Comrades

Wednesday, 19 October 2011

Study - Situasi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Allah masih beri aku kekuatan untuk menaip entri di blog ini. Semakin menuju ke exam semakin banyak idea yang timbul. Keh keh keh.

Cerita kali ini, study. Study, study, study. Exam official, setelah meninggalkan SPM selama dua tahun. Ternyata tekanan memang dirasai.

Sekalipun begitu, bukan mudah untuk fokus. Betul. Ujian datang menimpa, masalah hadir tanpa dijangka, dugaan melanda dengan berterusan.

Namun itu semua, hanyalah ujian daripada Allah S.W.T. Yakinlah, itu memang ujian daripada Yang Maha Esa.

Kenapa? Untuk mengetahui sejauh mana kita berharap kepada Dia. Dengan berharap kepada Dia, dengan memohon pertolongan daripadaNya sajalah boleh menjayakan kita, dan itu tidak diberi secara terus, yakni dengan usaha saja boleh membantu kita.

Teringat kata-kata sering diucapkan, "Allah melihat kepada usaha kita, bukan hasilnya." Setuju. Kalau tak usaha, mana mungkin Allah akan tolong, melainkan Dia mengizinkan.

Tapi bagi pendakwah, sememangnya janji Allah itu ada. Surah Muhammad ayat 7 menyatakan:
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Untung jadi pendakwah. Ada seorang ulama hebat, beliau tugasnya mendakwah saja. Ketika exam pada esoknya, dia masih berdakwah. Tapi tetap keputusan cemerlang. Kenapa? Yakinnya kepada Allah tinggi melepasi kita. Kita kena ingat, yakin kita kepada Allah tidak setinggi mereka. Tapi kena yakin dan usaha, supaya Allah bantu kita. Insya Allah.

Dalam study ini juga, ada satu ujian menghalang. Iaitu cuti. Cuti minggu depan, sempena Deepavali. Ramai balik. Aku tak tahu nak balik atau tidak. Kalau tak, dapat belajar, kalau ya makan free di rumah. Hatiku berbelah bahagi. Kelemahan ku, susah mahu belajar kalau di rumah. Huuuu. Mudah-mudahan Allah beri petunjuk kepada kita semua.

Okay, pada hari ini juga, seorang saudara seagamaku, kakak Hanisah mengambil muet. Kak, aku doakan kak dapat jawab dan dapat keputusan terbaik untuk kak. Insya Allah, sebab aku tahu kak memang seorang berkebolehan. Aku mengagumi sifat kak itu. Heeee.

Terima kasih kepada seorang komentator, hehe, musafir kehidupan (aku kenal kak) atas memesan untuk menjadi terbaik. Insya Allah kak. Mudah-mudahan pembaca yang baca entri ini juga sentiasa berusaha menjadi baik.

Teringat pasal mahu jadi baik, teringat status seorang kakak di FB, ada orang mempertikaikan perubahan dia, dari tidak bertudung kepada bertudung. Alhamdulillah kepada kakak Wanniey, sebab Allah telah memberi petunjuk kepada kakak.

Manusia ini memang banyak ragam. Tapi paling ketara, paling tipikal, mereka tak boleh lihat orang senang. Orang buat baik, salah. Orang buat pun salah. Itu ofkoslah. Ingat kisah Luqman Al-Hakim? Kalau ingat, begitulah cerita manusia sekarang.

Tak salah cemburu, tapi dilarang berdengki. Cemburu orang alim yang tinggi amalan, membuatkan kita berusaha meningkatkan amalan kita. Itu diharuskan. Tapi ini, nak buat baik dipertikaikan "tak payahlah kau buat baik sana. Kau bukan baik sangat pun." Kalau buat jahat "inilah ini. Kecik-kecik tak mau mampus, sudah besar buat jahat." Bagi kes jahat, itu anda tanggun sendiri cemuhan orang lain.

Jadi macam mana untuk hadapinya? Buat saja kebaikan. Biarkan mereka. Allah saja tahu hati kita. Sebab kita ini milikNya. Kan?

Apapun, berbalik ke study tadi, aku ada azam untuk exam. Ingin mendapat keputusan cemerlang, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Tak mudah, tapi tak susah. Yang penting, jangan tinggal apa yang diperintah, dan jangan buat apa yang dicegah.

Kalau mau tips-tips study, insya Allah aku bagi. Mana boleh bagi terus. Nanti habislah idea. Keh3.

Apapun, semoga maju jaya kepada rakan-rakan yang ada exam, berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir. Ceh, bombastik! Huh!

Kesimpulannya, aku malas sentuh pasal cinta. Miahahahaha!

AvA - Senyum tak perlu kata apa-apa ^_^

1 comment: