Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Kini tinggal satu paper yang akan berlangsung pada hari ini pukul 2.30 petang. Pergh, killer juga ni tau kalau tidak belajar. Ini pun belek nota last minit.
Paper semalam apa kes? Heh. Itu bukan killer namanya, itu sadis namanya. An Extremely Sadist paper pernah ku lalui, hatta time UPSR, PMR dan SPM pun tak pernah tidak sesadis begitu.
Apapun, dah berusaha, tawakkal hanya kepada Allah S.W.T, Dia lebih mengetahui. Yang penting, tips exam, jangan tengok belakang. Pandang ke depan.
Stay out from comfort zone, kawanku punya status begini, ustaz pernah cakap begini kepada ku dan sahabat-sahabat ketika berusrah. Jangan duduk dalam zon selesa, tapi duduklah dalam zon bahaya.
Jika difikirkan balik, kenapa pula? Zon selesa, terlalu selesa sampai tidak mahu keluar dari zon tersebut. Tidak ingin mencari cabaran. Dan sebenarnya, inilah penyakit umat Islam zaman sekarang. Terlalu ingin keselesaan.
Tidak salah dalam keselesaan, tapi kalau boleh cabar diri untuk mengembangkan Islam. Banyak cara, setiap muslim adalah pendakwah. Kaya atau miskin, kurus atau gemuk, senang atau susah, sihat atau sakit, semua boleh jadi pendakwah, lebih-lebih lagi orang beragama yang kaya.
Sekiranya anda tergolong orang beragama yang kaya, jadilah seperti Abdul Rahman bin Auf, sahabat yang memperjuangkan hartanya di jalan Allah. Beza orang agama dan orang beragama ialah, orang agama belum tentu orang yang beragama. Walaupun hebat mana sekalipun pendidikan agamanya, kalau dia tak amalkan, dia belum tentu jadi orang beragama/
Miskin yang beragama, jadilah seperti Saidina Ali, sanggup berjuang demi agama Islam. Jadi wahai orang miskin, tak salah kamu untuk beragama, rajin-rajinlah pergi masjid, sebab ilmu ada di mana-mana, terutamanya di masjid yang syiar Islamnya berkembang luas.
Banyak cara kita untuk menjadi beragama, tapi kita sendiri memilih jalan untuk beragama tahap sederhana. Banyak faktor kita takut, antaranya tak mahu berjuang di agama Allah. Jika ada program bersifat maksiat, kita tidak bantah mahupun sokong, neutral sungguh. Sepatutnya kita benci, dengan tidak menghadiri program tersebut, itulah salah satu caranya.
Memang tak susah, tapi cubalah kita keluar dari zon selesa, untuk mengembangkan syiar Islam di mana-mana. Tempat juga merupakan satu faktor penting, percayalah, terutamanya bagi pelajar IPT. Secara jujurnya, aku ingin tempat jauh-jauh seperti di Kota Kinabalu (macamlah jauh sangat), di Tawau, Kent, semenanjung. Tapi sebenarnya, di tempat sendiri lebih mencabar daripada tempat lain. Bagi yang optimis, mereka tentu faham maksud aku. Membangunkan Islam di tempat sendiri lebih susah berbanding di luar sana.
Melihat kawan-kawan yang berada di tempat lain, Mesir, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, yang sewaktu dengannya, tetap ada cabaran tersendiri. Tapi ingat, tiap cabaran itu, kecil atau besar, sememangnya bikin orang pening, kalau tak pandai menghadapinya.
Zon bahaya juga banyak cabarannya, dan itu lebih nikmat jika kita lakukannya demi Allah S.W.T. Walaupun sakit di dunia, di akhiratlah tempat kita berehat. Insya Allah.
Dan betul-betul mengejutkan aku, artis Malaysia makin low. Why? Senang-senang tayang tubuh badan yang hanya layak ditatap oleh suami. Benarlah Nabi S.A.W penah berkata salah satu tanda kiamat ialah wanita berpakaian hakikat telanjang. Kalau kiamat hari Jumaat ini, sempatkan kita bertaubat?
Bertepatan dengan lagu aku dengar, Pretty Handsome Awkward. Keh keh keh. Rock juga aku ini. Berpatutanlah lagu itu ditujukan kepada artis zaman sekarang, cantik, kacak tapi awkward.
Nak tunggu gempa bumi di Malaysia baru nak taubat? Nak tunggu tsunami baru nak taubat? Tak perlu tunggu itu semua. Baik bertaubat sebelum ajal itu yang menjemput kita. Sebab bila-bila, di mana saja, apa keadaan saja, kematian tetap ada. Dan itulah kepastian yang memang benar-benar berlaku, kematian.
Kesimpulannya, susah atau senang, Islam itu mudah, Islam itu tenang. Insya Allah, selagi mana iman dan ibadah kita kepada Allah, selagi itu Allah akan lindung kita, dan memang ada ujian bagi orang beriman. Sebab itulah, wajarnya kita keluar dari zon selesa.
Secara jujurnya, kau memang curi hatiku. <-- Apa kaitan?!!
AvA - Err...Lagu itu rock. Aku saran jangan dengar kalau tak suka. Tapi memang bersifat menyindir. Keh keh keh.
No comments:
Post a Comment