Erin melihat sahabatnya dengan kekasihnya. Bercerita. Cemburu melanda dirinya.
"Bestnya dorang, dahlah belajar di tempat yang sama, hari-hari jumpa. Sweet." Hatinya berbisik (why bisik?)
Dia terfikir, dia juga mahu seorang lelaki yang menyayangi dia, yang sentiasa mengambil berat tentangnya, yang sentiasa tanya khabarnya.
Dia luah perasaannya tu kepada sahabat baiknya, Nurul.
"Nur, lihat si Ika. Bestkan diorang? Boy dia sentiasa ambil berat tentangnya. Aku teringin begitu."
Nurul hairan tengoknya.
"Kau ni, bukan ke bapa kau selalu ambil berat tentang kau? Doakan kau? Malah kadangkala dia yang telefon kau? Dan ketika tiada duit dia yang cari rezeki untuk kau dan family kau?"
Erin terdiam. Aku kena lagi dengan dia ni.
Sedih tiada pasangan? Rilekslah. Macamlah dunia berakhir kalau korang tiada pasangan.
Dunia semua tu, carilah pasangan kalau mahu kahwin. Apa ni, mo juga cemburu. Biarlah dorang.
Ramai lagi yang sayang korang diluar sana, family kau tu special you know.
Aku saja mo update entri sebegini, sebab malar cerita cinta di FB tu. Bukan apa.
Makin meluat aku tengok. Macamlah forever ever after. Kalau dah kahwin, tidak apalah. Ini kalau hubungan tu masih tidak pasti, baik lupakan sajalah ya.
Heh. Kalau suka, banyakkan berdoa kepadaNya. Non-stop, di samping memperbaiki diri. Buatlah begitu, biarlah, biarlah Allah saja tahu isi hati kita yang sebenar.
Open your eyes, broaden your mind, fokuslah dulu terhadap satu benda iaitu study jika masih study, kewangan jika baru bekerja, iman jika masih jahil, keluarga jika masih terpinggir.
#Sesiapa yang dah ada pasangan tu, jangan lalai, jangan terlanjur, macam cerita mengarut dalam TV. Allah bagi kebahagiaan kepada sesiapa yang mengorbankan masa senggangnya. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment