Comrades

Sunday, 17 April 2011

Thanks for the memories - 2006

Pae melangkah masuk ke dalam kelas. Ternyata banyak sikit perubahan yang ada. Terutamanya dari segi ahli-ahli kelasnya. Dan sungguh, dia bernasib baik. Ditakdirkan Allah untuk memasuki kelas terhebat di sekolah itu. 2 Intelek.

Pae meninjau-ninjau tempat duduk, ada satu tempat kosong bersebelahan dengan kawan baiknya, Val. Itu dia, kali ini disertai oleh Renz, Dri, Vester. Jadi memang agak bisinglah mereka.

Pae duduk sebelah Val. Ternyata ramai muka baru di kelas mereka. Tapi Pae sikit punya banyak kurang kenal. Teana, Icchie, Mira. Manakala yang telah meninggalkan mereka, Mary, Lynn, Jenny. Pae sedikit sunyi tanpa Mary, namun pasti kebisingan melanda dirinya sebab gosip antara dia dan Mary telah diketahui seluruh kelas. Malahan seluruh batch dia telah pun mengetahuinya. Tapi apa dia kisah. Sehingga dia putuskan hubungan dengan seorang perempuan gara-gara Mary. (Tiada diceritakan dalam 2005)

Satu hari, kelas 2 INTELEK tu terlalu bising. Sebising-bising yang sangat bising. Walaupun di tingkat teratas, terhujung, bilik guru tetap dapat mendengar kebisingan kelas tersebut. Tiba-tiba
"Kenapa kamu bising-bising ni?" Penyelia petang (PP) masuk secara tiba-tiba. PP merangkap guru Geografi kelas Pae.
Semua diam. Tak tahu nak jawab apa. Apa lagi, PP terus berleter, kelas INTELEK mesti jadi contoh. Ini tidak, mengalahkan kelas bawahan. Dimarahi lagi oleh guru lain. Entahlah berapa kali dah dimarahi. Tapi masih seperti itu.

*     *     *     *     *     *

Musim exam dah tiba. Ahli INTELEK sememangnya tidak leka dari belajar. Tapi geng-geng Pae dan lelaki jajal yang lain, sememangnya tak pernah diam. Kecuali Dri, walaupun kini dia mula ikut geng jajal, tapi siapa sangka, dia seorang budak genius yang hebat. Mengejutkan ahli INTELEK tahun 2005 dengan menduduki tempat pertama pada semester 2 mengalahkan Janie yang merupakan juara semester 1.

Ketika exam, subjek sains. Pae kelihatan bingung melihat paper dia. Bingung dia dengan subjek tersebut. Dan kebanyakannya tidak dijawab. Gara-gara kehabisan idea. Tapi idea jahat datang.
"Psst! Wei Val, minta jawapan." Pae berbisik kepadanya.
Apalagi di situ, mereka bertukar-tukar jawapan. Betul atau salah sudah tidak dipedulikan lagi. Pae menoleh ke belakang dengan berhati-hati. Dilihat Bob mengeluarkan sesuatu dari meja dia. BUKU SAINS! Gila sungguh. An a.k.a Tambi di sebelah dia ketawa tapi ditahan melihat si Bob. Si Bob apa kisah.

Sedang leka Bob membaca dan mencari jawapan tiba-tiba...
Papp! Kepala Bob ditempeleng. Terkejut si Bob cikgu tergarang di sekolah disebelahnya. Cikgu L di depan sana sekadar melihat saja, dan membiarkannya. Cikgu S mengambil buku dari Bob. Lalu keluar dari kelas INT. Pae sendiri secara tidak sedar bagaimana Cikgu S berada di belakang kelasnya. Seperti ninja sahaja lagaknya.

