Comrades

Thursday 30 August 2012

SBE dah habis.

"Kalau boleh, mintalah praktikum di sini."

"Insya Allah."

Perbualan bersama guru-guru di Sk. Ansip pada saat-saat akhir sebelum kami meninggalkan sekolah tersebut.

Specialnya sekolah tersebut, sebab baru, guru-gurunya peramah, dan murid-muridnya sangat comel. Seriously. Kehkehkeh.

Tadi kami bersama-sama menjayakan program sambutan Hari Merdeka, dan sememangnya ia berjalan dengan lancar.

Seriously, penat tu tetap, tapi seronok. Dengan rakan-rakan seperjuangan - Ciq, Kristal, Shyakir, serta beberapa orang senior yang berpraktikum. Memang daebak orang kata.

Tapi malaslah, malas mahu taip. Lu tengok gambar je la yerr.

Posing!

Err..

Ya, cikgu Idah sedang busy.

Event pagi tadi.

Mencuba membuka plastik kurma.

Budak ni tengah melukis.

Mau habis sudah.

Senior-senior praktikum.

Tamat.
Ada seorang budak ni, comel. Namanya Aisyah, sama macam nama isteri nabi tu. Memang comel, balik-balik aku dan geng aku pi kacau.

Tapi aku tak tunjukkan gambarnya di sini, atas faktor keselamatan. Yup, hati-hati post gambar tu. Tu budak dahlah comel, putih lagi.

Bermati-mati fikir anak ustazah, rupanya Aisyah tu anak seorang guru yang aku dan geng-geng observed. Ciss......

Dahlah. The pics will tell you. Oh ya, kesemua pics ni dari hari ketiga dan keempat. Malas mau kasi masuk banyak-banyak.

Dua orang pekerja koperasi IPG dah berhenti. Aku tak lawat pun dorang. Bukan apa, tidur malah aku malas sebenarnya mahu jumpa. Yalah, nanti sedih pula tidak dapat lagi tengok dorang. Diganti oleh kakak kerani tu. Sudah tentu aku tak pergi ke KOP lagi, malas.

Apapun, kepada mereka yang pergi LD pagi nanti, hati-hati. Bukan apa, Allah Maha Kuasa, apa-apa saja boleh berlaku.

Dah, jom Maghrib.

Monday 27 August 2012

Lihat dengan mata hati.

Salah satu usaha untuk berdakwah, melalui penulisan. Saya ingin menjadikan langitilahi.com sebagai tempat untuk cas kerohanian para pembaca.

Itu yang disampaikan oleh Hilal Asyraf dalam bukunya Fanzuru - Maka Lihatlah.

Seriously, dua kali dah baca buku ini. Kalau buku ini milikku, seriously, baca balik-balik.

Oh, ada seorang sahabat mahu pinjam. Sebelum dipinjam, sukacitanya aku share beberapa benda dalam buku ini agar korang teringin mahu baca.

Buku ini ajar kita untuk melihat dengan mata hati, bukan sekadar satu penyelesaian sahaja. Aku ada review pasal buku ini dalam entri terdahulu.

Carilah buku ini, kalau mahu pinjam, bukan dari aku. Abangku yang beli ni buku, aku bagitau ada sahabat mahu pinjam. Jadi dibenarkan.

Bacalah buku ini, agar kita tahu, adakah selama ini kita melihat dengan mata hati atau tidak, jangka pendek atau panjang, berterusan atau terhenti.

^_^

Sunday 26 August 2012

Kematian - akhir di dunia, bermula di akhirat.

"Salam takziah, sahabat kita Rudy Roslan telah meninggal dunia 12.30 pm kemarin..............."

Ketika itu aku berada di Kuala Penyu, membaca mesej daripada seorang sahabat, itupun untuk pengesahan selepas si dia memberitahu pasal sahabat yang baik dan ceria.

Aku tergamam, terpana, semua masuk dalam diri. Melihat mesej tersebut.

Dalam kepala ku berfikir, alangkah beruntungnya al-marhum meninggal dalam keadaan tidur. Bukan dalam keadaan yang mengerikan, lebih-lebih lagi mati mengejut.

Aku terfikir, apakah aku masih sempat untuk hidup? Bagaimana pula jika aku yang berada di tempatnya?

