Comrades

Monday, 11 February 2013

Study is vital, Marriage is important

Erin melihat sepupunya yang duduk bersimpuh ayu bersama suaminya. Baru selesai bernikah.

Wah, bestnya kahwin.

Lantas dia pun cerita kahwin di FB, twitter, google plus.

Semua mamat cuba mengorat dia, apa tidak. Kahwin saja ceritanya.

Ya, Erin seorang yang cantik, dan pandai. Dia terfikir mahu kahwin walaupun masih berada di tahun kedua Ijazahnya.

Tiba-tiba seorang pemuda yang tidak dikenali komen...

"Nak kahwin? Kalau belum tunaikan amanah ibu bapa, jangan fikir mahu kahwin. Ibu bapa suruh belajar baik-baik, awak ni pula terfikir mahu kahwin. Berbakti dulu kepada ibu bapa. Buktikan diri sudah layak dijaga oleh orang lelaki yang bernama suami, barulah fikir mahu kahwin.

Jangan terlebih fikir pasal kahwin, selagi tanggungjawab sebagai anak dan pelajar belum dilaksanakan."

Erin memanas. Dia lantas memblock orang tersebut. Hati dia memang panas.

"Apa dia fikir time kahwin tak boleh belajar ke? Ish!" Erin mendengus geram.

Dia luah kepada Nurul tentang hal tu.

"Padan muka, weh. Aku bukan apa, tapi kau asyik cerita kahwin kahwin kahwin. Angan-angan kosong semata-mata. Kalau mahu kahwin, buat persiapan awal. Belajar dulu baik-baik, tak kira ilmu apa. Tambah ilmu di dada. Aku rasa betul la apa yang tu orang kata. Belajar dulu, ianya amanah. Sama seperti kita belajar di sekolah.

Ibu bapa suruh kita belajar tinggi-tinggi untuk dapat ilmu, bukan sekadar mahu kasi habis duit. Rin, cukup-cukuplah cerita kahwin atau cinta atau share benda yang mengarut. Kalau mahu juga, sharelah cinta kepada Allah dan rasulNya. Itu lebih baik daripada cerita kahwin semata-mata, tapi kosong."

Terdiam Erin. Dalam hati, dia lantas unblock orang tersebut. Dia akui kesilapannya.

Conclusion? Study is vital, marriage is important.

No comments:

Post a Comment