Pae terus fokus. Dia takut. Takut nanti ketahuan. Dia diam saja. Kini, dia terus tutup kertasnya. Sudah habis idea lagaknya. Dia menoleh kebelakang lagi, itupun setelah ditunjukkan oleh Renz. Si Bob mengeluarkan buku lagi. Wah sungguh berani dia. Renz sendiri meniru, tapi dia mudah saja untuk menyembunyikan semula jawapan@buku sebelum cikgu datang sebab dia terletak paling belakang. Berdekatan pintu belakang. Manakala Pae di depannya. Bob leka membaca buku.
Tup, tup tup. Bunyi tapak kasut, tapi sungguh sayup. Pae menjeling ke luar kelas, Cikgu S datang lagi. Sungguh, Pae terus tunduk pura-pura fokus. Renz yang menyedari kehadiran beliau terus saja berlagak tenang. Bob pula masih khusyuk melihat buku kedua dia.

Pap! Kali ini, no tempelang, no cubit. Terus tampar kepala. Diambil buku Bob, dibuang ke belakang kelas. Terkejut seluruh ahli. Semuanya menoleh tapi dalam keadaan yang diam.
"Ko tak pandai serik oo kan! Bagus!" kata Cikgu S sebelum menampar Bob. Cikgu L sekadar melihat saja. Pae melihat cikgu L, berkata dia dalam hati, bongok juga cikgu L ni, suratkhabar saja ditatapnya.

And the rest is history, seperti kata HLOVATE.

*    *    *    *    *

"Val, ko ada gitar ka?" Pae bertanya.
"Ada ba. Kita pi rumah saya la tengok." jawab Val. Mereka menuju ke rumah Val. Dan sememangnya dia tidak tipu, cantik gitarnya. Tapi tuning tak bagus. Dengan ilmu yang Pae ada, dia tune gitar tu menjadi standard tune. Hebat.
"Pinjam dulu aa Val." Pae
"Bah, tapi jangan lama. Kazen saya mo guna tu."
"OKAY!"

Dan gitar itu menjadi sejarah di rumah Pae, sampai sekarang.

Pae membawa gitar Val ke sekolah. Ramai yang diam dan kagum dengan Pae. Walaupun Pae tidak hebat bermain. Mereka berusaha menyembunyikan gitar tersebut daripada pandangan cikgu. Ketika rehat, mereka bermain di pondok ilmu. Sedang siok-siok main, tiba-tiba cikgu L datang, dan terus ambil gitar dari tangan kawan Pae. Terkejut mereka, dengan penuh ego, cikgu L jalan. Pae terdiam.
"Pae, ko bertanggungjawab. Sebab ko bawa." rungut Val.
"Eh, tuan punya gitar ba." Pae cuba mempertahankan dirinya. Tapi akhirnya dia mengaku kalah. Dengan muka tebal, dia minta dengan cikgu. Ditolak, dikehendaki menulis surat dan bayar RM10. Tamak duit sungguh!

Pae buatlah, dijanjikan RM500 oleh Val. Pae diam saja, sebab dia tidak percaya kata-kata Val walaupun hatinya gembira Val kata begitu. Yalah, kalau Val tipu, mana dia nak lari? Tukar sekolah?

Dan dapatlah claim semula gitar tersebut. Betulkah Val membayar Pae? Pae diam saja. Dia tak kisah, dapat atau tak. Yang penting gitar mesti dapat. Ketika pulang sekolah...
"Pae, nah. RM50." kata Val sambil hulur not RM50.
"Eh?"
"Pendahuluan la. Takkan mo bagi semua." kata Val. Dengan tidak tahu malu, Pae request minta pinjam gitar. Ya Rabbi.

Dan segalanya ialah sejarah - HLOVATE.

Ditanya Val macam mana dapat duit tu. Dia jawablah dia kerja dengan bapa dia. Vester menafikannya. Pae dan Renz semakin berminat apabila tawaran tersebut dikemukakan untuk mereka. Mereka pun mengangguk saja.

Banyak perkara yang dibincangkan. Hadiah hari lahir, dan macam-macam lagi. Val sponsor, katanya. Tapi, itu hanya auta. Akhirnya fakta keluar juga. Dan segalanya menjadi sejarah. Seperti kata HLOVATE.

Cumanya, Pae kagum. Val sanggup bahagiakan kawan dengan duit. Tapi itulah, Pae menjadi mata duitan. HAHAHAHAHA.

Sekuel dari TFTM - 2005


No comments:

Post a Comment