Comrades

Friday, 29 April 2011

Selamat tinggal CB.

Tokyo, JAPAN - Pemilik faizava sdn. bhd, encik Pae telah menamatkan kontrak perkhidmatan ChatBox dengan Shoutbox sdn. bhd disebabkan perkhidmatan CB tersebut merunsingkan fikiran beliau. Para pekerja CB tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat sahaja. Kontrak yang masih berbaki 5 tahun itu terbatal tetapi Syarikat Faizava tidak mengalami kerugian dan tidak perlu membayar sebarang klausa. Encik Pae ketika ditemui untuk ditemuramah, kelihatan tenang dan cool, menyebabkan para wartawan wanita senyum-senyum malu dan control ayu.

Setiausaha beliau, Cik Debbie mengatakan bahawa bos dia berasa sangat marah dan kesal dengan sesetengah pihak yang menyalahgunakan CB syarikat mereka di mana beliau sudah jemu melihat orang datang melawat menawarkan sesuatu yang 'entah apapa entah.' PA beliau, Cik Shizu, mengatakan dia sudah penat untuk menaip membalas tiap-tiap jejak, ataupun komen yang diterima.
"CB digunakan untuk menghubungkan para bloggers, bukan untuk mempromosi sesuatu yang langsung tidak berkaitan!" kata beliau beremosi namun ditenangkan oleh setiausaha encik Pae. Ketika ditanya encik Pae mengenai bagaimana untuk bloggers menjejak beliau ketika blogwalking, beliau berkata "Saya hargai kedatangan anda untuk meninggalkan jejak di syarikat ini (blog). Tinggalkan saja komen di mana-mana post, atau tekan saja butang 'followers' maka saya tahu, anda memang suka dengan syarikat saya."
Beliau berkata lagi, "Mencari pekerja untuk menjayakan syarikat saya memang susah. Ada beberapa pekerja datang, tapi mereka datang dan hanya sekadar datang bukan untuk bekerja. Saja-saja. Bekerja kena ikhlas, supaya orang lain turut akan terpesona dengan sikap kita." Jumlah pekerja bagi syarikat Faizava ialah setakat ini 93 orang.

Salah seorang pekerja encik Pae, Nordin Aga mengatakan bahawa sistem mereka agak sedikit terganggu dengan kehadiran CB yang diziarahi oleh 'penyangak' yang ingin mempromosi produk-produk mereka. Setelah CB dibatalkan, segala kerja menjadi lancar. Beliau berkata tidak salah untuk bekerjasama dengan syarikat ini, tapi kenalah dengan cara yang betul. Bukan sekadar promosi saja.

Pihak SB berasa kecewa dan merayu agar perkhidmatan mereka tidak dibatalkan, namun encik Pae bertegas untuk membatalkannya agar syarikat mereka mampu maju ke hadapan. Ketika ditanya mengenai pembikinan kontrak dengan syarikat lain, beliau mengatakan dalam masa terdekat ini, kemungkinan untuk mencari dan membuat semula CB ialah mustahil. Beliau ingin berehat dulu dari memikirkan masalah CB ini.

"Apapun saya berharap, para pengunjung akan datang melawat syarikat kami ni (blog) dan seterusnya menjadi salah satu rakan kongsi untuk menjayakan syarikat ini, dan juga syarikat lain." kata beliau mengakhiri sidang media. - Tokyo Press

AvA - CB dibatalkan. Jadi kalau mahu tinggal jejak, guna komen saja ya. :)

6 comments:

  1. saya follow!!!

    follow balik ::http://merahduniamira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Haha.. Ni mesti belum teroka dalam2 fungsi CB tu, ehe. Kalau ShoutMix, boleh buat Ban bah.. Ban IP, Ban nama, perkataan, dll..

    ReplyDelete
  3. @samizul.net Terlalu sibuk kan. Sampai malas mau kaji tu CB. hahha.

    ReplyDelete
  4. hehe. ko guna shoutmix or chat box lain?

    ReplyDelete
  5. Ohhh bertukar kita ni. Aku baru install semula chatbox ku ke blog. Kau pula meremovekannya. Heee

    ReplyDelete
  6. @rexannabel entah apa suda tu nama. aku lupa. hahaha.

    @Cinoi Haha. aku panas ba dgn ad punya orang. hehehe.

    ReplyDelete