Comrades

Friday 29 November 2013

Bisvit Selimut 12

"Tak pernah mengaji ke sebelum ni?"

Dia sekadar menggeleng.

"Seriously?"

Haiih, dah orang geleng mestilah serius. Perlu ke tanya benda macam ni, gumam Rin dalam hati.

"Tak apa, boleh belajar slow-slow. Yang penting berusaha." ujar kakak tersebut, Rin mengangguk. Dia sebenarnya terasa malu, tapi bila lagi dia nak berubah. Walaupun baru belajar, tapi dia tetap gagahkan diri membaca ayat al-Quran satu persatu.

Selesai mengaji, Rin meminta diri untuk pulang. Sepanjang perjalanannya dari sekolah tersebut, terdengar suara-suara yang kurang enak didengari.

"Eh, budak tu kan anak Puan Azlina.."

"Ha'ah, eh buat apa dia dekat sini.."

"Mengaji tu, waah. Tapi aku dengar dia tak pernah mengaji.."

"Seriously? Kesiannyerr, apalah yang parents dia didik time kecik-kecik dulu.."

"Biasalah. Anak orang kaya manalah reti nak buat benda-benda macam ni."

Rin melajukan langkahnya. Air matanya mengalir dibiarkan. Sampai sahaja di rumah, dia terus berlari ke biliknya. Mak Yam dan Pak Ali tertanya-tanya, saling berpandangan sesama sendiri.

Rin duduk berlutut di tepi katil, menangis teresak-esak, dia berasa malu terhadap dirinya.

"Rin.." Mak Yam mengetuk pintu. Dia berasa risau terhadap Rin. Rin masih lagi duduk berlutut.

"Rin, Mak Yam masuk ni." Mak Yam membuka pintu. Dilihat Rin sedang menangis, dia mendekatinya.

"Kenapa nangis ni?" Mak Yam duduk di birai katil, menggosok-gosok lembut kepala Rin.

Rin sekadar menggeleng, dia tidak ingin menceritakan hal tersebut kepada sesiapa.

"Rin, kenapa nangis ni? Cuba bagitau Mak Yam. Rin dari mana? Buat apa?"

Rin masih lagi menangis. Dia tiada mood nak beritahu masalahnya. Mak Yam garu kepala. Apa kena dengan budak ni? Gumam hatinya.

Saturday 16 November 2013

Bisvit Selimut 11.1

Hey.

Wake up.

It's Subuh, dawn, get up.

Man, you look horrible.

What's with you?

Man, you have changed a lot.

A lot, I mean, I don't know you anymore.

What happen man?

Hey, don't make me slap you.

Wake up mate!

Look at you.

Eye bags, red eyes, that lazy body. You may look good, but you condition, perrghh, bad.

Man, ever since you decided to change into someone else, I hardly recognize you.

You still you, but..it's not like you.

Where is the old you?

The one that always take care of yourself,

the one that always remind others to do good deeds,

the one that always bring others to the road of jannah,

the one that always caution on boys-girls conversation (pergaulan),

the one that always speak something good to others,

the one that always take care of others, including yourself,

the one that always hanging out with good friends, talk something benefits, and avoid too many stupid jokes or idiot whatever you say,

the one that avoid girls, so that they won't touch you and you won't get close to them,

the one that always read a Quran whenever you down, or free time,

the one that always care about brothers and sisters at Syria, Egypt, Palestine,

the one that always step to masjid and pray to Him..

Where is the old you?

You have changed. I don't know you anymore.

You've been disappointing.

You should not live in this world anymore...

Pistol diacukan ke dahi, picu ditekan. Bam!!!

Bisvit Selimut 11

Rin turun ke dapur, makan malam sudah pun disediakan oleh Mak Yam. Ibu bapanya baru pulang dari kerja, agak lewat, namun normal bagi Rin. Dia telah terbiasa dengan keadaan seperti begitu sejak kecil lagi.

