"Yeaahhh!!!"
Itulah kali kedua aku kalah dalam perlawanan kompetitif.
Lama tak update blog ni. Heh.
Sejak hari Jumaat, warga IPG Keningau sibuk dengan acara sukan, termasuklah merentas desa.
Tapi pada hari itu pula, batch aku melawat ke SK. Tansau Putatan. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan.
Walaupun pada mulanya kami kurang suka kerana dihadkan aktiviti perjalanan, tapi setibanya di sekolah tersebut, aku tidak rugi.
Yup. Tidak rugi. Why? Sebab banyak benda ku dapat. Apa yang lebih mengagumkan, sekolah tersebut ialah sekolah gred A bahagian luar bandar.
Maaf tiada gambar. Heh. Perjalanan selepas Subuh, ikut jalan Tambunan, memang best. Cumanya, aku memang tidak tahan godaan untuk tidur.
Penat pun tidak, cuma lewat tidur.
Jadi, perjalanan pulang balik sahaja. Best jugalah, dapat juga berjalan di Suria Sabah untuk kali kedua. Maaf, aku anak kampung. Heh.
Pada hari Sabtu pula, acara merentas desa telah dijalankan. Aku pada mulanya tiada motivasi langsung, sebab rakan-rakanku semua malas-malas.
Ya, terpengaruh dengan rakan, hanya pada awalnya. Tapi eventually, aku kata pada diriku "Sudah kurang banyak, sudah jadi sihat, kenapa tidak buat bersungguh-sungguh?"
Jadi, aku cabar diriku untuk teruskan berlari, walaupun akhirnya tetap diangkut. Heh.
Tapi memang, kalau mahu berusaha, buat betul-betul. Kalau asyik merungut, sampai bila pun tidak berubah. Malas pun, tidak berubah.
Tapi, agak down juga. Rupanya kurang pemenang untuk batallion sukan kami. Aku pun rasa bersalah kerana tidak menghabiskan larian yang jaraknya tinggal 1-2 km lagi.
Jadi, tahun depan insya Allah azam untuk habiskan larian. Kalau boleh dapat nombor. Heh.
Bukan apa, kadangkala kita ini belum cuba sesuatu sudah menyerah. Macam manalah Allah mahu bagi kalau tidak buat betul-betul.
Gambar ramai-ramai. |
Tidak apa. Mungkin tahun ini, peningkatan itu tidaklah ketara tapi aku rasa best sebab dapat buat sebaik mungkin, cuma rasa down sebab tidak berusaha lebih.
Bermula petang semalam, karnival sukan IPG telah diadakan. Petang semalam permainan bola sepak yang berlangsung, tenis dan mungkin ada lagi. Aku bukan tidak mahu main, tapi kaki ku tidak berada dalam keadaan baik, lebih-lebih lagi pada malamnya aku bermain dalam pertandingan badminton.
Tapi memang mengagumkan, sebab pasukan Mat Salleh hanya 1 menang dan 1 seri, di tempat kedua di belakang pasukan Monsopiad. Apa tidak, pasukan biru tu banyak star dorang. Mudah-mudahan menang lagi untuk menjadi juara.
Jadi, pada malamnya, acara badminton bermula. Memang sukan favourite sejak kecil, sebab asyik main dengan abah, jadi memang bersemangatlah memberi sokongan dan memikirkan strategi sebab aku berada di kumpulan B untuk acara beregu.
Aku down, sebab team aku kalah. Ya, kekurangan yang amat ketara sebab partner ku dalam keadaan yang tidak sihat dan juga kurang training. Aku tak salahkan dia sebab aku faham, aku perlu bantu dia. Bukan menyalahkan dia.
Memang banyak mistakes, lebih-lebih lagi aku belum mahir untuk backhand smash, kawalan bola dan banyak lagi. Cuma rasa down tu kurang sikit saja sebab kami berjaya menang first set dan bagi tekanan kepada mereka serta menyukarkan mereka untuk masuk ke pusingan seterusnya.
Adakah aku tidak berusaha? Yes tetapi tidak cukup. Partner ku kata he had done his best, tapi untuk aku "I'm not doing my best".
Kalau benar berusaha, hasilnya pasti berbeza, mungkin kalah, atau mungkin deuce. Tapi aku sedar, usahaku kurang, sebab tu tak menang, tapi mungkin Allah sengaja tak bagi menang, supaya teammate lain tu tidak penat. Yalah, kan dah pukul 11 malam. Ada hikmah semua tu.
Tidak apalah, Walaupun aku jenis sukar terima kekalahan, dan ini merupakan kekalahan kedua dalam perlawanan kompetitif. Jadi, insya Allah next time pasti berusaha lagi.
Mungkin korang kata aku ni terlalu serius. Yes I am, sebab kalau dulu, aku kurang bersaing, macam apa yang dapat itu sajalah yang kita ambil.
Tapi sejak beberapa perkara, aku sedar. Allah ada kata, Dia tak akan ubah kalau kita tak ubah sendiri. Sama seperti kita berusaha. Kalau kita sekadar sambil lewa, apakah Dia bagi apa yang kita mahu?
Dan walaupun kita sudah berusaha, tapi ingat mungkin dalam usaha kita itu ada kekurangan. Dalam usaha kita tu, ada sesuatu yang Allah tak suka. Mungkin sebelum itu kita ada buat dosa padaNya, atau pada orang lain. Sebab itu Allah tangguhkan apa yang kita mahu.
Sama seperti konsep masuk syurga walaupun amalnya sikit, seperti seorang pelacur yang memberi minum kepada anjing. Dia berusaha untuk mengenyangkan anjing itu, membantu makhluk Allah yang lain semata-mata kerana Allah. Sebab itu dia masuk syurga.
Dalam usaha pula, pastikan usaha yang kita buat itu selari dengan syariatNya, supaya diterima dan diberi apa yang kita mahu. Memang kadangkala ada orang berusaha sikit dapat banyak. Tapi ingat, kita tidak tahu perancangan Allah. Boleh jadi ianya teguran atau ganjaran atau ujian.
Jadi jangan kecewa kalau tidak berjaya, kita perlu reflect balik diri. Aku tadi reflect balik kenapa aku kalah, padahal persiapan ada, setiap hari training, stamina banyak, jaga makan, tapi disebalik semua itu, kekurangan yang tidak dapat dielakkan, disebabkan kelalaian sendiri.
Usaha itu penting, berusahalah, sikit pun tidak apa asalkan ikhlas. Ingat, orang berusaha sikit dan orang berusaha sambil lewa itu berbeza. Berusaha sikit, tapi bersungguh-sungguh itu lebih baik daripada yang sambil lewa.
Ingat, usaha tanpa doa sangatlah tidak bagus. Walaupun anda berusaha, tapi kalau tiada doa, mungkin anda dapat, tapi kemungkinan besar anda tidak bersyukur langsung. Usaha tanpa doa ibarat orang yang sombong tidak memerlukan bantuan, padahal Allah yang bagi semua.
Adui, cerita panjang. Baiklah, aku mahu rehat, besok ada volleyball match. A must win match. Heh.
#Kalau ada salah, maaf. ^_^
No comments:
Post a Comment