Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Syukur kepadaNya sebab masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini. Heeee.
Okay. Agak lama tak cerita DotA, pergh padahal tiap entri mesti ada DotA.
Kenapa dengan awek dan dota?
Percayalah, tiap perempuan yang ada boyfriend, kebanyakan mereka ialah pemain DotA. Kawanku, dari sekolah sampai di IPG pun, ada pacar yang suka main DotA. Hehe.
Dan kebanyakan masalah pertengkaran boy-girlfriend ini, tak lain tak bukan, mesti sebab DotA.
Gaduh pasal dota. Kesian, siapa suruh 'couple' dengan pemain DotA. Paling sadis, siapa suruh 'couple'. Kehkeh.
Pernah lihat ni? Hehhe.
Hah! Kalaulah ada lelaki pause bermain DotA untuk reply kekasihnya, kahwin dia. Itu maksud tu ayat. Tapi dalam public game/clanwars/competitive/competition DotA, susah untuk pause. Sebab ia harus dimain tanpa berhenti untuk sms. Patutkah korang kata begini kepada pemain lawan "Eh jap, aku nak sms awek dulu" Konfom anda dikick, diban. Hehe.
Tadi aku melalui sebuah kedai game, aku lihat ada dua orang awek sedang duduk di kerusi (takkan di meja), melihat orang sedang menghadap komputer. Aku lihat orang tersebut main game. Aku geleng kepala. Girls, kau nak tunggu dorang habis? Kalau dorang itu pro, 20 minit dah cukup untuk main. Tapi kalau sebaliknya? Tunggulah 40 minit ke atas. Hehe. Kesian.
Bukan aku nak racist terhadap pemain DotA, padahal aku sendiri main tu benda. Ada masa aku main dengan kawan, ada masa aku main dengan komputer saja. Bermain dengan kawan pun, ada timenya aku pilih. Aku pilih time selepas solat fardhu, dan jarak antara waktu solat seterusnya tidak terlalu dekat. Sebagai contoh, selepas Isya'. Common sense, takkan nak lewatkan solat, takkan nak TINGGALKAN SOLAT.
Selepas Isya' selalu time aku layan dengan kawan-kawan di asrama, tapi selepas exam, nafsu bermain turun tiba-tiba. Pernah ku cerita kawan bawa main dan aku main sambil lewa. Yalah, takkan mau serius? Lagipun waktu Zuhur time tu dah dekat, syukur juga, dapat killing spree, dan dapat berjemaah di masjid.
Itu mengikut akulah, kalau orang yang tiap waktu kena main DotA, itu namanya gila. Setiap kali azan, time itu masih menghadap DotA. Itu tak betul namanya.
Cumanya kesianlah terhadap awek pemain DotA, hehe. Syukur awek tiada, syukur ex-awek dulu memahami, kehkehkeh. Awek pemain DotA kena tunggu 30 minit ke atas untuk bersms. Itu satu game. Kalau yang berterusan sampai lewat malam, nah. Besok sajalah korang tunggu ya.
Apapun, DotA ini okay bagi mereka yang single berbanding mereka yang couple. Why? First, jika couple, selalu bergaduh gara-gara game ini. Second, buat dosa jika lalai main game ini. Ketiga, breakup dengan kekasihnya gara-gara game ini. Lastly, buat dosa banyak sebab ber'couple'. Ouch! Hehe. Fikir-fikir.
Boleh bermain game, yang penting akhirat tetap dihati. Begitulah maksud Islam tak haramkan hiburan. Antara syaratnya, tidak bersifat maksiat, berfaedah dan tidak melalaikan. Dalam aspek DotA, kalau bagi single, faedah mungkin ada tapi sikit, cuma bergantung kepada manusia itu, dia lalai atau tidak. Haaa.
Jadi para pencari boyfriend, kalau nak cari, cari yang tidak main DotA. Confirm bahagia, tapi seriously aku tak galakkan korang cari boyfriend. Baik korang cari suami. Kan? Hehe.
Kesimpulannya, DotA, dota juga. Akhirat jangan lupa.
AvA - Bakal isteri, jangan marah sebab bakal suamimu suka main DotA, tapi tidak kuat main DotA. Erti kata lain, tidak ketagih tahap lampau. Insya Allah. ^_^
Okay, copy paste. |
hahaha...kesian2
ReplyDeleteAku putus cinta sebab DotA ^,^ miahahaha . Aku mau single sampai aku tinggalkan DotA .
ReplyDelete