Comrades

Showing posts with label Alkisah MEMORI. Show all posts
Showing posts with label Alkisah MEMORI. Show all posts

Friday, 3 June 2011

Thanks for the memories - 2006 part II

Pae kini dapat tahu fakta sebenar pasal Val. Tapi dia tetap berkawan dengan dia. Yalah. Takkan mau lupa budi kot? Hahaha.

Cikgu Ben berdiri menerangkan Kerja Kursus Geografi. Oh bingung Pae. Nasiblah Mr. Genius, di sebelahnya banyak membantu. Jikalau dulu Pae duduk belakang, kali ini, Pae duduk dengan Mr. Genius serta Vester. Dibelakang mereka ialah Renz dan Val.

"Jadi berapa ramai ni mau ikut p Kampung Bayang2?" tanya Mr. Genius. Pae angkat, Vester, Riz, An, Dan dan Mr. G sendiri. Wow. Mantap eh mantap. Hahaha.

Di kg. Bayang2, Pae diarah oleh mereka untuk menunjukkan rumah Ifa.

"Ko kan kazen dia, tunjuk ba sekali."
"Yala2."

Ifa, kazen Pae, perempuan, cute dan macam budak2. Serius.

"Begini2, buat begini2."
"Riz buruk motor kau! HAHAHA."

Segalanya, sejarah, HLOVATE.

* * * * *

"Boi." Zan menegur Pae.
"Kenapa boi? Apa ni boi? Apaka?"
"Boi, siapa nama tu perempuan di kelas DK tu boi? Kawan si Lyne."
"Marilyn?"
"Hehehe."

Zan berminat dengan Marilyn. Pae mula2 diam. Last2 dia bagitau pasal Marilyn termasuk kejadian 2005. Ya. Pae direject!

Pae mula sedar, bahawa Marilyn, walaupun baru kenal Zan, tapi mula suda suka sama dia. Berbeza dengan Pae dulu, dia hanya kawan saja. Zan seringkali tersebut mengenai Marilyn yang selalu rindu dia, tanpa menghiraukan perasaan Pae. Pae sekadar diam. Dalam masa yang lain, Hilmi, mula tackle Ayu, sekelas dengan Pae juga.

Jadi? Ofkoslah. Dua2 xdpt. Pae macam mana? always cool la.
Pada pengakhiran 2006, Pae mendapat handphone. Alhamdulillah. Yang penting ada. Dan dia mula bersms dengan Marilyn, hakikatnya, Zan di hati si Marilyn. Jadi Pae? Dia try seorang lagi, bernama Vie. Ngeh. Tanpa dia sedar, Vie dah pun berpunya. Lalalalalala.

Jadi segalanya lepas tu? History seperti kata HLOVATE.

Dan kemunculan gadis, bernama Mimi, dalam diari hidup Pae.

(Bersambung....)

Sunday, 17 April 2011

Thanks for the memories - 2006

Pae melangkah masuk ke dalam kelas. Ternyata banyak sikit perubahan yang ada. Terutamanya dari segi ahli-ahli kelasnya. Dan sungguh, dia bernasib baik. Ditakdirkan Allah untuk memasuki kelas terhebat di sekolah itu. 2 Intelek.

Pae meninjau-ninjau tempat duduk, ada satu tempat kosong bersebelahan dengan kawan baiknya, Val. Itu dia, kali ini disertai oleh Renz, Dri, Vester. Jadi memang agak bisinglah mereka.

Pae duduk sebelah Val. Ternyata ramai muka baru di kelas mereka. Tapi Pae sikit punya banyak kurang kenal. Teana, Icchie, Mira. Manakala yang telah meninggalkan mereka, Mary, Lynn, Jenny. Pae sedikit sunyi tanpa Mary, namun pasti kebisingan melanda dirinya sebab gosip antara dia dan Mary telah diketahui seluruh kelas. Malahan seluruh batch dia telah pun mengetahuinya. Tapi apa dia kisah. Sehingga dia putuskan hubungan dengan seorang perempuan gara-gara Mary. (Tiada diceritakan dalam 2005)

Satu hari, kelas 2 INTELEK tu terlalu bising. Sebising-bising yang sangat bising. Walaupun di tingkat teratas, terhujung, bilik guru tetap dapat mendengar kebisingan kelas tersebut. Tiba-tiba
"Kenapa kamu bising-bising ni?" Penyelia petang (PP) masuk secara tiba-tiba. PP merangkap guru Geografi kelas Pae.
Semua diam. Tak tahu nak jawab apa. Apa lagi, PP terus berleter, kelas INTELEK mesti jadi contoh. Ini tidak, mengalahkan kelas bawahan. Dimarahi lagi oleh guru lain. Entahlah berapa kali dah dimarahi. Tapi masih seperti itu.

*     *     *     *     *     *

Musim exam dah tiba. Ahli INTELEK sememangnya tidak leka dari belajar. Tapi geng-geng Pae dan lelaki jajal yang lain, sememangnya tak pernah diam. Kecuali Dri, walaupun kini dia mula ikut geng jajal, tapi siapa sangka, dia seorang budak genius yang hebat. Mengejutkan ahli INTELEK tahun 2005 dengan menduduki tempat pertama pada semester 2 mengalahkan Janie yang merupakan juara semester 1.

Ketika exam, subjek sains. Pae kelihatan bingung melihat paper dia. Bingung dia dengan subjek tersebut. Dan kebanyakannya tidak dijawab. Gara-gara kehabisan idea. Tapi idea jahat datang.
"Psst! Wei Val, minta jawapan." Pae berbisik kepadanya.
Apalagi di situ, mereka bertukar-tukar jawapan. Betul atau salah sudah tidak dipedulikan lagi. Pae menoleh ke belakang dengan berhati-hati. Dilihat Bob mengeluarkan sesuatu dari meja dia. BUKU SAINS! Gila sungguh. An a.k.a Tambi di sebelah dia ketawa tapi ditahan melihat si Bob. Si Bob apa kisah.

Sedang leka Bob membaca dan mencari jawapan tiba-tiba...
Papp! Kepala Bob ditempeleng. Terkejut si Bob cikgu tergarang di sekolah disebelahnya. Cikgu L di depan sana sekadar melihat saja, dan membiarkannya. Cikgu S mengambil buku dari Bob. Lalu keluar dari kelas INT. Pae sendiri secara tidak sedar bagaimana Cikgu S berada di belakang kelasnya. Seperti ninja sahaja lagaknya.

Pae terus fokus. Dia takut. Takut nanti ketahuan. Dia diam saja. Kini, dia terus tutup kertasnya. Sudah habis idea lagaknya. Dia menoleh kebelakang lagi, itupun setelah ditunjukkan oleh Renz. Si Bob mengeluarkan buku lagi. Wah sungguh berani dia. Renz sendiri meniru, tapi dia mudah saja untuk menyembunyikan semula jawapan@buku sebelum cikgu datang sebab dia terletak paling belakang. Berdekatan pintu belakang. Manakala Pae di depannya. Bob leka membaca buku.
Tup, tup tup. Bunyi tapak kasut, tapi sungguh sayup. Pae menjeling ke luar kelas, Cikgu S datang lagi. Sungguh, Pae terus tunduk pura-pura fokus. Renz yang menyedari kehadiran beliau terus saja berlagak tenang. Bob pula masih khusyuk melihat buku kedua dia.

Pap! Kali ini, no tempelang, no cubit. Terus tampar kepala. Diambil buku Bob, dibuang ke belakang kelas. Terkejut seluruh ahli. Semuanya menoleh tapi dalam keadaan yang diam.
"Ko tak pandai serik oo kan! Bagus!" kata Cikgu S sebelum menampar Bob. Cikgu L sekadar melihat saja. Pae melihat cikgu L, berkata dia dalam hati, bongok juga cikgu L ni, suratkhabar saja ditatapnya.

And the rest is history, seperti kata HLOVATE.