Terfikir alam barzakh, akhirat, segala-galanya. Allahurabbi, astaghfirullah, gerun diriku memikirkannya.

Mati itu, tanpa notis, datang, tanpa bagitau, hadir, tanpa peringatan, tiba, tidak cepat mahupun lambat.

Walaupun kamu kata belum ready, apabila Allah perintahkan malaikat untuk matikan kita, maka di situ kita sudah tidak boleh buat apa-apa lagi.

Memang, gerun memikirkannya. Adakah amalan kita ini cukup? Bukan setakat cukup. ADAKAH AMALAN KITA INI DIRAHMATI ALLAH?

Marilah bersama-sama muhasabah diri, perbaiki diri. Ubah pelan-pelan jika tidak mampu ubah terus.

Ketika membaca semula buku Fanzuru - Maka Lihatlah karya Hilal Asyraf, dia ada bagitau pasal kematian.

Kita hidup sementara saja, untuk bersusah payah. Di alam barzakh nanti, tiada ikhtiar sudah untuk kita beramal. Sahabat kita di alam sana hanyalah amalan kita saja.

Membaca tentang itu pun aku dah gerun. Allahurabbi. Terfikir kata-katanya, benar. Di alam barzakh, kita tidak tahu berapa lama, alam akhirat, kita langsung tak tahu berapa lama.

Wallahualam, apa yang kita mampu, berdoa, beramal dan mengharap Allah meredhai amalan kita agar dapat ganjarannya. Cubalah elak buat dosa, dan teruskan berusaha untuk menggapai redha Allah S.W.T.

Semoga sahabat yang baik malah beriman itu, ditempatkan bersama orang-orang yang bertakwa kepadaNya. Allahumaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fuanhu. Al-Fatihah.

Islam tidak suruh umat berzikir pasal mati, tetapi digalakkan untuk banyak ingat mati.

Wednesday 15 August 2012

Terima kasih.

"Cakap tak serupa bikin."

"Cerita pasal agama, tapi sekali tengok, alahai... suka tendang kucing."

"Huh, di luar nampak baik, sekali tengok merokok. Puii."

Aww. Umpatan-umpatan yang sering orang kata-kata jika ternampak orang yang disangka baik, tetapi buat dosa.

Seolah-olah dosa dia buat tu besar sangat, sehingga memandang rendah kepada dia, benci sebenci-bencinya.

Namun demikian, siapalah kita, siapalah kita.

Jika ditanya diri ini, adakah aku pernah mengalaminya?

Ya, pernah dan sedang. Namun, sudah immune terhadap kata-kata buruk, aku respek orang yang bertanya sebelum membuat penilaian, dan orang yang tegur dengan hikmah.

Tapi, jangan risau, kata-kata buruk itu aku tak persia-siakan. Insya Allah, bukan kerana pasal mahu jaga imej diri, tapi supaya tiada orang buat dosa mengumpat.

Tapi ingat, di kala orang yang selalu berkata tentang kebaikan, walaupun dia buat dosa, janganlah dilihat siapa orang itu, tapi ambillah pengajaran daripada dia.

Hanya orang beramal yang beruntung. Selain daripada itu, yang lain rugi.

Ada sebab kenapa orang buat dosa.

Disebakan kejahilan, betul.

Disebabkan kebodohan, betul.

Disebabkan kealpaan, betul.

Disebabkan kelalaian, betul.

Janganlah tambah dosa kita sebab mengumpat orang yang buat dosa. Tiadakah jalan lain untuk bagitau kesilapan yang dia buat?

Aku bersyukur, sahabatku jenis berterus-terang pasal kesilapan yang ku buat, dan aku tidak melawan. Sebab aku tahu, ianya salahku. Terima kasih sahabat.

Cuma, aku kurang senang mereka yang suka buruk-burukkan orang lain kerana kesilapannya, ya aku pernah buat benda tu. Korang pun pernah buat. Semua pernah buat dosa, kecuali nabi yang maksum.

Alangkah baiknya, jika berani untuk menegur kesilapan seseorang itu kerana sayang saudaranya sendiri. Bukan mencaci dibelakang dan memakan daging saudaranya sendiri!

