Comrades

Friday, 18 November 2011

Khabar gembira.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Yeah. Kini seluruh pelatih IPG Malaysia telah siap jawab paper untuk subjek masing-masing. Jangan bersorak wei. Syukur kepada Allah. Hehehe.

Seperti dimention pada entri lalu, aku dah habis jawab paper selasa, dan bersuka ria sampai cuti habis. Sepatutnya membalas dendam terhadap DotA, tapi lust of DotA dah hilang. Apa ku layan? Movie saja. Nah. Movie pun mau habis dah. Tak apa, di rumah boleh download sakan. Yang penting jangan lupa belajar. Heh.

Belajar apa? Apa-apa saja, paling penting cari ilmu yang bermanfaat. Kan? Hehe. Okay, back to the topic. Khabar gembira. Alhamdulillah, Allah beri khabar gembira kepada aku dan saudara-saudaraku yang rapat, aish siapa-siapa saja. Sememangnya tak kusangka ia bukan sekadar gembira, tapi memang mengharukan. Alhamdulillah, jadi kepada muslimah yang baca entri ku ini, tugas anda ialah GUIDE. Oh, GUIDE. Oh, GUIDE. Teringat GUIDE DotA.

Apa kes hari lalu dan rabu? Tiada kes. Tadi pagi orang ajak main DotA 1v1, aku banggalah dapat killing spree (3 times row). Kehkeh, walaupun kalah pada akhirnya. Macam Yaphets lawan Yamateh pula. Tapi dalam kes mereka, Yaphets menang setelah killing spree. Hehe. Lepas tu layan movie, LANUN. Oh yeah ketawa tak kering air liur. Muahaha.

Sekarang ini mereka semua pikir pasal nak balik saja. Maklumlah dah cuti. Aku fikir apa? Kemas bilik, bersihkan bilik. Pergh, sandih eh. Tidak ku tahu macam mana nak buat tu, bukan tak tahu, tapi laratkah?

Yang lain berDotA di dobi, kawanku ada ajak lagi main malam tadi tapi aku mengelak. Aku dan rakan-rakanku buat jenayah, jenayah apa? Kehkehkeh. BBQ. Oh sedap. Kenyang sampai tak mahu makan lagi, konon padahal masih terliur.

Jadi kepada yang balik itu, aku doakan agar korang selamat sampai. Insya Allah, sampai rumah salamlah tangan ibubapa anda. Kan senang begitu, aku dekat ni pun buat begitu, apatah lagi korang yang berbulan-bulan tak jumpa. Kehkehkeh.
Seriously cerita cuti ini memang bosan, kalau dapat merantau ke negeri orang kan seronok. Pergi Kelantan, Kedah, Terengganu (Ustaz Azhar Idrus!), mana-mana saja. Kehkeh. Takkan mau mention banyak-banyak? Nanti ketaralah. Kehkehkeh.

Apapun, time cuti jaga diri. Awak time cuti jaga diri, balik rumah hati-hati, kirim salam kat mak ayah okay, macamlah entri ini dibaca oleh dia. Adeii. Apa-apa sajalah. Yang penting, siapa terbaca entri ini, aku tujukan ayat tadi untuk korang semua, terutamanya awak yang rajin membaca. Siapa? Tidak ku tahu. Lalalalala.

Kesimpulannya, cuti ini, datang status terkenalku, INDEFINITE HIATUS BEGIN!

AvA - Jaga diri yer. Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan. Kepada kakak yang dah graduate, selamat menjadi cikgu. Insya Allah, teruskan perjuangan! Yo-ho.

1 comment: