"Bro, aku tak hafal doa qunut, macam mana nak solat subuh?"
"Kak, saya takde bawa telukung, susahlah nak solat."
"Bro, time tahiyat akhir tadi, aku duduk style antara dua sujud, sempitlah. Boleh ke bro?"
"Bro, tadi aku lupa lafaz niat solat, aku niat dalam hati je. Boleh ke?"
Gua bukanlah orang yang pakar agama, pakar hukum, sekadar tahu basic untuk solat-solat ni, alhamdulillah.
Tapi setakat gua belajar, semua keadaan di atas ini, boleh solat dan sah solat selagi mana syarat solat itu dipenuhi.
Kebanyakan kita sekarang telah mula terbit rasa insaf, maka mulalah cari ilmuwan agama untuk minta nasihat, kadangkala kita ini terlalu malu.
Gua dulu begitu, jahil. Tengok style orang solat je. Tengok orang membalikkan tangan ketika mengucap salam, gua pun ikut je. Sehingga gua ditegur oleh bapa gua sendiri.
Lepas tu, ikut sedap hati pula angkat takbir setiap kali bangun daripada sujud ke qiam. Dah kena tegur oleh ustaz.
Itu gua dulu. Tapi alhamdulillah, sekarang gua dah tidak buat lagi benda begitu.
Dear readers, kalau korang menghadapi masalah begitu di atas, jangan risau. Teruskan solat.
Paling popular ialah solat subuh, gua dulu hafal mau mampus doa qunut ni kerana mau lulus PAFA, nasiblah gua bebudak time tu.
Namun, setelah gua terbaca sebuah artikel, sebenarnya doa qunut ini tak wajib pun, kalau tinggal, disunatkan sujud sahwi je. Kalau tak buat pun qunut mahupun sujud sahwi tu, tetap sah solat subuh.
Tapi heran gua ada orang tuduh mereka yang kata qunut itu tidak wajib WAHABI. Ya, gua akui ada orang kata qunut itu bidaah. Gua rasa itu pelik. Bidaah apa kalau nabi pernah buat, kan?
Lepas tu, lafaz solat. Memang dulu gua berabis menghafal semua tu, manalah tau kan, setakat ikut apa yang dalam PAFA. Tapi setelah terbaca sebuah buku, lafaz niat tu tak wajib pun, tapi gua tetap masih ingat lafaznya. Cuma tidak lagi dipraktikkan setelah diberitahu niat itu dari hati ja.
Mudah bukan? Tak perlu hafal panjang-panjang, cukup niat di hati.
Qunut tu bukanlah tak perlu hafal, sebaiknya hafal. Siapa tahu ada orang terlalu fanatik mazhab, nanti dihentam macam-macam. Padahal Imam Syafie pun kata sunat qunut, bukan wajib. Kalau korang baca sejarah, Imam Syafie pernah tidak baca doa qunut solat subuh bersama pengikut Imam Abu Hanifah (betulkan jika salah), dan menjadi imam solat subuh kepada Imam Malik serta tidak baca doa qunut. Kenapa? Dia menghormati mazhab-mazhab tersebut.
Jadi, kalau lu risau tak hafal doa qunut, teruskan saja solat. Nabi tak kata pun qunut ini wajib, sila rujuk kitab. Ada tu dia kata qunut itu tidak wajib, dan nabi pernah menyertakan doa qunut dalam solat fardhu selama sebulan, iaitu qunut nazilah.
Tentang telekung, janganlah risau. Pernah dengar tak orang luar negara yang muslim pakai telekung? Sebab itu diwajibkan melabuhkan tudung dan pakaian, agar senang mahu solat. Ini tidak, bagi alasan tak mau solat sebab tiada telekung, aurat tak buka. Siapa suruh sexy sangat.
Pakai labuh-labuh, cukup dapat nampak muka dan tangan sahaja. Cukup, berwudhu', hadap kiblat dan solat. Pastikan bersih. Sah solat. Insya Allah.
Tentang duduk iftirasy, iaitu duduk tahiyat terakhir. Jangan risau, mana-mana pun boleh. Jangan bikin orang bingung, nanti ramailah bertanya-tanya, kaki saya sakit, macam mana nak duduk begitu.
