Hari terakhir kuliah sebelum cuti seminggu bermula.
Aku rasa sedih sikit, sebab petangnya tiada geng bermain badminton.
Tidak apalah. Aku pun mahu rehat hari ini.
Otot-otot kaki ni kepenatan bermain tanpa henti. Lebih baik aku rehat.
Pemakanan kena jaga.
Cerita kesihatan lagi, minggu ini minggu keenam dalam proses menjadi sihat.
Sejujurnya minggu ini langsung tak rasa sihat, sebab kurang makan sayur.
Lebih-lebih lagi elaun telah ada, jadi cabaran sebenar untuk menghadapi cuti ini sangat tinggi.
Aku hanya mampu memohon pertolongan daripadaNya untuk menguatkan hati agar sentiasa maintain fit.
Mencari geng badminton pun tiada, sebab rata-rata mereka pergi sambut CNY.
Jogging, salah satu pilihan, di samping mahu pergi buat weight training.
Heh.
Cerita cuti kali ini, aku mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina.
Kalau aku di sekolah dulu, mesti ada tarian singa. Berebut-rebut menengok, lepas tu buat praktikal. Heh.
Dan paling ditunggu, limau. Abah aku ada beli, memang makan limau saja kerjaku.
Ketika cuti juga, si bro Daus balik. Pinjam kereta, aku mahu berjalan-jalan.
Tapi aku akui, disebalik cuti ini, banyak kerja yang diberi. Jadi aku mahu buat satu-satu, memandangkan aku sentiasa berada di rumah saja.
Kepada yang berjalan, bercuti dan balik kampung, semoga korang sentiasa selamat. Hati-hati dalam perjalanan balik.
Aku bukan tak suka cuti, tapi lebih baik memanfaatkan cuti dengan program berfaedah.
Menjadi sihat juga salah satunya, di samping menambah ilmu pengetahuan.
Haa. Elaun dah ada, jangan mimpi mahu spend banyak-banyak.
Gua syak orang ada gadget baru, tapi biarlah. Aku bukan butthurt, cuma mahu nasihat. Hehe.
Yang penting, dapat tengok bola. Heh.
Baiklah, ini saja aku mahu cerita. Sorry tiada gambar. Sebab uploader ni buat hal lagi.
Jangan lupa solat Jumaat wahai saudara-saudaraku.
jangan berangan laa mau spend sekati . grrrrrr ! =P
ReplyDeleteHehe. ^_^ nda la. Insya Allah tidak. :)
Delete