Comrades

Sunday, 26 August 2012

Kematian - akhir di dunia, bermula di akhirat.

"Salam takziah, sahabat kita Rudy Roslan telah meninggal dunia 12.30 pm kemarin..............."

Ketika itu aku berada di Kuala Penyu, membaca mesej daripada seorang sahabat, itupun untuk pengesahan selepas si dia memberitahu pasal sahabat yang baik dan ceria.

Aku tergamam, terpana, semua masuk dalam diri. Melihat mesej tersebut.

Dalam kepala ku berfikir, alangkah beruntungnya al-marhum meninggal dalam keadaan tidur. Bukan dalam keadaan yang mengerikan, lebih-lebih lagi mati mengejut.

Aku terfikir, apakah aku masih sempat untuk hidup? Bagaimana pula jika aku yang berada di tempatnya?

Terfikir alam barzakh, akhirat, segala-galanya. Allahurabbi, astaghfirullah, gerun diriku memikirkannya.

Mati itu, tanpa notis, datang, tanpa bagitau, hadir, tanpa peringatan, tiba, tidak cepat mahupun lambat.

Walaupun kamu kata belum ready, apabila Allah perintahkan malaikat untuk matikan kita, maka di situ kita sudah tidak boleh buat apa-apa lagi.

Memang, gerun memikirkannya. Adakah amalan kita ini cukup? Bukan setakat cukup. ADAKAH AMALAN KITA INI DIRAHMATI ALLAH?

Marilah bersama-sama muhasabah diri, perbaiki diri. Ubah pelan-pelan jika tidak mampu ubah terus.

Ketika membaca semula buku Fanzuru - Maka Lihatlah karya Hilal Asyraf, dia ada bagitau pasal kematian.

Kita hidup sementara saja, untuk bersusah payah. Di alam barzakh nanti, tiada ikhtiar sudah untuk kita beramal. Sahabat kita di alam sana hanyalah amalan kita saja.

Membaca tentang itu pun aku dah gerun. Allahurabbi. Terfikir kata-katanya, benar. Di alam barzakh, kita tidak tahu berapa lama, alam akhirat, kita langsung tak tahu berapa lama.

Wallahualam, apa yang kita mampu, berdoa, beramal dan mengharap Allah meredhai amalan kita agar dapat ganjarannya. Cubalah elak buat dosa, dan teruskan berusaha untuk menggapai redha Allah S.W.T.

Semoga sahabat yang baik malah beriman itu, ditempatkan bersama orang-orang yang bertakwa kepadaNya. Allahumaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fuanhu. Al-Fatihah.

Islam tidak suruh umat berzikir pasal mati, tetapi digalakkan untuk banyak ingat mati.

No comments:

Post a Comment