Duduk cara bagaimanapun tetap sah melainkan duduk cara binatang duduk, itu haram. Imam Syafie saja yang duduk iftirasy ketika tahiyat akhir, manakala imam lain duduk tawarruk. Tapi solat tetap sah, dan mana-mana pun betul.
Ada lagi, perletakan tangan ketika qiam. Ini popular sebenarnya. Ada orang di dada, atas pusat, dan bawa pusat. Setakat ini gua belum jumpa orang yang meluruskan tangannya disisi ketika qiam. Belum ada. Tapi jangan risau, mana-manapun betul kecuali cara yahudi. Sila lihat cara yahudi dan juga syiah sembahyang. Jangan terpengaruh.
Semua yang berlaku ada khilafnya, sebab ada sebahagian ulama jumpa hadis itu, ada jumpa hadis ini. Jadi, yang penting rajin belajar, kaji dan faham. Kalau dah ok, amal. Kalau ada orang tanya, jawab bagus-bagus. Insya Allah ok.
Tak susah nak solat ini, tak perlu nak ikut terus, dan paling penting jangan terlalu taksub. Cukuplah sekadar yang mampu, apa yang penting, takbir, suratul fatihah, rukuk, iktidal, tokmaninah, sujud betul, duduk betul dan tahiyat akhir.
Pernah ada seorang bertanya kenapa iqamat subuh dilewatkan, dia bertanya bukan sebab apa, sekadar ingin tahu. Yalah, itu soalan yang gua rasa bagus juga, sebab ada orang kalau tanya tentang sesuatu yang tak ngam, mesti mengamuk.
Seorang sahabat ini berkata, untuk meramaikan jemaah subuh. Dia tanya lagi, tidak terlalu lewatkah? Sebab pukul 5 azan subuh, 5.30 baru iqamat.
Ketika itu gua tolong sahabat itu jawab, ramai yang rasa lucu tapi sebenarnya memang benar. Dibolehkan lewat iqamat bagi solat subuh bagi memberi pelunag orang untuk mandi junub sebelum datang ke masjid.
Lucu bukan? Sebenarnya, itu antara point yang gua dengar dari ustaz gua mengenai ini dalam tazkirah beliau. Malah dalam buku ustaz Hasrizal pun ada sebut penduduk Turki melewatkan subuh, sebab satunya, mereka bermazhab Hanafi.
Ini fakta betul, gua tidak memain, serius. Mazhab Hanafi melewatkan subuh, sehingga subuh hampir habis baru mereka iqamat dan solat.
Haaa. Bagi kes yang selalu kekurangan jemaah, mungkin bolehlah guna pendapat ini, supaya lebih ramai jemaah.
Dan kalau boleh, jangan terlalu ikut mazhab saja sehingga membuang pandangan orang lain, contohnya Imam Syafie suka qunut, maka kita pun berhempas pulas menghafalnya dalam waktu yang singkat. Padahal pendapat lain tiada qunut pun tidak apa. Ambil yang mudah saja, di samping menghafal qunut itu secara berperingkat. Nanti jadi imam, senanglah nak baca. Kan?
Jadi rasanya itu saja, maaflah gua tiada link atau sumber, tapi silalah rajinkan diri membaca di internet yang sumbernya sahih, ke masjid dengar tazkirah dan cari buku mengenai panduan solat.
Karangan buku itu, seorang alim bernama Ibnu Qayyum al Jauziah kalau tak silap. Ada tu, Panduan Solat mengikut Sunnah Nabi, bapa gua beli jadi gua bacalah. Rupanya banyak benda yang kita rasa tak perlu itu sebenarnya sunnnah manakala yang kita rasa perlu itu bukan sunnah.
Jadi, gua mohon maaf banyak-banyak sebab tak sertakan sumber. Tapi gua sekadar berkongsi ilmu mengenai hal-hal ini, yalah. Gua tidak berapa ingat buku apa, tapi ingat siapa sebut macam tu.
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan ampuni dosa kita semua. Amin.
No comments:
Post a Comment