Sengaja aku buat entri ini, bukan sebab membela diri - sebab aku akui, tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri juga kepada orang lain.

Tapi seperti ku katakan, aku telan semua tu, dan insya Allah berubah, sebab aku tak mahu tambah dosa as well as menambah dosa mereka yang suka mengumpat.

Dosa, walaupun masing-masing, tapi jika sayang saudara, kita akan berusaha membawanya ke syurga. Bukan terus kata "kau pergi neraka."

Terima kasih atas semua teguran tersebut. Apapun, aku berdoa kita semua diberi petunjuk olehNya. Ingat, tiada manusia terlepas daripada dosa, melainkan nabi-nabi. Apapun, kalau kita berubah bersama-sama ke arah kebaikan, itulah yang lebih baik.

^_^ ceria saja. Tidak payah stress sekalipun assignment banyak, pelajaran membebankan, masalah lain. Insya Allah semua itu mampu ditangani dengan berharap kepadaNya.

Monday 6 August 2012

Last phase of Ramadhan.

Fate fell short this time your smile fade in the summer
Place your hand in mine I will leave when I wanna

I'm bored. So I decide to write this.

Busy week, next week, three assignments must be submitted on Thursday.

I still haven't done any, seriously. Still enjoying.

Insya Allah, I will do it. Day by day~~~

Final phase of Ramadhan, final 10 nights.

The nights which one of them contain the greatest night of 1000 months.

Lailatul Qadar, or you can say the night of Al-Qadar.

I will do my best, to increase and improve and change before Syawal come.

I've regretted so many things, too many.

I've fallen deep inside dimness of light. I must be strong to find the light that I need for myself.

So that I can be the light for people around me, insya Allah.

All need is doa, effort, continuous and tawakal.

That's my priority, my style, my way to overcome things.

I've done my task for this month, a big one. But I want to do something for the world. Insya Allah.

Just planning, a work-alone but I will need help. Of course, Allah is my priority.

Maybe, this 'something' is secret, but still need a proper planning and advice from superior.

I just hope that I will be able to balance my study, social, game, free time and especially for ibadah.

I mostly spend time on games, but I want to change the habit. It's my own fault for this new thing. Kehkeh.

So for you dear readers, hope you won't do something like I did. Better be a good person for yourself.

Dear you, happy fasting, hope that you'll always happy, hope that we'll make through this until Jannah.

Snake Charmer.

Friday 3 August 2012

Kekeliruan lagi.

Berdiri di belakang saf pertama. Aku melihat imam sedang mengumumkan untuk solat terawih. Ketika ini aku di masjid pekan, memang di masjid pekan, tiada bilal, imam sendiri yang bagitau. Tiada selawat atau bacaan doa, semuanya sendiri-sendiri.

Sedangku melihat orang-orang yang bertugas sebagai pemeriksa untuk bacaan imam - dengan merujuk mashaf Quran yang besar, sebab imam seorang hafiz, aku terlihat ada seseorang memanggil abahku untuk ke depan di belakang imam untuk menjadi seorang pemeriksa juga. Dengan rasa tidak mahu, dia tetap pergi, tapi sedih sungguh, pemuda yang berada di saf pertama di suruh ke belakang, undur satu saf.

Kasihan aku lihat, semangat sungguh pemuda itu untuk berada di saf hadapan, terpaksa ke belakang, atas dasar hormat orang tua. Kalau perintah agama sesiapa berada di saf pertama tak boleh undur ke belakang, sudah tentu dia tak perlu buat.

Inilah kesilapan yang dibuat oleh orang-orang lama kita. Menganggap pemuda-pemuda sepatutnya di belakang, yang tua-tua di depan.

Atas kesilapan inilah, pemuda-pemuda tidak mahu ke depan untuk memenuhi saf. Sepanjang aku pergi mana-mana masjid, pastinya di depan tu kebanyakan orang tua. Aku pasti lihat kiri kanan ku, memang semuanya hampir 97% orang tua. Pemuda-pemuda di belakang.

Bayangkan semasa kecil, seorang anak kecil dibawa oleh ayahnya ke masjid untuk solat berjemaah. Dah bagus-bagus dia di depan dengan ayahnya, tiba-tiba dia disuruh ke belakang dengan alasan saf budak-budak di belakang, dan boleh putus saf jika berada di depan.