*    *    *    *    *

"Val, ko ada gitar ka?" Pae bertanya.
"Ada ba. Kita pi rumah saya la tengok." jawab Val. Mereka menuju ke rumah Val. Dan sememangnya dia tidak tipu, cantik gitarnya. Tapi tuning tak bagus. Dengan ilmu yang Pae ada, dia tune gitar tu menjadi standard tune. Hebat.
"Pinjam dulu aa Val." Pae
"Bah, tapi jangan lama. Kazen saya mo guna tu."
"OKAY!"

Dan gitar itu menjadi sejarah di rumah Pae, sampai sekarang.

Pae membawa gitar Val ke sekolah. Ramai yang diam dan kagum dengan Pae. Walaupun Pae tidak hebat bermain. Mereka berusaha menyembunyikan gitar tersebut daripada pandangan cikgu. Ketika rehat, mereka bermain di pondok ilmu. Sedang siok-siok main, tiba-tiba cikgu L datang, dan terus ambil gitar dari tangan kawan Pae. Terkejut mereka, dengan penuh ego, cikgu L jalan. Pae terdiam.
"Pae, ko bertanggungjawab. Sebab ko bawa." rungut Val.
"Eh, tuan punya gitar ba." Pae cuba mempertahankan dirinya. Tapi akhirnya dia mengaku kalah. Dengan muka tebal, dia minta dengan cikgu. Ditolak, dikehendaki menulis surat dan bayar RM10. Tamak duit sungguh!

Pae buatlah, dijanjikan RM500 oleh Val. Pae diam saja, sebab dia tidak percaya kata-kata Val walaupun hatinya gembira Val kata begitu. Yalah, kalau Val tipu, mana dia nak lari? Tukar sekolah?

Dan dapatlah claim semula gitar tersebut. Betulkah Val membayar Pae? Pae diam saja. Dia tak kisah, dapat atau tak. Yang penting gitar mesti dapat. Ketika pulang sekolah...
"Pae, nah. RM50." kata Val sambil hulur not RM50.
"Eh?"
"Pendahuluan la. Takkan mo bagi semua." kata Val. Dengan tidak tahu malu, Pae request minta pinjam gitar. Ya Rabbi.

Dan segalanya ialah sejarah - HLOVATE.

Ditanya Val macam mana dapat duit tu. Dia jawablah dia kerja dengan bapa dia. Vester menafikannya. Pae dan Renz semakin berminat apabila tawaran tersebut dikemukakan untuk mereka. Mereka pun mengangguk saja.

Banyak perkara yang dibincangkan. Hadiah hari lahir, dan macam-macam lagi. Val sponsor, katanya. Tapi, itu hanya auta. Akhirnya fakta keluar juga. Dan segalanya menjadi sejarah. Seperti kata HLOVATE.

Cumanya, Pae kagum. Val sanggup bahagiakan kawan dengan duit. Tapi itulah, Pae menjadi mata duitan. HAHAHAHAHA.

Sekuel dari TFTM - 2005


Monday, 4 April 2011

Thanks for the memories - 2005

Pae melangkah masuk ke dalam sekolah. Dia terfikir-fikir dalam kepala, mana kelas aku ni? getus hati kecilnya. Dia ternampak seorang senior yang memang di cukup kenal. Ditegurnya.
"Bro, wassup. Hehe." kata Pae.
"Ai pae? ko di sini pulak?" senior tersebut membalas sapaannya.
Mereka bercerita dan bertanya khabar masing-masing. Akhirnya dia jumpa juga kelas dia selepas senior tersebut memberitahu. Ternyata, dia masuk kelas yang paling hebat di sekolah itu.

Di kelas, Pae melihat seluruh kelas. Ada yang dia kenal, ada yang langsung tak kenal. Dia ternampak seorang perempuan merangkap classmate di sekolah rendah. Dia senyum, dia tak perlu terkejut. Perempuan itu memang genius. Di sekolah lama, di kelas lama, perempuan itu sentiasa mengatasi Pae. Pae pula sentiasa di tempat kedua. Perempuan itu bernama Oni.

