Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Masih bernafas sehingga sekarang. Yeah. Yeah. Yeah. Terima kasih ya Allah, memberi aku peluang, menikmati kurniaanMu.
"My heroine - of course my mother, then my future wife." - Mohd Faiz Sahmain
Quote lagi. Keh keh keh. Suka aku main quote quote ni tau. Aku nak tahu, siapakah heroine hidup korang? Jawablah dalam hati. Aku pasti, ramai kata ibu mereka.
Betul. Ibu kita ialah heroine kita, sejak berada dalam perut lagi. Hero? Of course, bapa kita.
Ibu, atau aku panggil mak. Memang tugas ibu, menyayangi anaknya, menjaga anaknya, mengasihi anaknya, segala-gala, untuk anaknya.
Dalam dunia ini, termasuk binatang, sangat sayangkan anak mereka. Sebab, itu ialah amanah daripada Allah S.W.T. Bapa juga termasuk, dan tanggungjawab seorang bapa sangat besar. Berbanding ibu, hanya perlu taat kepada Allah, suaminya serta menjaga anak, sementara ketua keluarga mencari nafkah.
Sejak kita lahir, tangisan kegembiraan akan keluar dari mata seorang ibu. Dan sejak itu, kehidupan sentiasa ceria. Walaupun kita selalu menangis, kerana satu perkara, apa dia? Susu badanlah. Time baby2 itu ja yang diminta, sebab itu menangis. Hehe.
Tapi tak pernah ibu kita merungut, betul. Walaupun tengah malam sekalipun, dia takkan merungut, kalau anak kecil menangis. Dijaga dengan penuh kasih sayang. Yep, itulah ibu. Kuat sungguh mereka. Kita kalau kena kasi bangun tengah malam mula mengamuk. Sebab ganggu tidur. Hmmm...
Apa lagi tugas ibu? Banyak. Selain memberi makan minum, cinta dan kasih sayang perlu diterapkan dalam diri anak mereka. Melalui susu badan itulah, kasih sayang mengalir. Time dah besar sikit, umur 2-3 tahun lebih kurang, semakin aktiflah kita. Sehingga kadang-kadang memaksa si ibu menghalang keaktifan kita. Tak pa. Itu maknanya si ibu masih sayang anaknya, dan ada masa untuk diluangkan bersama kita.
Time persekolahan, terutama tadika, of course, kita menangis di alam baru. Kadang-kadang pening, sampaikan bapa kita terpaksa jadi 'murid', ibu kita pula turut stay. Adidi. Manja, tapi tak apalah. Budak-budak.
Time kita memasuki alam remaja. Well, umur meningkat, jadi keinginan makin bertambah banyak. Hmm. Tanya diri kita, pernahkah kita tak sakitkan hati ibu kita? Jawapannya, sendiri fikir.
Makin jadi remaja, makin gila-gila. Memberontak, melawan, meninggikan suara, terhadap orang yang sayang anaknya 100% sejak kecil. Masya Allah, mengalir air mata ibu. Kenapa? Anak yang dulu disayangi, kini berubah. Sayang anak si ibu itu, dicurahkan kepada orang lain. Siapa? BOYFRIEND atau GIRLFRIEND.
Bukan itu saja, kadang-kadang dipukul ibunya sendiri! Astaghfirullah. Itu bukan anak namanya. Itu syaitan namanya. Tapi seorang ibu tetap menyayangi anaknya. Why? Kerana itu adalah amanah Allah.
Sampailah nak melanjutkan pelajaran ke IPT, tetap bersikap sinis, dingin, kurang ajar terhadap ibu. Dan di situ, segala berubah.
Tempat baru, suasana baru, banyaklah benda baru. Ada dua kemungkinan saja, yakni suasana baik, atau tidak sihat.
Terpengaruh dengan kebanyakan orang, akhirnya menjerat diri. Terjebak dalam kancah penzinaan! Sehingga mengandung anak luar nikah.
Bagi lelaki, lepas buat, cari lagi. Sungguh kurang ajar. Bagi perempuan, gugurkan kandungan. Dibuang begitu saja. Macam anak patung. Macam tak kisah, macam bukan anak dia! Astaghfirullah.
Dan lepas tu buat dek. Dan muncul la di surat khabar, "mayat bayi terjumpa di...." tempat yang selalu orang buang. Hmmm.
Dan mereka yang buat, masih hidup, bebas. Di akhirat, jawab pada Allah kalau dapat, sebelum itu, jawab pada Munkar dan Nakir di kubur, kalau dapat. Memang diberi pembalasan yang cukup pedih, sampaikan aku tak dapat bayangkan. Allahuakbar!
Ada sebab kenapa aku punya entri lain kali ini. Lihat pada awalnya, ibu kita sanggup menyayangi kita, memberi segala kita minta, memberi kasih sayang, segala-galalah.Tapi pembalasannya?
Melawan, derhaka, kasar bahasa, tinggikan suara, pukul, belasah, dera. Semua ada.
Aku tahu, tidak semua jahat. Ini khas untuk mereka yang begitu. Fikir-fikirlah wahai anda, wajarkah membalas ibu kita sedemikan rupa?
Paling teruk, lepas berzina, mengandung, membuang amanah Allah. Teruk. Teruk. Teruk.
Makin banyak berita kan? Pasal benda ini. Bukan nak kata apa, tapi kenapa buat begitu? Menyalahkan ibu apabila terjadi sesuatu, tapi sendiri tak makan saman kalau ditegur. Apa contohnya?
"Ibu bapa aku bersalah! Sebab diorang tak bagi perhatian yang cukup!" Ini bukan alasan. Memang penyebabnya, tapi bila ada orang nak tegur, kenapa tak makan saman? Selamba saja cakap "Suka hati akulah! Jangan jaga tepi kain oranglah! Kubur masing-masing! Huh!"
Kan? Ibu bapa tak bagi, dan ada orang lain prihatin. Cuba kita ambil teguran orang lain itu. Dan ubah diri kita, semestinya ia memberi kesan terhadap mereka. Percayalah. Inilah masalah manusia zaman sekarang, tak pandai mengaku kesilapan.
Fikir-fikirkan, tak payah dicari punca masalah itu. Itu semua rancangan Allah, yang penuh hikmah. Samada menyedarkan kita, atau membalas perbuatan dosa kita. Apa yang penting, muhasabah diri. Kepada mereka yang menyakiti ibunya, ingatlah, anak anda nanti pasti membalas semula apa yang anda lakukan. Why? ALLAH ITU MAHA ADIL.
Kesimpulannya, sayangilah ibu kita. Walau teruk manapun mereka, walau jahat pun mereka, itu urusan mereka dengan Allah. Apa yang penting, kita sebagai anak, taat kepada mereka, selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Wallahualam.
AvA - Mudah-mudahan bermanfaat, menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita. Sayangilah ibu kita, bapa kita, keluarga kita, saudara-saudara kita, rakan-rakan kita, selepas kita mencintai Allah dan rasulNya. Insya Allah, hidup bahagia.
yeah~my mom
ReplyDeletethe only person that can mke me laugh when i'm so sad~