Comrades

Saturday, 26 November 2011

Maal Hijrah.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah masih bagi chance untuk aku dan anda semua bernafas dan hidup di dunia yang fana ini. Dan telah masuknya waktu maghrib, hijrah baru telah bermula. Salam Maal Hijrah. :)

Cerita tentang Maal Hijrah atau supaya orang faham, ianya sebenarnya tahun baru. Dinamakan hijrah sebab nabi mula berhijrah pada 1400 tahun yang lampau, dan disitulah Islam mengenalkan kalendar baru khas untuk umatnya.

Apa beza Maal Hijrah dengan tahun baru yang disambut tiap 1 Januari? Well, desas-desus dan beberapa fakta mengatakan sambut tahun baru pada 1 Januari seolah-olah menyambut tuhan yahudi. Astaghfirullah, lebih baik sambut Awal Muharram daripada sambut tu benda.

Seperkara lagi, tahun baru masihi memang banyak perkara maksiat. Percayalah. Dengan persembahan sana sini, artis sana sini, menari sana sini, bergelek sana sini, pergh, nauzubillah. Tak sanggup aku tau, itulah bezanya Maal Hijrah dengan tahun baru masihi.

Sebaiknya, kita muhasabah diri untuk menempuhi tahun baru hijrah. Check amalan, akhlak, ibadah, segalanya tentang kita. Adakah pada tahun sebelumnya kita banyak buat maksiat, atau buat ibadah? Fikir-fikirkan.

Tak terlambat untuk berubah, marilah rakan-rakan pembaca, kita sama-sama berubah menuju ke arah kebaikan. Mudah-mudahan hijrah 1433 ini, Allah beri kenikmatan dan kesejahteraanNya kepada kita. Kita tak tahu, adakah tahun ini merupakan tahun terakhir kita, bulan terakhir kita, minggu terakhir kita mahupun hari terakhir kita. Kita tak tahu, mati bila-bila saja boleh datang. Mudah-mudahan hayat kita berakhir dengan baik. Amin.

Azam 1433H, banyak. Hehe. Tapi insya Allah, akan sentiasa memperbaiki diri, walaupun diri ku ini tidak sebaik mereka. Azam besar 1433H, kahwin? Pergh. Haha.

Awal kahwin, tapi apapun, dalam kepalaku, exam dan pass ke peringkat degree saja. Kalau dah pass, maka tiada kerisauan, dan akan memperbaiki diri. Memang aku dah tanam azam, peringkat degree less game, less sleep, less eat, less fooling, more effort, more exercise, more ibadah, more doa, more study. Insya Allah.

Peringkat degree kan, dan MQA dah menunggu dah. Heh. Mudah-mudahan dapat. Amin. Namun, ujian terbesar untuk seluruh pelatih guru di Malaysia ini, bagi first semester degree, semestinya elaun RM4k tu. Itu ujian terbesar tu. Masih ku ingat kata-kata sahabatku, "Kita tengok dorang boleh manage ka elaun tahun depan". Yup, mereka dah rasa untuk dua semester pertama, tibalah giliran kami untuk rasa pula. Harap duit itu tidak menggoda! Ahah!

Azam lain? Dah tersebut di atas. Sendiri bacalah. Korang macam mana? Apa korang nak baiki/buat/azam/perbaharui? Paling afdhal ialah perbaharui iman kita. Iman merupakan sesuatu benda yang boleh naik boleh turun, jadi itulah paling utama untuk diperbaharui. Insya Allah dipermudahkan urusan olehNya.

Okay, cerita cuti. Banyak cerita time cuti, tapi paling popular ialah cerita walimatul urus. Yup, perkara paling sinonim ketika time cuti. Kalau aku buat walimatul urus time sekolah ada ka orang mau datang? Haha.

Memang banyak jemputan, tapi aku sebenarnya kurang suka pergi. Bukan tak suka tapi kurang. Why? Sebab mesti ada acara nyanyi-nyanyi. Adei, masih ku ingat time study week dulu. Orang tengah study, terdengar suara orang berkaraoke malam-malam. Kacau fokus sungguh.

Walimatul urus memang okay, nyanyi-nyanyi okay, tapi masalahnya berlebih-lebihan. Sudah tu, kebanyakan perempuannya tidak tutup aurat. Itu baru tetamu, kes untuk pengantin? Astaghfirullah, pun sama saja. Adei. Sabar sajalah.

Walimatul urus ini wajib untuk dihadiri sekiranya tiada halangan, tapi kalau ia bersifat lebih melalaikan, seperti hiburan berlebihan, pergaulan tiada batas, maka jatuhnya hukum wajib tersebut. Aku tak tahu apa hukumnya, lebih baik tanya mereka yang beragama.

Harap bakal isteri aku, terutamanya bakal mentua, hehehe, boleh bertimbang rasa. Kehkehkeh. Adei, ada syarat pula untuk calon isteri ini. Haraplah dapat calon yang tahu hukum hakam Islam, tahu sunnah, tahu pasal agama. Taklah susah sangat. Jangan risau pembaca, kalau berminat bagitau, aku masuk minang. Hahaha.

Kadang-kadang, ibu bapa berlebih-lebihan untuk menjayakan perkahwinan anak mereka, tapi tidak mengambil kira aspek lain. Ingat, tuan rumah buat walimatul urus, tuan rumah tanggung dosa. Wallahualam.

Apapun, berbalik cerita hijrah, jom kita berhijrah ramai-ramai, dari buruk ke baik. Insya Allah, mudah-mudahan dipermudahkan urusan olehNya. Amin.

Kepada awak, well, i miss you. Kehkehkeh.

AvA - 20 Muharram tak lama lagi! :)

No comments:

Post a Comment