Comrades

Friday, 11 November 2011

11/11/2011

Assalamualaikum,

Seriously aku mengantuk. Keh keh keh. Alhamdulillah dapat tunaikan solat subuh secara berjemaah tadi.

Tengok tarikh hari ini, 11/11/2011.

Apa yang special?

TIDAK ADA. Orang obses dengan keunikan tarikh itu. Lainlah kalau pada tarikh itu, berlaku sesuatu yang gembira ka, sedih ka.

Tapi kenapa obses?

Sebab tidak akan muncul lagi konon. Seperti kata kak Nieja, "biasa saja pun hari ini" pada statusnya.

Entah kenapa mahu obses.

Tapi sebenarnya, hari ini hari special, bagi muslimin dan muslimah seluruh dunia.

Sebab hari jumaat. Kan? Hehe.

Hari teragung antara hari-hari lain.

Hari yang pasti berlakunya kiamat.

Hari Nabi Adam diciptakan.

Dan beberapa benda lain aku lupa. Keh keh keh.

Jadi muslimin muslimah sekalian, jangan obses dengan tarikh tersebut, tapi obseslah dengan hari tersebut, yang banyak faedahnya.

Andai kata kalau tarikh ini jatuh ketika cuti, entah-entah banyak kenduri kahwin kot. Keh keh keh.

Apapun, lebih special hari ini, tak ada exam! Hahah! Walaupun tiada air. Keh keh keh. Confirm balik rumah.

Itu saja kot. Aku kepenatan bermain DotA 6 game berturut-turut. Boleh pengsan oo. Syukur alhamdulillah, dapat bangun subuh. Hehe. Lepas ini aku mahu rehat.

Dan satu lagi, dalam hidup kita, kita tak lari daripada setiap ujian mahupun kecil atau besar, panjang atau pendek, lama atau singkat, lebar atau sempit, tinggi atau rendah, gemuk atau kurus, dan macam-macam lagi.

Itu semua salah satu ujian, dan kita sepatutnya tidak merungut tentangnya. Buat apa merungut? Apa guna?

Tipikal manusia sekarang, terlalu ingin kesenangan. Apabila Allah tawarkan akhirat yang lebih senang, tak mahu. Dunia juga dipandang. Nah.

Jangan tembak, tapi tanya. Supaya dapat selesai masalah. Ini, ambil jalan mudah, dan menyusahkan orang.

Tidak ada yang sempurna, so don't expect too much, or you'll regret yourself. In other words, shut your mouth up.

Kesimpulannya, aku mengantuk dan lapar. Hehe.

AvA - Oh bulan, cantik!

1 comment:

  1. SubahanAllah, memang bulan itu cantik..
    Teruskan menulis,InsyaAllah, ada manfaatnya.

    P/s:(kurangkan main game tu..

    ReplyDelete