Selepas solat subuh tadi, gua membaca tentang kesihatan, diet dan amalan yang perlu dilakukan untuk mendapat badan yang sihat.
Why badan sihat? Yalah. Nabi sentiasa sihat, tidak pernah sakit. Mantapkan?
Apa yang gua mau tekankan ialah kenapa diet sihat, bukan diet kurus.
Sebentar tadi gua baca blog Kevin Zahri, dan ada juga tips-tips tentang diet yang baik.
Ada diet tanpa nasi, diet tak makan, diet herbalife, diet protein, diet portion.
Gua amalkan diet portion, walaupun si bro Kevin ni kata 55:30:15 untuk karbo:protein:lemak, gua tidak ikut tu.
Sebab susah sangat mahu kira kandungan semua tu, lebih-lebih kita tidak tau macam mana ia dimasak.
Kawan gua ada suruh gua makan oat sahaja. Tapi gua beritau gua makan 4 kali sehari dengan jumlah sedikit.
Sahabat gua terkejut tengok gua semakin 'kecil', gua bagitau benda yang sama.
Sebenarnya, gua tak kisah pun korang mau diet apa.
Tapi gua tak setujulah dengan diet tanpa nasi ganti oat. Apa guna tidak makan nasi, sedangkan 35g untuk oat 128 kalori.
Baik lagi makan nasi separuh, 110 kalori sahaja. Hehe.
Gua sebenarnya sedang bereksperimen dengan cara diet portion (versi gua, makan sikit tapi 4 kali dalam sehari).
Kenapa makan 4 kali? Mungkin orang agak pelik.
Tapi dengan cara itu, kita jarang rasa lapar. Gua jarang rasa lapar guna diet versi ni. Hehe. Sebab badan sentiasa kenyang. Tapi ingat, bukan makan banyak. Makan sikit dan berkali-kali. Hehe. Itu nanti cerita.
Cuma ketika baca entri di blog tu, gua terpandang sesuatu yang bermakna.
Diet itu bukan program 12 minggu, tapi pengamalan sepanjang hayat. Mereka yang mengamalkan lifestyle diet portion tu sebenarnya telah mengubah lifestyle mereka untuk ke arah lebih sihat.
Betul. Gua kini mengalami perubahan itu. Bukan gua mahu berbangga, tapi gua terperasan ketika terbaca benda tu.
Kalau dulu, gua bantai makanan. KFC 3 kali sebulan, pergi pasar malam beli makanan tak kisah sangat, pizza, ice cream, big apple, inilah ni kalau elaun dah masuk.
Kini, alhamdulillah. Tahu mana bagus mana tidak bagus. Sehinggakan ketika BIG semalam, gua makan secubit mee dan separuh sosej potong sahaja. Fobia sungguh terhadap minyak, lemak, dan segalanya. Cuma elaun dikatakan masuk sebelum CNY, di sini ialah cabaran yang Allah bagi. Mampukah atau tidak untuk gua tahan nafsu dan mengurus kewangan dengan lebih baik. Apapun, semua itu dari kita.
Tentang fobia tu, bukan apa, sahabat gua ada bagitau, fat tepu amat susah untuk hancur. Gua perasan bahagian wing yakni di tepi perut gua serta bahagian dekat bahagian breat tu masih lagi besar. Belum hancur sepenuhnya.
Antara satu caranya ialah makan fish oil, di samping exercise. Kini gua obses bersenam, sebulan istiqamah. Tapi gua tak harap istiqamah itu sahaja, insya Allah istiqamah merajinkan diri ke masjid.
Gua mahu bagi beberapa kata yang mungkin boleh buat kita berfikir. Insya Allah.
Kita buat sesuatu dengan usaha dan istiqamah, tapi tiada doa dan tawakal, kita sombong dengan Allah.
Kita buat sesuatu hanya dengan berdoa dan bertawakal, tiada usaha dan istiqamah, kita bodoh.
Kita buat sesuatu dengan ada doa, usaha, istiqamah dan tawakal, insya Allah berjaya.
Menjadi sihat atau kurus (prefer sihat), biarlah kita berdoa dulu kepadaNya. Minta diberi kekuatan, kemudahan dan ketabahan. Lepas tu kita berusaha, contoh berjogging. Seterusnya, berterusan. Berterusan untuk mencapai matlamat. Dan bertawakal. Tawakal itu kita berserah, sama ada kita akan kurang berat atau tidak.
Itu dalam kes mahu diet. Tapi sebenarnya, biarlah niat kita betul. Diet itu untuk Allah, agar senang dan tidak lesu kita beribadah kepadaNya. Itulah kelebihan mereka yang sihat, senang bangun subuh, rajin solat sunat, rajin pergi masjid.
Gua akui, gua memang susah mahu buat semua tu, tapi mudah-mudahan Allah permudahkan kita semua.
Okay. Idea habis.
No comments:
Post a Comment