Assalamualaikum,
Habuk. Habuk. Fuuuhhh.
Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas olehNya, dan telah selamat sampai ke rumah. Hehe.
Khamis lalu, aku bermusafir ke Kota Kinabalu, pukul 4 jalan. Syukur sempat solat asar di masjid berdekatan. Allah mempermudahkan urusanku untuk bermusafir. Alhamdulillah.
Sepanjang jalan ke KK, well not much really. Macam biasa saja. Dalam banyak-banyak trip ke KK, itulah first time aku tidak tidur sepanjang perjalanan. Haha. Well, dah puas tidur pada paginya, dari pukul 7 pagi sampai..needless to say. Hehehe.
Sepanjang perjalanan itu juga, dihidangkan dengan movie-movie aksi. Wow. First movie, cerita Thailand. Banyak aksi exaggerate. Seriously. Bukan lagi hiperbole, tapi bombastik. Apapun, movie yang siok. Tak payah aku cerita sinopsis. Bikin habis masa saja. HAHA.
Movie kedua, Only The Strong. Ini movie menarik perhatian aku. Why? Sebab berkaitan dengan profesion dan bakal kerjayaku sendiri. Guru. Ceritanya, di mana seorang bekas pelajar sekolah Lincoln High School - yang sangat bermasalah - telah dijinakkan, menjadi tentera, ingin cuba menjinakkan para pelajar yang diblacklistkan. Siok movie ni. Lucu, dan memalukan, tapi semart!
Seriously, overall, the subtitles for both of the movies are stupid. Ketara google translate. Haha.
Sampai di Penampang, pukul 6 lebih. Memang penat. Terutamanya, pada malam sebelumnya tak tidur gara-gara game. Ugh! Dan aku continue untuk tidak tidur pula sebab dah tertidur sejak sampai di Penampang. Bermusafir, ada kelebihan. Boleh qasar jamak solat. Heee.
Pada esoknya, well it was the greatest day in my life. Why, pergi ke Wisma Muis. Memang dah jatuh cinta. Sebab terlalu banyak buku-buku di sana yang menyahut2 nama ku meminta dibeli. Adakah aku membelinya? Semestinya, cuma satu saja terbeli. Hehe. At least time cuti, salah satu azam dah tercapai dan akan berterusan. Insya Allah.
Apa tajuk buku itu? Aku syorkan korang beli, terutamanya yang sangat suka membaca. Kisah 4 Imam. Siapa imam-imam tersebut? Imam Nukman, Imam Malik, Imam Muhammad dan Imam Ahmad. Haaa. Bingung korang? Kalau tak kenal, beli buku itu. Imam yang benar. Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali. Merekalah pencetus mazhab-mazhab dalam Islam, di mana mazhab-mazhab ini semuanya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Membaca cerita ini, memang agak panas juga hati, terutamanya babak yang menyeksa imam-imam besar ini. Apapun, akhlak, peribadi dan amal ibadah mereka memang mengagumkan. Imam Hanafi, pernah belajar dengan Ibnu Umar, Ibnu Masud dan Ibnu Abbas. Imam Malik, menghimpun beribu jenis hadis, menapiskannya dan membukukannya. Kitab al-Muwattak, itulah kitab yang disusun hadis oleh Imam Malik.
Imam Syafie? Mazhab diamalkan di Malaysia. Tapi ingat, tidak salah mengamalkan mazhab lain melainkan fahaman lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau menghafal Quran sejak sembilan tahun, dapat menghafal ilmu yang disampaikan oleh gurunya dalam masa yang singkat. Dan gurunya, ialah salah seorang imam mazhab, Imam Malik.
Imam Ahmad, atau lebih dikenali Imam Hanbali, juga seorang imam hebat. Al-Hakam merupakan gelarannya kerana menghafal 700000 hadis dan memang tinggi ilmunya. Gurunya siapa? Siapa tak kenal, Imam Muhammad ibn Idris. Kalau korang tak kenal, memang lawaklah sebab Malaysia guna mazhab dia. Hehe.
