. Lantas di bilik saja solat. Ini tak boleh sebenarnya. Boleh jadi syirik kalau begini, kita tak mahu ke masjid kerana takut orang fikir kita menunjuk-nunjuk. Apa saja ba ada pada makhluk Allah bernama manusia seperti kita, ALLAH yang patut kita takut sebenarnya. Jadi pergi sajalah solat di masjid. Sebab Allah tahu keikhlasan kita sepenuhnya berbanding orang lain.

Situasi 2
Pae - Uii Yin. Seksi gila kau ni. Weh tukar weh, nanti kegilaan jantan di luar sana.
Cewek - Heh! Ko diam sikit boleh tak? Suka hati aku la nak pakai apa sekalipun. Jangan jaga tepi kain orang lah!
Pae - Wei cewek. AKU BUKAN NAK JAGA TEPI KAIN KAU! AKU NAK JAGA DALAM KAIN KAU TU! SUPAYA TAK JATUH DARA KAU TU! FAHAM TAK?!

Pernah menghadapi begini? Aku belum pernah. Tapi kebanyakan mesti pernah. Apa rasanya kena cakap JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG? Sadis kan? Balas balik tu ayat terakhir si Pae. Itu ustaz aku yang selalu cakap time ceramah. Betul juga, amar ma'ruf nahi mungkar. Hah, para pembaca, ambil iktibar.
Memang susah nak nasihat supaya tutup aurat, cabaran sebenarnya. Aku akui diriku juga sukar untuk melaksanakannya, maka selemah-lemah iman ialah benci saja maksiat tersebut. Kena banyak sabar.

Memang ramai orang tak suka diambil kisah kehidupan dia, who cares??!! Istilah yang sentiasa dipakai oleh mereka yang tak pandai terima nasihat. Last-last kalau dah kena, hah, menangislah air mata darah dorang tu. Baru nak menyesal. Seperti pepatah baru, sesal dahulu mengubah kita, sesal kemudian memalukan kita.

Kalau boleh berubah, cuba ubah secepat mungkin. Memang sukar untuk mengubah diri yang terbiasa dengan tabiat maksiat. Ingat Allah banyak-banyak boleh membantu kita. Kebanyakan masalah kita, terutamanya orang yang mula berubah sikit-sikit ialah mereka kekurangan supporters daripada kawan, keluarga dan yang dekat dengan mereka. Mereka malu untuk meminta bantuan sebab mungkin mereka diherdik gara-gara dosa yang dilakukan dahulu. Akhirnya, mereka hanyut tanpa sebarang bantuan. Kita semestinya tak ingin perkara ini berlaku.

Jadi kepada perempuan di sana, jangan tunggu seru baru berubah, sama juga macam laki2, jangan tunggu isyarat baru nak buat. Cari seruan tu, cari isyarat tu dengan keyakinan dan usaha. Para kaki seksi, tutuplah semua. Tiada guna jaga tepi kain, yang penting dalam kain tu kena jaga habis-habisan. Kalau tidak punahlah mahkota. Begitu juga para lelaki, bukan nak jaga bawah seluar, tapi dalam seluar tu kena dijaga supaya tidak menghancurkan mahkota si gadis.

Kesimpulannya, berubahlah kita secepat mungkin. Takut tak sampai hajat, kita telah berpisah dengan dunia ini. Nauzubillah....

AvA - 2 in 1. Peringatan untuk kita semua, termasuk penaip sendiri. :)


1 comment: