Pae dan Erin berkawan baik. Mereka sentiasa main sama-sama, pergi sekolah sama-sama, belajar sama-sama, bergelak ketawa bersama-sama, makan minum bersama-sama, hanya mandi serta tidur saja dorang tak buat sama-sama.
Mereka bersahabat sejak kecil lagi. Well, jiran kan, jadi takda masalah untuk mereka berhubung tiap2 hari. Kadang-kadang gaduh tapi lepas tu pujuk-memujuk.
Mereka sentiasa disalah anggap oleh orang lain, mengatakan mereka itu sepasang kekasih. Mereka tak tahu. Orang lain memang suka buat bising.
Tiap hari bersama, ofkoslah timbul satu perasaan yang agak lain dalam hati mereka. Erin dah mula jatuh cinta kepada Pae. Namun ditahan perasaan dia. Pae sendiri perasan tentang perkara tu, terutamanya apabila Erin mudah malu-malu kalau Pae menolong dia, mula tersentuh kalau Pae membicarakan perasaannya, dan macam-macam lagi. Pae juga tahu bahawa Erin cinta kepadanya dan ingin lebih daripada sahabat. Pae akui dia juga mula jatuh cinta terhadap Erin. Tapi dia bingung.
Pae melihat rakan-rakannya yang lain, yang sentiasa dilamun cinta dan asyik teringatkan kekasih mereka. Dari awal, sampai akhir, akhirnya rakan-rakannya break dengan kekasih mereka. Betapa frustnya mereka. Dan sejak itu langsung rakan mereka tak berhubung dengan ex-kekasih mereka walaupun sekelas!
Erin memanggil Pae ke tepi sungai. Dia kata dia nak beritahu Pae sesuatu. Pae gelisah. Tapi dia tak mengecewakan hati Erin. Dia tetap pergi. Dan di sana, sejarah tercatat. Erin meluahkan isi hatinya yang sebenar kepada Pae tapi dalam bentuk kiasan.
"Adakah saya ini seseorang istimewa bagi awak?" Erin. Pae senyum. Dia tahu, Erin meluahkan isi hatinya. Dengan yakin, tenang dia jawab...
"Erin, awak adalah seseorang yang istimewa bagi saya. Kita bergelak ketawa menangis sedih bersama-sama. Awak memang baik, peramah, mudah senyum, dan cantik. Saya sendiri rasa selesa kalau bersama awak." Pae berhenti seketika. Dan mengakhiri katanya..."Awak memang sahabat baik saya. Dan, persahabatan itulah yang kekal sampai bila-bila." kata Pae sambil tersenyum. Erin terdiam, terharu. Tahulah dia bahawa Pae lebih rela berkawan berbanding 'bercouple'. Erin kini sedar. Dia senyum, dan dia faham makna yang Pae ingin sampaikan. Dan mereka kekal bersahabat sampai bila-bila.
Persahabatan itu lebih indah berbanding berkasih couple, sebab persahabatan itu mengandungi satu elemen yang tiada dalam percintaan sepasang kekasih. Persahabatan itu lebih baik berbanding couple. Sebabnya, persahabatan berkekalan, manakala cinta kepada orang yang belum halal bagi kita tidak kekal.
Ada orang tinggalkan sahabat kerana kekasih. Aku akui, aku sendiri pernah rasa benda begini, apabila sahabat baik lebih mengutamakan kekasihnya berbanding rakannya. Dengan sahabat, kita boleh bergurau senda berfikiran terbuka. Dengan kekasih, kita malu-malu temberang.
Jangan gadaikan sebuah persahabatan kerana cinta. Bagi mereka tak tahu, akuilah, PERSAHABATAN ITU JUGA CINTA. Cinta yang baik sebab mengasihi rakan kita. Couple cinta ialah salah satu jalan kepada kemaksiatan. Perlu dihindari sebab membawa kemudaratan.
Kesimpulannya, persahabatan itu baik daripada bermadu kasih. Pernikahan itu jalan terbaik untuk menyatukan dua hati. Cinta kepada-Nya dan rasul-Nya adalah teragung, antara semua isi hati.
Kalau kawan, korang lepas kata pun okay. Kalau GF/BF, korang lepas kata kena tampar. |
AvA - Inspirasi daripada seorang sahabat.
Sy suka!
ReplyDeletesy pun pernah rasa perasaan mcm ni. Tp sy rasa tu cuma sbb tlalu mnghabiskan masa yg byk bsama... Bila nda bsama, rupanya sy tidaklah teringatkan dia sgt...
Hm, yg pasal kapel² ni aku pun ndatau. Kdg ada yg melebihkan kekasih drpd family sendiri. Cakap sama boipren bbisik², cakap sama aku teriak²..aish!
Astaghfirullohal'azim..semoga ttp istiqomah...:)
Kalau aku Friends is more important than lover. In fact, semua perkara pun friends first, even my family admit that aku mcm tu. Even my ex(s) semua pun admit, aku pnetingkan kwn2 dr dorg.
ReplyDeleteSekarang pun aku suka berkawan. Kalau mau bercinta terus kawin la. Mls mau kapel2 lagi.
@Cinoi
ReplyDeleteBetul, tapi kan. Ada orang mau berkawan dgn seseorang yg dia suka dgn niat dia mau kapel dgn org itu. Kalau dah break, konfom kena tinggal. Ini bukan friendship. Ini damnshit ni. :D
@Zurina J. Betul tu kak. :)
Carilah wud lebih daripada hub..
ReplyDeleteyup, sya pown ad seorg kwan lelaki yg mcm nie
ReplyDeletesgt rapat dri skul rndah smpai hri nie
even sya di IP mnakala kwan lelaki 2 di UiTM
if dya tw sya blik sure lh dya tunggu
x jmpa malam, esk pagi dh kena jerit2 nma sya
alhamdulillah, x pernah ad ap2 perasaan CINTA terhadapnya dan begitu juga dgan Alif
best bla ad sum1 yg sgt rpat n then jiran lgi 2
so, x kan hilang punya lh~