Comrades

Showing posts with label PENGAJARAN. Show all posts
Showing posts with label PENGAJARAN. Show all posts

Sunday, 26 August 2012

Kematian - akhir di dunia, bermula di akhirat.

"Salam takziah, sahabat kita Rudy Roslan telah meninggal dunia 12.30 pm kemarin..............."

Ketika itu aku berada di Kuala Penyu, membaca mesej daripada seorang sahabat, itupun untuk pengesahan selepas si dia memberitahu pasal sahabat yang baik dan ceria.

Aku tergamam, terpana, semua masuk dalam diri. Melihat mesej tersebut.

Dalam kepala ku berfikir, alangkah beruntungnya al-marhum meninggal dalam keadaan tidur. Bukan dalam keadaan yang mengerikan, lebih-lebih lagi mati mengejut.

Aku terfikir, apakah aku masih sempat untuk hidup? Bagaimana pula jika aku yang berada di tempatnya?

Terfikir alam barzakh, akhirat, segala-galanya. Allahurabbi, astaghfirullah, gerun diriku memikirkannya.

Mati itu, tanpa notis, datang, tanpa bagitau, hadir, tanpa peringatan, tiba, tidak cepat mahupun lambat.

Walaupun kamu kata belum ready, apabila Allah perintahkan malaikat untuk matikan kita, maka di situ kita sudah tidak boleh buat apa-apa lagi.

Memang, gerun memikirkannya. Adakah amalan kita ini cukup? Bukan setakat cukup. ADAKAH AMALAN KITA INI DIRAHMATI ALLAH?

Marilah bersama-sama muhasabah diri, perbaiki diri. Ubah pelan-pelan jika tidak mampu ubah terus.

Ketika membaca semula buku Fanzuru - Maka Lihatlah karya Hilal Asyraf, dia ada bagitau pasal kematian.

Kita hidup sementara saja, untuk bersusah payah. Di alam barzakh nanti, tiada ikhtiar sudah untuk kita beramal. Sahabat kita di alam sana hanyalah amalan kita saja.

Membaca tentang itu pun aku dah gerun. Allahurabbi. Terfikir kata-katanya, benar. Di alam barzakh, kita tidak tahu berapa lama, alam akhirat, kita langsung tak tahu berapa lama.

Wallahualam, apa yang kita mampu, berdoa, beramal dan mengharap Allah meredhai amalan kita agar dapat ganjarannya. Cubalah elak buat dosa, dan teruskan berusaha untuk menggapai redha Allah S.W.T.

Semoga sahabat yang baik malah beriman itu, ditempatkan bersama orang-orang yang bertakwa kepadaNya. Allahumaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fuanhu. Al-Fatihah.

Islam tidak suruh umat berzikir pasal mati, tetapi digalakkan untuk banyak ingat mati.

Monday, 6 August 2012

Last phase of Ramadhan.

Fate fell short this time your smile fade in the summer
Place your hand in mine I will leave when I wanna

I'm bored. So I decide to write this.

Busy week, next week, three assignments must be submitted on Thursday.

I still haven't done any, seriously. Still enjoying.

Insya Allah, I will do it. Day by day~~~

Final phase of Ramadhan, final 10 nights.

The nights which one of them contain the greatest night of 1000 months.

Lailatul Qadar, or you can say the night of Al-Qadar.

I will do my best, to increase and improve and change before Syawal come.

I've regretted so many things, too many.

I've fallen deep inside dimness of light. I must be strong to find the light that I need for myself.

So that I can be the light for people around me, insya Allah.

All need is doa, effort, continuous and tawakal.

That's my priority, my style, my way to overcome things.

I've done my task for this month, a big one. But I want to do something for the world. Insya Allah.

Just planning, a work-alone but I will need help. Of course, Allah is my priority.

Maybe, this 'something' is secret, but still need a proper planning and advice from superior.

I just hope that I will be able to balance my study, social, game, free time and especially for ibadah.

I mostly spend time on games, but I want to change the habit. It's my own fault for this new thing. Kehkeh.

So for you dear readers, hope you won't do something like I did. Better be a good person for yourself.

Dear you, happy fasting, hope that you'll always happy, hope that we'll make through this until Jannah.

Snake Charmer.

Tuesday, 3 July 2012

Kifarah atau balasan.

Euro dah berakhir. Kemenangan Sepanyol, baguslah.

Tapi aku tak minat sangat, sebab aku lebih minat kepada kelab.

Sekarang ini ramai sakit, pensyarahku, rakan-rakanku, keluarga? Wallahualam. Insya Allah aku tanya keadaan mereka nanti.

Sakit itu, secara definisi, sesuatu yang membuatkan kita lemah dan tidak bermaya, menjadi beban dan diri kita pasti malas.

Itu secara umum, sebab memang kalau orang sakit, sakit dia macam tidak mampu buat apa-apa benda.