Pae melangkah ke suatu tempat. Tempat kawan lamanya di sekolah rendah. Mereka berbalas sapa. High five sambil bertanya-tanya. Pae tahu dia dan rakan lama dia dulu bergaduh selepas habis exam besar. Tapi sekarang dah okay. Lepas tu datanglah rakan lain yang sememangnya budak-budak genius kelas itu. Pae berkenalan dengan mereka. Bob kawan si Pae pun banyak cerita. Dari situ, mereka berkumpul dan sentiasa beercerita.

Ternyata ada lagi satu kejutan bagi mereka. Ketika cikgu Frey mengajar subjek Geografi, tiba-tiba pintu diketuk.
"Cikgu, ini ada murid baru." kata pengawas yang mengiringi pelajar tersebut. Setiap pelajar melihat, berharapkan seorang wanita bagi lelaki, dan sebaliknya bagi perempuan. Pelajar tersebut lelaki.
"Baiklah. Sila kenalkan diri anda." kata cikgu Frey.
Bermulalah sejarah kelas itu.....

"Vester, ko gini gini gini..."
"Bla bla bla..."
"Bla bla bla..."

Pae hanya duduk diam. Dia melihat saja si Vester yang dah mula buat kawan ramai2 walaupun baru masuk. Pae diam saja. Di sebelahnya, Iman dan seorang perempuan bernama Ina. Tidak diketahui sangat siapa perempuan tu. Di belakang Pae seorang perempuan bernama Mary, sebelahnya Lyn dan sebelah lagi Anne. Pae sentiasa bercerita dengan Mary. Kata-kata di kelas mula kedengaran membicarakan keintiman Pae dan Mary.

"Pae!" Ayu memanggil. Pae menoleh. Dia melihat Ayu dan rakan-rakannya mengamit dia untuk datang ke tempat mereka. Pae lantas menuju ke arah mereka.
"Apa hal Yu?" tanya Pae.
"Duduk dulu." arah Ayu. Sebelahnya Ana dan Ifa. Sebelah Pae pula Zi dan Yana. Mereka semua melihat Pae. Pae rasa malu. Maklumlah, first time duduk dengan perempuan.
"Pae..." Ayu bersuara. Pae terus melihat Ayu. Erm, cantik juga Ayu ni, desis hati Pae. Tiba-tiba..
"Sudikah kau keluar dengan Ayu? Hari Sabtu ni?" kata Ayu sambil memegang tangan Pae. Pae terkejut. Lembutnya tangan perempuan ni.
"Err...er....err...." Pae tergagap-gagap. Rakan-rakan dibelakang mereka, Bob, Im, Dam, Ram, Vester, An, Riz semua ketawa melihat gelagat Pae. Pae berasa panas di mukanya.
"Pae free tak Sabtu ni?" Ayu bertanya lagi. Pae menggelengkan kepalanya. Dia tidak tahu apa harus diperkatakannya.
"Oh, takpelah. Pae, jangan risau. Ayu nak lihat reaksi lelaki je tadi tu. Jangan risau ya." kata Ayu. Pae hanya mengangguk. Pae bangun dan menuju ke tempat geng lelaki. Bob beritahu dia, dia pun tadi dikenakan begitu. Pae diam. Dan dia berasa malu...

Tiada guru memasuki kelas mereka. Memang bising. An, dilabel sebagai Tambi, memang bising. Dia dan geng-geng dia tu la yang selalu buat bising. Pada ketika ini, Oni, Dam, Nick dan beberapa lagi orang lain telah berpindah ke MRSM. Jadi kelas genius ini di conquer oleh geng-geng gila. James juga join mereka. Hanya ada satu budak saja di kelas  tu, diam-diam ubi tapi genius. Dri namanya.

