"If you have problems, FACE IT. Don't FACEBOOK IT."
Quote special. Heh. Sesiapa tertembak hatinya, bagus. Fikir.
Facebook tempat apa? Tempat? Cari kawan, kawan lama, kawan baru, saudara, siapa-siapa saja.
Apa itu status? Untuk memberitahu perkembangan yang berlaku pasal situasi, berkongsi ilmu.
Part yang aku mahu sentuh, SITUASI.
Perlukah memaki? <--- Agama tak ajar memaki. Islam ka, Kristian ka, Hindu ka.
Perlukah update tiap masa? <--- Terpulang. Tapi orang pasti jelek dengan anda.
Perlukah buka aib orang? <--- Agama sendiri larang. Islam larang umatnya buka aib orang. Agama lain juga begitu.
Perlukah marah-marah? <--- Tiada guna. Syaitan rasuk, padan muka.
Wahai Pae, kenapa sibuk-sibuk sangat? <--- Well, sebab status korang banyak memaki, marah-marah. ^_^
Jadi kenapalah? Bukan FB kau kan? <--- Ya bukan. Tapi, tak bolehkah bersabar kalau ada dugaan?
Suka hati akulah! <--- Suka hati aku juga mahu tembak korang. Kehkehkeh.
Kau ini, kenapa juga?! Aku mengadu masalah pada FB bukan pada kau.
^-- Ada Allah, kenapa tak mengadu padaNya? Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui. Kan?
Sudahlah kau! <--- Itulah, orang tegur tak makan saman. Ditembak hati, mengamuk pula.
Sebenarnya, Facebook ini untuk kita bersosial secara maya. Aku tak kisah status yang okay-okay punya, cumanya kalau status memaki hamun, mengamuk tak tentu pasal, apa kes?
Kalau ada dugaan, cuba luah dulu pada Allah. Try sekali. Percayalah, tenang. Confirm! Tenang. Kalau tak tenang, kualiti ibadah korang ada tak kena itu. Jadi bagaimana? Berubahlah. Insya Allah.
Tahukah korang bahawa tiap dugaan itu ada hikmahnya? Setiap benda yang menyakitkan itu dugaan. Betul. Orang kasi sakit hati kita, dugaan. Ada konflik dengan orang lain pun dugaan. Tapi ingat, cari puncanya, muhasabah diri. Bincang baik-baik. Kalau konflik berlaku, itu menunjukkan sejauh mana kita boleh bersabar, terutamanya bertentangan pendapat. Kan?
Jadi, pembaca sekalian, jangan memaki di FB. Aku memang tak tegur kalau ada orang buat begitu, paling-paling aku suruh sabar saja. Itu sajalah. Kalau aku pun memaki, maka tegurlah aku. Insya Allah, saling bertegur itulah cara untuk membentuk individu yang mantap, dan hebat. Hehe.
Kesimpulannya, jadikan FB tempat berkongsi benda baik, jangan memaki hamun. Okay? Keh3.
AvA - Janganlah memaki. Tidak bagus. Keh3.
Aku takut nanti kamu berantem, ha3. sabar2. situasi begini pernah juga saya hadapi, hadapi dengan kebijaksana..ngeeeeeeeee
ReplyDeletebetul3...hehe nice :D
ReplyDelete