Comrades

Tuesday, 15 November 2011

Alhamdulillah!

Tengok title, pasti korang boleh agak.

Paper terakhir dah habis. Alhamdulillah!

Aku berjuang hingga ke 2jam 29 minit terakhir untuk paper terakhir. Gembira sungguh.

Apapun, usaha selepas exam adalah paling penting, sejauh mana kita akan sentiasa patuh kepada Allah S.W.T, sejauh itu jugalah markah exam kita.

Aku hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T, macam baru habis SPM, tapi SPM lama lagi habis. Keh keh keh.

Seolah-olah ingin teriak, tapi itu kerja gila. Islam tak ajar begitu, yang diajar, hanyalah sujud syukur. Hehe.

Jadi apa nak buat? Tak ada apa-apa dah. Dah habis semua, oh ya junior. Korang ada ceramah besok. Keh keh keh. Kami dah ceramah, yes, yes, yes.

Dalam kepala, minggu terakhir di IPG untuk semester ini, game, novel, movie?, game, SOLUSI, lagu, game, tidur, blog, game, facebook, kacau orang, game, berdoa, mengenang si dia, game, uihh. Banyak gila game aku. Maaf, aku tiada mood main game sebab aku sakit. Alhamdulillah!

Alhamdulillah, macam aku mau teriak saja I Love You, tapi mampukah dia dengar? Sedang aku berada di katilku, aku teriak pun bandar Keningau tak dengar aku, apatah lagi dia? Keh keh keh.

Alhamdulillah, walaupun badan sakit, tangan sakit, kepala sakit, tapi dipermudahkan urusan olehNya untuk menjawab paper terakhir iaitu Slightly Simple but not that Easy. Keh keh keh.

Alhamdulillah, kini boleh fokus dah perkara-perkara lain, pasal tamrin? Hmm. Rasanya aku tak ikut, sebab program keluarga hujung minggu ini. Insya Allah, teruskan usaha.

Alhamdulillah, aku boleh kacau orang, tidur lena. Tapi teringat kata-kata seorang sahabat, "Itu baru di dunia, belum di akhirat." Terdiam, terpana, tersenyum. Benar katanya, Allah baru uji di dunia, belum di akhirat.

Alhamdulillah, kini kita perlu meningkatkan amal ibadah, berdoa banyak-banyak, berserah sepenuhnya, sebab Dia yang bagi ilmu, Dia yang bagi nikmat. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Amin.

Alhamdulillah, time cuti ini pergi masuk meminang ke kampung. Oh, ada orang nak datang ke Keningau. Cepatlah datang Siti Fasihah, aku menunggumu di keretapi tenom. Keh keh keh. Kalaulah dibenarkan ibu bapaku untuk drive ke sana. Heh heh.

Alhamdulillah, cuti kali ini mahu urus diri. Heh, tak perlu usul panjang-panjang.

Adei, macam memberitahu azam cuti pula. Tak apa, jadi pedoman kepada kita semua, mungkin azam korang lebih baik dari aku, kan? Hehe.

Wordless, apapun, kepada awak, baik-baik ketika pulang nanti. Kalau panjang umur, mungkin kita akan berjumpa. Ayat ini, khas untuk orang yang terasa. Kah kah kah.

Kesimpulannya, ucapkanlah alhamdulillah, di mana saja, bila-bila saja, apa jua keadaan. Ingat Allah, Dia ingat kita. Ingat orang tersayang, kita ingat Allah. Ingat makan, ingat Allah. Ingat sesuatu, ingat Allah.

AvA - Kirim salam dia balik. Awak jaga diri!

No comments:

Post a Comment