Comrades

Saturday, 7 May 2011

Isteriku, abang menyintai mu sepenuh hati.

Lisa termenung jauh. Hatinya sebak. Besok dia bakal bernikah dengan lelaki bukan pilihan hatinya, tapi lelaki yang telah memenangi hati ibu bapanya. Dia berasa kecewa. BF dia, Zack turut berasa sedih. Ketika bertelefon sebentar tadi, Lisa tidak dapat menahan hati dan tangisannya. Zack juga turut bersedih kerana kekasih hatinya yang telah bertaut di hatinya selama 5 tahun dijodohkan dengan orang lain. Lisa pula terkaku. Teringat dia peristiwa beberapa minggu lalu.

"Kahwin? Kahwin ngan sapa mak?" Lisa terkejut apabila ibunya menyuruh kahwin dengan seorang pemuda yang tidak pernah dikenalinya.
"Ada seorang pemuda, dia datang risik. Sungguh mak suka dengan pemuda tersebut, baik, rendah diri, lagi satu, Allah sentiasa berada di lidahnya. Syukur dia risik kau, kalaulah dia risik mak, hari ni juga mak kahwin." seloroh ibunya. Lisa sedikit pun tak terpikat dengan ciri-ciri yang dikatakan oleh ibunya tadi.
"Aahhh! Kali di luaran saja dia baik, dalaman kita tak tahu. Mak kan tahu Lis dah ada Zack?" Lisa cuba untuk menghalang niat hati ibunya tersebut. Ibunya tunduk. Kemudian bersuara...
"Kalau dah suka, kenapa Zack tak masuk pinang? Apa lagi nak ditunggu? Kerja dah ada, gaji dah ada, semuanya okay apa..? Jadi kenapa tak suruh dia masuk minang?" jelas ibunya. Lisa terdiam. Namun, dia akur pada ibunya. Dia ikut juga pilihan hati ibunya walaupun hatinya tak rela.

Pada hari pernikahan, Lisa dihiaskan, didandan, disolek cantik oleh mak andam. Cantik sehingga sepupu2 dia sendiri terpana melihat kecantikan Lisa. Ketika menunggu pengantin lelaki tiba, Lisa sempat ber'call' dengan BF dia. Ternyata BF dia kecewa teramat sangat. Lisa tidak mampu berbuat apa-apa. Kedengaran riuh di depan rumah Lisa. Dia dah dapat agak bahawa pengantin lelaki telah pun tiba. Dia bersiap sedia untuk keluar, untuk melaksanakan akad nikah.

"Hamba, terima nikahnya dengan mas kahwin RM400 tunai."
"Sah!"

Lisa langsung tak melihat muka bakal suaminya sepanjang akad nikah dijalankan. Sehinggalah ketika untuk menyalami tangan suaminya, dia hanya acuh tak acuh. Suaminya perasan, tapi dia berfikiran positif. Mungkin isterinya masih malu-malu.

Pada malam pertama mereka, Lisa terlebih dahulu telah masuk ke bilik. Hatinya langsung tak terfikirkan pasal suaminya. Pintu dibuka, suaminya memasuki bilik pengantin. Lisa berpura-pura tidur. Suaminya duduk di sebelah isteri tercintanya. Dicium dahi isterinya, diusap pipinya. Tanpa disedari, air matanya setitik jatuh juga, mendarat di pipi isterinya. Lisa terkejut dalam kepura-puraan tidur. Suaminya nangis? Namun dia diam. Dia berasa bersalah apabila suaminya tidak diendahkan pada malam pertama mereka.

Pukul 3.30 pagi, suaminya terbangun. Kebiasaan bagi dia untuk menunaikan tahajjud, walaupun kepenatan melanda. Namun inilah masa terbaik untuk mengadu masalah kepada-Nya.

"Ya Allah, Engkau telah jodohkan aku dengan seorang wanita yang tak pernah ku kenali. Aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan. Namun ya Allah, kuatkanlah hati ku, agar aku mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami, agar isteri ku sentiasa berada di bawah jagaan ku. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati isteri ku ya Allah, aku dapat tahu bahawa hatinya tak rela untuk bernikah dengan ku. Aku tak mahu paksa namun aku yakin, ada hikmah untuk semua yang Engkau rancangkan. Ya Allah, kekalkanlah mahligai dan ikatan kami, kerana aku jatuh cinta kepada isteriku ya Allah. Dan jadikanlah aku suami terbaik bagi isteriku."

Suaminya berdoa. Air matanya mengalir. Tanpa disedari, Lisa terdengar suaminya berdoa . Dia terjaga apabila terdengar suara suaminya walaupun tidak begitu kuat. Hati Lisa tersentuh, hatinya terharu, dia juga turut mengalirkan air mata. Kini dia sedar, walaupun dia tidak pernah kenal langsung suaminya, namun keikhlasan suaminya untuk menikahi dia memang jelas, Lisa berasa bersalah dan berdosa. Allah bukakan juga pintu hatinya. Lisa bangun, suaminya yang masih lagi duduk bersila bermuhasabah terkejut melihat Lisa. Tanpa disedari, Lisa menggenggam tangan suaminya, diciumnya, menangis memohon kemaafan.

"Abang, ampunkan Lisa bang. Ampunkan Lisa kerana bersikap dingin terhadap abang. Lisa sayangkan abang. Lisa tak tahu bahawa abang memang ikhlas menyintai Lisa. Ampunkan Lisa bang."
Suaminya terpana, dan akhirnya tersenyum. Dikucup dahi isterinya.

"Lisa, abang sayangkan Lisa. Dan abang sentiasa memaafkan Lisa walaupun Lisa tak buat salah. Dahlah sayang, abang janji akan menjadi suami terbaik untuk sayang." suaminya menenangkan isterinya. Lisa peluk suaminya. Dan dia juga berjanji, untuk menjadi isteri terbaik kepada suaminya, mengikut jalan yang diredhai-Nya.

Sejak hari itu, mereka hidup sangat bahagia. Malah tiap hari merupakan hari indah bagi mereka. Lisa kini berbahagia bersama suaminya dan berharap agar ikatan mereka akan kekal sehinggalah Allah menjemput mereka. Amin.



Inilah keindahan perkahwinan. Islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin agar tidak terjebak dalam maksiat, serta melahirkan zuriat yang baik baik belaka. Bahagiakah kalau bercouple kemudian berkahwin? Dua kemungkinan, ya atau tidak sahaja. Nikah itulah yang buat kita bahagia walaupun tak pernah couple. Fikir-fikirkan lah.

3 comments:

  1. oyeah~ suka. sgt sweet :)
    mau tekan like.. mana.. manaa??
    eheh~
    [gmbira jd follower ke100]

    ReplyDelete
  2. @Shahiraa Aqilah TAHNIAH SEBAB MENJADI FOLLOWER KE 100! :D

    @Ema Washif Aik? Tidak. Ni cerita sja. hehe. bah jap.

    ReplyDelete