Comrades

Friday, 8 February 2013

Realiti

"Your cameras' watching us. Your media is brainwash us."

Kata-kata Vergil dalam game DmC.

Membuat aku terfikir. Kadang-kadang game ini, disebalik keburukannya tu ada mengandungi mesej yang sangat penting.

Contoh mudah, di atas tu. Itu realiti. Realiti kehidupan zaman sekarang.

Aku tak sebut media jenis apa, tapi secara umumnya, ya.

FB juga boleh jadi media. Media menyebarkan benda palsu.

Jadi, hati-hatilah. We can only trust Allah, and people who have strong faith in Him.


We know your games.
Tapi tak semestinya media itu jahat. Ada yang baik, yang bermanfaat.

Cuma di sini, aku mahu beritahu, game ini juga ada manfaatnya. Contoh mudah ni yang aku telah khatam main.

Kalau kita stop thinking negatif, dan cuba ambil positif tentang game, memang kita faham. Kita faham memang pengajarannya ada.

Ya, aku tahu ada game hina Islam. Banyak, terlalu banyak. Cumanya, think differently.

MOH, aku benci game ini kerana ia seolah-olah menunjukkan Islam itu pengganas.

Ya, media punya pasal. Tapi aku tidak terpengaruh, cuma memang ceritanya begitu, realiti pun begitu. Tapi aku tak salute langsung askar-askar yang serang Islam.

Cuma, ia dikhabarkan begitu. Tapi realiti, Islam bukan pengganas!

Sama seperti drama, dikhabarkan boleh berbahagia, selepas terlampau banyak masalah. Tapi realiti, huh! We run away from problems.

Jarang tengok ada orang mampu berhadapan dengan masalah, kalau yang iman power tu lain cerita.

Tapi kalau lari dari masalah, ramai.

Contoh, perkahwinan. Ramai bercerai, tidak mahu selesaikan masalah. Ambil jalan mudah sahaja. Tidak mahu fikir 360 darjah, bagaimana mahu selesaikan masalah.

Itu kahwin. Sekarang, trademark orang luah di FB tentang problem mereka. Tak kisahlah pasal elaun ka, bola ka, cinta ka, friendship ka.

Malah mengumpat secara tidak langsung.

Contoh?

Malas ku mahu bagi. Sila bezakan status pengajaran dan status mengumpat secara tak langsung.

Heh.

Dahlah. Habis idea. Ternyata idea ku sejak akhir-akhir ini agak terhad.

Mungkin disebabkan oleh kepenatan bersenam tanpa rehat.

Apapun, jangan mudah terpercaya dengan media, dan jangan menyalahgunakan media.

We know your games.

No comments:

Post a Comment