Comrades

Wednesday, 30 January 2013

Insya Allah

Astaghfirullah, gua makan banyak!

Rajin bebenar gua update blog ni. Heh.

Kali ni mahu cerita penggunaan "Insya Allah", membetulkan persepsi semua orang.

Semalam gua ada minta tolong seorang sahabat, untuk pergi tanya harga untuk tukar string badminton.

Dia jawab "Insya Allah, tapi tak janji."

Gua terus tegur, kalau guna insya Allah, kena bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Bukan tidak mahu buat.

Inilah persepsi orang. Gua kata semua. Ramai orang suka guna kalimah ni ketika diminta hadir atau tolong. Jika ditanya kenapa tak hadir, dia bagi alasan "Kan saya kata insya Allah, bukan tak mau tapi tak janji," or so on.

Suka gua merujuk kembali pengalaman bro Hilal, ketika dia mengalami situasi ini semasa belajar di Jordan dulu. Eh jordankah? Heh. Gua guna bahasa gua lah. Sebab lupa macam mana dia cakap, tapi memang terpahat.

"Assalamualaikum Abu Muaz, saya mahu fotostat ini."
"Waalaikumsalam, insya Allah saya buat."
"Saya benar-benar mahu fotostat."
"Sebutlah insya Allah."
"Saya tak faham."
"Kalau kita mahu buat sesuatu, maka sebutlah insya Allah, sebab kita akan buat bersungguh-sungguh, insya Allah."

Lebih kurang begitu, hehe. Apa tidak, dorang cakap arab lagi. Gua bukan pandai bahasa arab.

Betul, andai kata mahu guna kalimah ini, gunalah betul-betul. Gunalah dengan baik. Kalau ada meeting, guna kalimah ini dengan niat mahu datang meeting tu. Bukan alasan. Nanti seolah-olah kita mengatakan Allah tidak izin, padahal kita yang tak mahu pergi.

Andai kata memang betul-betul tidak dapat, itu lain ceritalah. Sama seperti orang minta tolong, kalau dapat buat betul-betul. Bagitau dia, "Insya Allah aku buat." Haa. Buat betul-betul. Kalau tidak dapat tolong banyak, sikit pun jadilah.

Gua ada ingat satu kisah nabi tentang begini. Inilah masalah kalau otak ni tidak berfungsi untuk ingat baik-baik. Tak apa. Gua ambil dari blog orang, sebab itu ceritanya.

Nabi ditanya oleh 3 orang kafir.

"Siapa itu Ashabul Kahfi?
"Siapa itu Zulkarnain? (bukan Iskandar Zulkarnain)"
"Urusan roh itu apa? Apa tu?"

Nabi terlupa bagitau Insya Allah. Baginda hanya kata akan bagitau besok. Dengan itu, Jibril lambat menyampaikan wahyu.

Sebab itu gunakan kalimah insya Allah ini betul-betul. Jangan setakat cakap, tapi tidak mahu buat. Baik tak payah cakap.

Kalimah suci bukan alasan. Seperti orang buat dosa. Kenapa buat dosa? Dijawab, "Rilek la. Allah tu kan Maha Pengampun. Kau ni."

Gua tampar karang, padan muka.

Gunakanlah kalimah suci itu sebaiknya. Seperti Astaghfirullah, guna baik-baik. Bukan 'astaga', atau seumpamanya.

Dalam Islam, main-main tiada. Separuh-separuh tiada. Bergurau ada, sebab nabi juga bergurau. Tapi...

Baginda bergurau dengan kebenaran. Bukan palsu, bukan mengenakan orang, bukan mengumpat orang, bukan benda kosong.

Faham? Heh.

#Ubahlah persepsi kita, insya Allah.

No comments:

Post a Comment