Wau! Agak lama aku tak update blog. Kehkehkeh. Sorry wahai peminat. Aku sangat busy.
Para peminat bola sepak tahu. Barca telah mengalahkan Real Madrid secara agregat dalam semi final champions league. Mereka berhak untuk menang.
Para peminat juga dah tahu, Man Utd benam Schalke 04 di Jerman serta di England dengan agregat 6-1. Mereka memang ganas menyerang.
Dan para peminat juga tahu, sejarah 2009 akan berulang. Tapi kali ini dengan skuad baru Man Utd, skuad yang hampir sama di Barca.
Aku tak kisah sangat, sebab aku bangga dengan Man Utd. Kenapa? Mereka kelab inggeris paling berjaya kerana mara ke final UCL dalam masa 4 musim untuk 3 kali. Kelab mana yang boleh buat begitu?
Pasal Barca pun aku tak kisah. Aku hormat pasukan mereka. Memang hebat, kalau tak macam mana mereka boleh kalahkan Real di tempat lawan kan?
Cuma aku malas dan malas. Para penyokong yang anti-united. Yup, dalam situasi ku sajalah aku ceritakan. Bukan apa, kalau dalam bola sepak, kadang-kadang sampai nak bergaduh. Malahan dalam kelas ku, ada 2 orang anti-united sebenarnya. Lepas ni, aku percaya mereka akan cakap (di kelas) "ah kalah lah Man Utd tu. Kena belasah Barca."
Aku dah dapat agak tu ayat mereka. Memang aku panas la. Yalah, sejak dari dulu, memang Man Utd dibenci. Aku fikir2lah kan, kenapa orang tak suka Man Utd? Heeee. KORANG JELES NI KAN? Cakap je lah korang jeles.
Aku, walaupun, Liverpool kalah, Arsenal kalah, Chelsea kalah, aku berkata dalam hati, YES! Ada peluang untuk Man Utd menang. Tapi aku tak gembar gemburkan kekalahan mereka. Sebab aku malas mau cari gaduh. Dorang pula buat alasan, 'alaa mereka kalah sebab gini-gini gini gini..." Eleh. Macamlah korang tu manager. Buat apa juga mahu gembar gembur, bukan aku manager. Macam juga kekalahan Man Utd kepada Arsenal, terus kawanku, anti-united, kata, "nah Arsenal menang." Aku tahu dia cakap dengan ku, tapi i don't give a damn. Aku diam, kawanku sorang lagi diam. Buat pa mau bising. Tidak kena layan anti-united. Terus pindah haluan cakap dengan seorang lagi anti-united. Haha. Bikin penat saja korang bercakap dengan kami time tu.
Bagi aku, tentang Barca vs Man Utd. Aku malas mahu bercerita panjang dengan anti-united ni. Aku lebih rela diam walaupun dibenci, dikutuk berabisan. Pertama, kalau aku pertahankan United, tapi nanti dorang kalah, aku malu. Kedua, aku malas mau cari gaduh. Ketiga, belum tentu Barca mampu repeat sejarah. Siapa tahu masa depan kan?
Memang sandihlah. Kelab yang diminati kena kutuk. Aku diam2 tidak ulas pasal kelab dorang pun kena kutuk. Peminat mestilah marah kan. Tapi apa boleh buat, aku patut berdiam diri saja. Yang penting, aku tahu Barca vs Man Utd. Kita tengok saja nanti 28 May.
Kesimpulannya, jangan digembar gemburkan nanti lain jadinya. Aku prefer untuk senyap time melihat perlawanan tu nanti. Hehehehe.
No comments:
Post a Comment