Comrades

Saturday, 28 July 2012

Day by day,

Tajuk tu, confirm orang ingat entri ini pasal lagu T-Ara terbaru.

Puasa keberapakah? Masuk hari sabtu, dah 7 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.

Hari ini merupakan hari yang sangat aneh tetapi mengagumkan. Allah S.W.T menjadikan hari Jumaat yang lepas dengan suhu yang sejuk, sangat sejuk, sehingga terpaksa ku memakai stokin dan baju lengan panjang walaupun berada dalam bilik.

Namun bukan itu yang difokuskan.

Bulan Ramadhan, 10 malam pertama dah hampir nak meninggalkan kita. Apakah amalan yang telah kita buat?

Kadangkala kita terpersiakan hari-hari tersebut. Apapun, tekad dalam hati untuk memperbanyakkan amalan.

Tadi khutbah Jumaat, menarik perhatian serta menyedarkan diriku. Khatib menyentuh 4 perkara mengenai Ramadhan.

Pertama, beliau sentuh tentang puasa. Of course, bulan Ramadhan memang diwajibkan untuk berpuasa. Dalam surah al-Baqarah pun ada dinyatakan dalam ayat 183. Ayat popular ketika munculnya Ramadhan.

Puasa di sini ialah puasa sepenuhnya, bukan setakat makan minum, segala hawa nafsu dan perkara melalaikan mesti berpuasa juga.

Kedua, oh memori aku kini makin kurang bagus. Petanda diri ini semakin tua. Tidak apalah, tetap ku share sebahagian yang ku ingat.

Aku kira, dia ada sentuh pasal solat terawih. Satu-satunya ibadah yang ada dalam bulan Ramadhan. Betul, bulan lain, mana ada solat terawih.

Tapi menyedihkan, orang datang sekadar solat terawih, solat Isya' diabaikan. Yang benarnya, Isya' dahulu barulah terawih. Ini tidak, terbalik pula. Isya' jadi sunat, terawih yang wajib.

Dia juga sentuh pasal bulan membaca Quran. Betul, bulan Ramadhan ialah bulan al-Quran. Patutnya kita rajin membaca Quran, sebab takut nanti kita tidak mampu membacanya dalam bulan lain.

Terakhir sekali aku lupa. Tapi aku ingat satu perkara.

Bulan Ramadhan, semakin ke penghujung, semakin bertambah amal ibadah, bukan berkurang. Masjid patut makin imarah, qiam pula patut lebih giat, terutamanya mencari lailatul Qadar.

Sebab itu, day by day Ramadhan passes us, we should improve and increase our amalan so that Allah will forgive our sins in the past. Insya Allah.

Itu sajalah input untuk hari ini. Aktiviti dakwah tidak boleh berhenti. Dakwah kena buat sampai mati.

Ketika mendengar lagu T-Ara ni, alangkah baiknya jika lagu tersebut jadi nasyid untuk bulan special ni. Hehe.

Day by day~~~

No comments:

Post a Comment