Kalau aku jumpa situasi ini, pasti tepuk dahi. Diskiriminasi terhadap budak. Seriously. Nabi sendiri utamakan budak daripada orang dewasa. Haaa.

Berbalik kepada situasi, atas sebab itu, ketika besarm budak tersebut tidak ke hadapan untuk memenuhi saf. Kesian sungguh.

Jadi, jangan buat hukum sendiri budak-budak tak boleh di hadapan. Sebab tu masjid bising, budak-budak main di belakang. Kita marah pula, padahal salah kita suruh dorang ke belakang. Nah.

Galakkan untuk budak ke depan, agar masa depan nanti dorang sentiasa ke depan. Sekarang ni yang tua-tua di depan, itu pun kalau semuanya itu lembut lidah mereka untuk ganti imam (in case imam terbatal).

Pemuda yang mencintai masjid, akan mendapat naungan rahmat di akhirat kelak. Insya Allah.

Kalau tak percaya, pergilah ke masjid, dan tengok situasi. Percayalah, memang begini di kebanyakan masjid.

Jadi, siapa-siapa yang bakal ada anak, jangan buat begitu. Bawa mereka ke masjid, bawa dorang solat di depan dengan korang.

Wednesday 1 August 2012

Semuanyalah iluminati!

Sedang ku cek-cek FB, biasalah, mahu tengok apa-apa benda baru. Macam jadi newspaper online pula. Hehe.

Ternampak ku sesuatu gambar, pasal seluar dalam, atau spender - nama popular.

Dikaitkan dengan iluminati, dia kata jangan pakai benda tu sebab ianya lambang iluminati.

Maka aku tepuk dahi, apakah buktinya? Hanya kerana spender tu berbentuk segi tiga?

Jangan mudah percaya benda-benda sebegini.

Sebabnya, iluminati satu konsep melibatkan dajal, adakah spender ini melibatkan dajal?

Tidak kan? Hmm.

Pythagoras Theorem, satu pelajaran dalam matematik. Foundernya orang Islam, tapi aku lupa siapa namanya.

Pythagoras ini triangle sebenarnya. Tapi bersudut tegak, jadi ini pun iluminatilah ya? Tapi yang jumpa orang Islam.

Pleaselah, jangan relate sesuatu konsep itu dengan perkara-perkara tidak munasabah. Kalau betul iluminati, tak perlulah ajar budak-budak pasal bentuk segi tiga.

Berfikirlah sikit, kena siasat dari akar umbinya. Iluminati sebenarnya apa, dan kenapa segi tiga.

Itu yang penting. Kenapa penggunaan segi tiga, rasanya aku ada baca. Tentang New World Order, atau dunia ketiga. Rasanyalah.

Sebab, jika mahu kaitkan dengan dajal, nabi tak sebut pun pasal segi tiga. Buta sebelah mata adalah.

Hati-hati mahu kaitkan sesuatu, sebab boleh membingungkan dan menyusahkan. Bukan menyokong iluminati, spender dengan iluminati, apa kaitan ya? Hmm....

Lainlah kalau dia kata pakai spender memudaratkan dengan memberi beberapa bukti. Itu boleh aku terima. Ini terus dikaitkan dengan iluminati.

Kita kena rajin membaca, rajin mengkaji, rajin tengok itu ini, bukan sekadar online tanpa sebab. Inilah kelemahan kita, suka sebarkan sesuatu tanpa merujuk kesahihannya terlebih dahulu.

Termasuk dalam penyebaran hadis, kadang-kadang kena lihat kesahihannya, sanadnya, periwayatnya, barulah sebar. Bukan apa, supaya tidak mengelirukan.

Termasuklah sebarkan ayat Quran. Benar, al-Quran sangat sahih, sumber paling sahih di dunia ini. Cuma kena faham betul-betul tafsirannya, lebih baik tanya orang beragama tinggi dan berilmu. Insya Allah tiada masalahnya.

So.. dear readers, please, please and please be careful before you share something. You might share false information, and will lead confusion to others. Better check up the reliable source before you share it.

Dah lama tak taip dalam English, lepas ni taiplah. Insya Allah.

Selamat ber'siam' semua. ^_^