Siok buku ini, walaupun aku memang tak suka sejarah, tapi kalau berkaitan dengan tokoh-tokoh Islam, memang berusaha untuk mendapatkan bukunya. Seperti mana buku Sultan Muhammad Al-Fateh, itupun menarik minat, dimana beliau tidak pernah tinggal solat tahajjud sejak akil baligh. Masya Allah. Kita? Jangankan solat sunat, solat fardhu pun payah mau dilakukan. Astaghfirullah al azim.
Thanks to Allah, for helping me to have this, and thanks to my parents, for supporting me. |
Musafir ke KK tidak sia-sia, di samping dapat ilmu, dapat juga benda yang diperlukan. Alhamdulillah. Walaupun tidak bertuah seperti mereka yang dapat bercuti-cuti Malaysia, dapat sebuah buku yang bermanfaat sudah cukup bagiku.
Dan pada hari sabtunya, puas berehat di rumah. Huh, seharian tidur. Tapi tidaklah lalai sangat. Hehehe. Dengan melayan game lagi, layan drama lagi. Apapun, sepanjang di Penampang, aku tidak layan DotA. Oh yeah!
Dan baru sekarang dapat online, alhamdulillah. Mudah-mudahan elaun masuk cepat. Siapa tak nak duit. Tapi semestinya duit itu diutamakan untuk membeli buku lagi. Seriously aku gila buku. Mudah-mudahan dapat isteri yang memahami nanti. Kekekeke. Sempat lagi cerita kahwin.
Well, buku apa nak dibeli? Banyak. Initially, buku La Tahzan ingin ku beli. Tetapi ternampak buku 4 Imam ini, terus sambar. Ofkoslah bayar. Hehe. Harga mahal tak apa, ilmu itu jauh lebih penting. Insya Allah.
Dah target dah, kalau elaun masuk, memang ke KK lagi. Hooo. Mudah-mudahanlah dipermudahkan urusan olehNya. Insya Allah.
Itulah cerita cuti aku. Bosankan? Mungkin akulah manusia paling bosan di muka bumi ini. Orang lain bercuti-cuti Malaysia, Eropah, Asia, aku cuti dengan laptop, internet, game, movie, drama dan buku. Apapun, kepada mereka yang bercuti, selamat bercuti, jaga diri, jangan nakal-nakal.
Apa cerita 'awak' yang selalu aku titipkan dalam entri aku ini? Well, I've decided to forget her. Yalah, bukan dia tahu pun ini benda, bukan dia baca pun blog aku, bukan dia terasa pun tiap entri yang kutulis. Why? Sebab she doesn't know me as well as I never know her. Haha.
Apapun, awak, semoga awak sihat walafiat. Gembira sungguh, awak dah berubah. Ayat membunuh sungguh. Haha.
Kesimpulannya, mudah-mudahan entri ini ada manfaat kepada anda semua. Insya Allah, ampun segala kesilapan diri yang tidak sempurna ini. Hehe.
AvA - Alhamdulillah, telah habis baca. Target seterusnya, harap dapat membelinya. Insya Allah. :)
assalamualaikum
ReplyDeletealhamdulillah, menggunakan duit yg ad dengan bermanfaat. ok, sejujurnya sangat jeles bila anda bercerita dengan isi dalam buku tersebut. kelihatannya sangat menarik. tahniah, anda berjaya mempromosi bku tersebut. insyaAllah mesti berusaha mendapatkannya. kita harus cuba untuk meminati sejarah kerana melalui sejarahlah kita akan mengetahui byk perkara dan kita tidk akan mengulang perkara yg tdk bermanfaat dan mengambil iktibar dr kisahnya seperti sultan muhammad al-fateh. teruskan menulis..
nice review brader. Buku yang menarik.
ReplyDeletebuku & perkongsian yg menarik~
ReplyDelete@PK Syukron bro. Masih hangat di pasaran. Hehe.
ReplyDelete