Namun bagi mereka yang berfikir, sudah tentu mereka akan merasakan sakit ini satu ujian bagi mereka, mahupun balasan kerana dosa mereka.

Sakit ini satu anugerah bagi mereka yang bersyukur. Percayalah, tapi tidak ramai ingin berfikir.

Diriku juga sakit, dengan rasa lemah dan malas, sehingga payah untuk bangun subuh tadi. Astaghfirullah, nasiblah dapat juga menunaikan kewajipan tersebut.

Aku masih ingat kata-kata ustaz ketika kuliah 2010 sebelum masuk IPG, di mana aku rasa aku ada update dalam previous entri. Sila cek sendiri.

Beliau kata, sakit ini sebenarnya menghapuskan dosa-dosa kecil kita, jadi jangan mengeluh kalau sakit. Tapi itu tidak bermakna kita pergi cari sakit.

Mentang-mentanglah ayat tersebut menghapuskan dosa-dosa kecil kita, terus kita dengan 'bodohnya' pergi cari sakit. Bukan begitu, Allah tak suruh kita cari kesusahan pun, tapi bersabar menghadapi ujian yang Dia beri.

Boleh jadi juga sakit itu sebagai satu balasan kerana dosa kita, pengajaran agar kita insaf.

Ada satu ketika, pada tahun 2010. Ini bukan cerita sakit, tapi mudah-mudahan memberi pengajaran.

Ketika itu aku fokus untuk mendapatkan lesen, dijadikan cerita pada hari Isnin, aku akan mengambil ujian JPJ.

Namun ditakdirkan pada malam sebelumnya, ada sedikit salah faham di antara mama dan aku. Aku tak rasa apa-apapun ketika itu.

Besoknya, selepas mengharungi litar, ujian bukit pula menanti. Ketika giliran aku, dengan penuh yakin, aku memandu sehingga ke lereng bukit dan berhenti. Bagi yang dah ada lesen, mesti tahu macam mana prosedur tersebut.

Ketika ingin memecut melimpasi bukit tersebut, ditakdirkan Allah, aku tekan sekuat mana pun minyak tu dan klutch juga sudah diseimbangkan dengan baik, tapi kereta itu tidak naik malahan terundur. Aku mula menyalahkan kereta tersebut. Sudah itu, polis itu berkata, ujian ku dah tamat. Habis.

Siapa tidak marah kan? Setahu aku peluang patut diberi sekali lagi. Tapi tidak, aku langsung tidak dapat peluang tersebut.

Aku terus bertekad untuk retake semula, tapi bukan pada hari tersebut, minggu hadapannya. Aku memberitahu abahku tentang kegagalanku.

Abahku kata, "Kau mau tau kenapa kau gagal? Sebab kau buat salah sama mama sampai dia sakit hati."

Aku ingin menyanggah, tapi setelah berfikir berkali-kali, betul. Malam sebelumnya itulah yang menyebabkan Allah memberi balasan terus kepadaku.

Mamaku sakit, ya sakit hati kerana perbuatanku. Allah terus beri balasan kepadaku, bukan setakat malu, hilang duit RM50.

Aku terus minta maaf selepas tu, memang tak sangka begitulah kuasa Allah. Aku rasa bersalah dan berharap tidak mahu lagi menyakitkan hati kedua ibu bapaku.

Pada ujian retake, aku lulus sepenuhnya. Tapi berdasarkan pengamatanku, ada orang gagal naik bukit 2-3 kali, tapi masih diberi peluang. Hatiku membantah tindakan polis tersebut, tapi apapun, aku tidak fikirkan sangat. Dunia memang jarang ada keadilan, akhirat pasti membela mereka yang dizalimi.

Tidak bermaksud aku termasuk orang di situ, aku berpendapat aku diberi balasan kerana menyakiti mamaku. Sebab itulah, jangan sesekali menyakitkan hati kedua ibu bapa kita. Sayangilah mereka.

Berbalik kepada tajuk, tak semestinya sakit itu berupa yang umum seperti demam, selsema. Sakit hati juga boleh menyebabkan diri kita ini diberi balasan oleh Allah. Mungkin Allah tak mahu kita diseksa pada hari akhirat. Wallahualam.

Jadi sekiranya sakit, bersyukurlah, sebab Allah beri peluang untuk menghapuskan dosa kita, untuk memohon maaf kepada orang yang kita buat salah, untuk memohon keampunan daripadaNya, untuk meningkatkan iman dan taqwa kita kepadaNya.

Sakit itu boleh jadi kifarah untuk dosa kita atau balasan kerana dosa kita.

Beruntunglah mereka yang sakit, tapi masih boleh berzikir mengingati Allah S.W.T, seperti Nabi Ayyub yang sentiasa berzikir kepadaNya, sekalipun lidah baginda saja yang masih sihat.

Satu peringatan, jangan minta sakit. Tak pasal-pasal dapat sakit berat, pasti kita merungut. Manusia kan, suka merungut.

Dah, jom belajar. ^_^