"Lisa, tak payahlah." kata Erin.
Lisa tergamam. Apa kes?
"Eh Rin, kau nak diorang pijak kepala korang? Bukan kau bersalah. Diorang si Ariel tu bersalah. Ngamlah tu dia, ikut jejak langkah Aril Peterpan."
"Oi Lis, jangan kutuk saudara seagama sendiri. Dia salah pun, doakan dia supaya dia bertaubat." Erin memang kurang suka dengan bab kutuk-mengutuk. Kalau dia dikutuk, dia boleh tahan. Kalau orang mengutuk orang, memang dia terus sembur ladanya. Ayu-ayu gengster, tapi memang mantaplah.
"Bukan apa, tapi kau kenapa Rin? Padahal dia yang nak belasah kau. Syukurlah ada mamat pergi selamatkan kau kan? Eh, handsome tak mamat tu?" sempat lagi Lisa mengusik Erin. Erin sekadar menggeleng. Apa kena kawanku ni? Kejap lain, kejap lain. Namun, Erin tetap menyenangi Lisa, sebab mereka sehati sejiwa.
"Kau ada mata, tak nampak ke tadi? Ish, ish, ish." Erin membalasnya.
"Eh, ya tak ya juga. Eh, Rin. Jom balik. Melangut apa kita di sini." Lisa menarik tangan Erin. Tatkala meninggalkan tempat tersebut, mereka berselisih dengan seorang lelaki. Lelaki itu merenung Erin dari kepala hingga ke kaki. Erin dan Lisa berdiam saja. Lisa tahu, lelaki, nampak perempuan cantik tergamamlah tu.
"Wah, lawa rambut, model syampu ke?" ayat sarkastik, Erin dan Lisa terhenti. Lelaki itu dengan rileksnya melangkah ke bilik pengetua.
"Apa awak cakap?" Lisa mula berapi. Walaupun ayat itu memuji, tapi nada suara lelaki itu sememangnya sarkastik.
"Cantik rambut. Model syampu? Kenapa belajar kat sekolah? Kenapa tak photoshoot saja?" kata lelaki tersebut.
"Hei, awak jangan nak cari pasal sini." Lisa menuding jarinya ke arah lelaki tersebut.
"Heh, setakat perempuan macam kamu dua..." lelaki tersebut meninggalkan mereka, tanpa menghabiskan ayatnya. Hilang disebalik pintu bilik pengetua.
"Tak guna punya jantan, tak kenal-kenal, tiba-tiba cari pasal, karang dibedal, baru padan muda." Lisa menghamburkan kemarahannya. Erin berdiam diri. Apa kes lelaki tu? Tapi macam pernah ku nampak. Mungkin perasaan saja kot.
"Dahlah Lisa, jom kita balik." mereka terus meninggalkan tempat tersebut.
* * * * * * * * * *
"Aku dengar ada pelajar baru. Betul ke?" para pelajar riuh bertanya soalan tersebut. Hari itu hari isnin, perhimpunan mingguan akan dimulakan sebentar lagi.
"Perhatian kepada semua pelajar, sila berkumpul di dewan sekarang juga. Terima kasih." sekali saja pengumuman, semua pelajar berduyun-duyun masuk dewan. Tak terkecuali Erin dan Lisa. Mereka sebenarnya malas nak pergi, penat berdiri. Lainlah kalau jadi pengawas seperti si Sarah tu, boleh jalan-jalan, duduk, suka-suka hati saja nak buat apa.
Perhimpunan yang tipikal, melaporkan event minggu lalu, termasuk kes Erin, namun nama tidak disebut. Dan hal-hal lain yang sewaktu dengannya.
"Baiklah, sekolah kita telah menerima pelajar baru, di mana dia akan menduduki SPM juga. Dipersilakan, Alif Zaidi Daniel Kamahl." umum guru disiplin, Encik Hakim.
Mata tiap pelajar terus melihat pelajar yang dimaksudkan. Para pelajar perempuan mula senyum-senyum, berbisik-bisik, para lelaki jelik melihat keadaan pelajar perempuan. Namun bagi Erin dan Lisa, dia merosakkan mood pada pagi tersebut.
(bersambung....)
No comments:
Post a Comment