Sampai saat kelas itu mencapai kemuncaknya, mereka mula bermain baling kapur. Pada ketika itu, papan hijau masih digunakan dan kapur sebagai alat tulis. Baling punya  baling, datang cikgu. Terkejut mereka.
"Bising juga kelas kamu ni! Mana ketua kelas??!?!!" suara cikgu merangkap guru kelas teriak tinggi. Ketua kelas, Janie berdiri dalam keadaan resah.
"Saya cikgu." terketar-ketar suara dia.
"Kenapa ko tidak jalankan tanggungjawab ko? Siapa main kapur tadi tu? Give their names to me!" arah cikgu tersebut. Janie terpinga-pinga. Dengan bantuan rakan lain, akhirnya keluar juga muka bersalah si pesalah yang disebut oleh mereka. Im, James, An, Dri, Riz, Vester, Mary yang tidak main pun kena, Lyn, Jenny, Ifa dan Bob. Mereka semua diam saja.
"Kamu tulis surat pada cikgu dan hantar besok!" kata cikgu tersebut sebelum melangkah pergi. Pae pula terselamat sebab dia memang tiada main. Dia bercerita dengan Mary tapi akhirnya Mary yang dituduh pesalah.

Siapa sangka cikgu kelas mereka datang. Rupa-rupanya kebisingan kelas genius itu mencecah hingga ke bilik guru. Sudahlah bilik guru hanya 20 meter dari kelas mereka, depan-depan pula tu. Kadang-kadang bising, memang kena denda punya. Paling teruk, disuruh angkat kerusi oleh guru mereka sebab terlalu bising. Heboh satu sekolah, kelas genius pertama bermasalah di sekolah tersebut. Apa tidaknya, senior semua okay. Tapi tradisi dipecahkan. Patutnya kelas itu jadi contoh kepada kelas lain, tapi lain jadinya. Dan sampai bila-bila, penghuni kelas itu akan mengingati denda pertama mereka. Angkat kerusi ke tengah padang pada ketika panas. Itulah dia, kelas 1 INTELEK.

Dan semuanya selepas itu, ialah sejarah. Seperti kata HLOVATE.

Pada ketika sedang menunggu loceng berbunyi pulang, Pae sedang bercerita dengan Mary. Kebisingan kelas tersebut tidak dihiraukan oleh mereka. Hatta pada ketika itu, petang yang gelap, jadi guru tiada masuk kelas. Pae cuba berbicara hati ke hati dengan Mary. Setelah sekian lama memendam. Di belakang Mary, Vester mengacau Mary. Kacau daun orang katakan. Setelah lama memendam, akhirnya, itulah kali pertama Pae meletup. Hampir saja meja-meja di kelas tu terbalik gara-gara auranya.
"Kau kan Vester, cuba jangan kacau si Mary!" sambil menghempas buku di meja. Satu kelas senyap. Kerusi di sebelah Pae terjatuh ketika Pae berdiri tadi. Vester diam. Dia terus ke belakang kelas, ke tempat Im. Pae duduk semula. Dia melihat Mary menangis. Pae terus pujuk dan akhirnya Mary pun stop nangis. Pae ingin memberitahu sesuatu, tapi lidah terkelu. Dengan sekeping kertas, Pae meluahkan keinginannya menjadi kekasih Mary.

Apakah jadi? Dari situlah, Pae belajar, sakitnya terlalu berharap, sakitnya terlalu menyayangi, dan sakitnya itu CINTA. Sejak itu, hubungan Pae dan Mary jadi renggang. Dari situ, Pae suka bersendiri. Kawannya? Hanya seorang. Dri. Budak pandai itu. Tapi itu pun sekadar ala-ala kawan saja. Beralih arah, ke tempat Val. Sentiasa lepak di tandas bercerita. Kadang-kadang bergeng dengan perempuan rockers kelas lain, Pat, Cia, Fi, Vira, Tia dan beberapa lagi. Selalu saja bercerita, dan kadang-kadang bertengkar. Terutamanya Pae dan Pat. Nasib tidak bercouple.

Sejak situ, Pae bina semula kekuatannya. Akhirnya, dia berjaya memulihkan dirinya, selama hampir 9 bulan. Macam mengandung ja, HAHAHA!

AvA - 2005/92