Comrades

Tuesday, 12 February 2013

No Shortcut

Ketika memeriksa dashboard blog aku, terpandang bro Ben mempromosikan Alpha Lipid SDII.

Aku pun bingung, terlalu banyak produk pengurusan badan. Ada Just Mate la, Herbalife la, SD II la, entahlah.

Aku baca deskripsi tu satu persatu, aku bersangka baik, bro Ben sekadar mempromosi. Jadi malaslah mahu pertikaikan.

Aku terbaca part SDII ni mampu membuang air lebihan dan lemak tepu dalam badan, dalam masa beberapa minggu saja.

Lepas tu lemak itu diganti menjadi otot.

Ini aku bingung.

Setahuku both fat and muscle won't change to each other.

Tapi itu bukan main point. Aku ada terfikir mahu try, cuma tahan dulu hati.

Herbalife pula, aku pernah test ketika kakakku yang guna produk ni.

Kurus memang kurus, tapi gara-gara kejutan budaya, aku makin lapar, makin kuat makan. Heh.

Tapi part aku suka ialah aloe vera dan omega oilnya, sebab badanku selalu cerna makanan.

Ketika itulah saja, sekarang tidak sudah.

Tapi aku sedar, tiada jalan pintas mahu kuruskan badan ni.

Dulu ketika ku gemuk (sekarang masih), aku terfikir mahu beli produk-produk sedemikian.

Tapi Allah buka minda dan mataku, tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.

Miss A kata, beauty is pain. Heh.

Why no shortcut?

Lu fikir senang mahu buang lemak tepu tu?

Itu lemak paling bikin panas dalam badan.

Tidak makan? Metabolism menurun, anda jadi lemah.

Tidak makan nasi? Jadi apa sumber karbo kau?

Sekadar makan oat? Bagus tu bagus. Tapi sampai bila? 2 tahun? 3 tahun? 10 tahun? Suap bini dengan oat saja?

Heh.

Habis tu apa?

Simple.

Makan 5-7 kali sehari, dalam kuantiti sedikit.

Senaman tidak lebih sejam.

Perbanyakkan makan serat, protin, karbo yang sihat, kurangkan pengambilan lemak.

Kurangkan gula dan garam, secukup rasa saja.

Hentikan dulu sementara tentang KFC (nasib aku dah capai 5 minggu untuk tebus semula), Pizza, Aiskrim (bertahan), dan apa-apa saja makanan segera.

Kurangkan junk food...err...hehe. Sorry, tak tau apa melayunya.

Banyakkan makan sayur dan buah.

Sayur banyak serat, rendah kalori, serta tidak menggemukkan, cuma tidak membekalkan tenaga.

Rajin-rajin baca maklumat kesihatan, penting tau, kalau sakit, jangan buat alasan malas mahu beribadah!

Insya Allah, cuba dulu apa yang aku cadangkan. Bergantung pada KALORI HARIAN ANDA.

Camana mahu kira?

Cekla di website. Hehe. Aku lupa formulanya, cumanya, kira dulu BMR korang, baru darab dengan nilai aktiviti.

Kalau ada, di situ korang tahu apa gunanya KALORI itu, tu maklumat makanan bukan hiasan.

Alang-alang, pergi ke website ni KevinZahri. Baca, baca dan baca.

Tak rugi share benda baik kan? Hehe.

Kalau mahu supplement juga, pastikan anda tahu apa yang anda makan.

Don't expect 1 minggu turun 5kg, kalau begitu, aku pun pasti dah terjadi.

Yang penting? Berusaha dan istiqamah, minta kepadaNya dan tawakkal. Insya Allah.

#Real vs Man U, aku sokong Man U!

No comments:

Post a Comment