Sedang ku cek-cek FB, biasalah, mahu tengok apa-apa benda baru. Macam jadi newspaper online pula. Hehe.
Ternampak ku sesuatu gambar, pasal seluar dalam, atau spender - nama popular.
Dikaitkan dengan iluminati, dia kata jangan pakai benda tu sebab ianya lambang iluminati.
Maka aku tepuk dahi, apakah buktinya? Hanya kerana spender tu berbentuk segi tiga?
Jangan mudah percaya benda-benda sebegini.
Sebabnya, iluminati satu konsep melibatkan dajal, adakah spender ini melibatkan dajal?
Tidak kan? Hmm.
Pythagoras Theorem, satu pelajaran dalam matematik. Foundernya orang Islam, tapi aku lupa siapa namanya.
Pythagoras ini triangle sebenarnya. Tapi bersudut tegak, jadi ini pun iluminatilah ya? Tapi yang jumpa orang Islam.
Pleaselah, jangan relate sesuatu konsep itu dengan perkara-perkara tidak munasabah. Kalau betul iluminati, tak perlulah ajar budak-budak pasal bentuk segi tiga.
Berfikirlah sikit, kena siasat dari akar umbinya. Iluminati sebenarnya apa, dan kenapa segi tiga.
Itu yang penting. Kenapa penggunaan segi tiga, rasanya aku ada baca. Tentang New World Order, atau dunia ketiga. Rasanyalah.
Sebab, jika mahu kaitkan dengan dajal, nabi tak sebut pun pasal segi tiga. Buta sebelah mata adalah.
Hati-hati mahu kaitkan sesuatu, sebab boleh membingungkan dan menyusahkan. Bukan menyokong iluminati, spender dengan iluminati, apa kaitan ya? Hmm....
Lainlah kalau dia kata pakai spender memudaratkan dengan memberi beberapa bukti. Itu boleh aku terima. Ini terus dikaitkan dengan iluminati.
Kita kena rajin membaca, rajin mengkaji, rajin tengok itu ini, bukan sekadar online tanpa sebab. Inilah kelemahan kita, suka sebarkan sesuatu tanpa merujuk kesahihannya terlebih dahulu.
Termasuk dalam penyebaran hadis, kadang-kadang kena lihat kesahihannya, sanadnya, periwayatnya, barulah sebar. Bukan apa, supaya tidak mengelirukan.
Termasuklah sebarkan ayat Quran. Benar, al-Quran sangat sahih, sumber paling sahih di dunia ini. Cuma kena faham betul-betul tafsirannya, lebih baik tanya orang beragama tinggi dan berilmu. Insya Allah tiada masalahnya.
So.. dear readers, please, please and please be careful before you share something. You might share false information, and will lead confusion to others. Better check up the reliable source before you share it.
Dah lama tak taip dalam English, lepas ni taiplah. Insya Allah.
Selamat ber'siam' semua. ^_^
No comments:
Post a Comment