"Ibu, ayah." Rin berbahasa. Dia menuju ke Puan Azlina, menyalami tangan dan memeluk ibunya.

"Rin. Bila sampai?" Rin menuju ke arah ayahnya, Tuan Abdul Hashim, disalaminya tangan ayahnya lalu mencium kedua belah pipi orang tua tersebut.

"Petang tadi." balas Rin pendek sebelum duduk bersebelahan ibunya. Hidangan makan malam telah tersedia. Rin pula kecur liur, terutamanya terlihat ikan goreng dengan sambal lada. Rin terus mengambil ikan goreng, dan sambal lada ditarik dekat dengan piringnya.

Puan Azlina menggeleng kepalanya sahaja melihat telatah Rin. Dia maklum, sejak kecil lagi Rin memang suka ikan,  terutamanya ikan goreng dan ikan bakar. Ketika saudara-mara mereka datang melawat, mereka membuat BBQ ikan bakar. Rin seorang diri menghabiskan 5 ekor, nasiblah ikan yang dibawa agak banyak untuk mereka semua.

"How's your study honey?" Puan Azlina bertanya kepada Rin.

"Same like before, nothing's changing."

"When will you finish?" Tuan Abdul Hashim pula bersuara. Rin melihat ayahnya.

"2 years more, next year will be a busy year, going to school, teach."

"Do well honey, don't be a bad teacher, don't influence your students with your gaming activity."

"Ibu, Rin tau la."

"Sekadar mengingatkan saja. Ayah tengok Rin makin kurus, sakit ke?" Tuan Abdul Hashim mengusik anaknya.

"Ayah, Rin jaga badanlah."

"Jaga badan? Banyak nasi, ikan dah ambil dua, syukurlah."

"Heee. Bukan selalu makan macam ni dekat asrama."

* * *

Rin duduk di ruang tamu, TV dipasang, astro difungsikan. Rin menekan remote Astro, mencari channel yang best untuk dilihat. Dia beralih ke channel movie.

"Hmm..silent hill, bosan. Love is blind, bosan. Takde ke movie best?"

Dia beralih ke channel cartoon.

"Upin Ipin, hmm. Fairly Oddparents, bosan. Tengok Disney pula, mengarut. Cartoon Network, Oggy and Cockroaches. Tsk. Bosan."

Dia tukar ke channel sukan.

"Hari ni hari berapa ek? Oh, hari Jumaat. Alah. Takde main bola minggu ni, semua World Cup Qualifier. Ish bosanlah rancangan TV sekarang."

Dia beralih ke Astro Ria.

"Drama, mengarut."

Dia menutup TV, dan menuju ke biliknya. Dia menutup pintu, lalu baring di katilnya. Dicapainya XBOX 360, lalu di on TV khas untuk dia bermain game.

"Let's see, AC3, dah habis. DmC dah habis." Rin teringat sesuatu. Lantas dia melihat laptopnya yang telah ber'on' sejak petang tadi. Dia tengah mendownload sitkom kegemarannya, The Nanny.

Rin mengeluh halus, dia kebosanan. Kalau di kolej, Adi yang menjadi mangsa kebosanan dia. Tiba-tiba dia teringatkan Adi.

'Nak main Dota, nanti tak siap download ni. Nak main 360, dah siap semua.'

Rin menuju ke meja, melihat sekiranya ada novel yang boleh menghabiskan kebosanan dia. Dia terpandang novel Hlovate - Anthem.

Dia kaku sebentar, teringat kata-kata Jiji.

'Rin, kau minat novel?'

'Always, why?'

'Tau tak Hlovate?'

'Err..bolehlah.'

'Aku ada buku ni. Kalau sudi bacalah.'

'Aaaa?'

'Alaa. Baca je la. Best novel ni, harap kau faham apa yang nak disampaikan.'

'Yelah. Nanti aku baca.'

Rin mengambil buku tersebut, berfikir sejenak.

"Ish, nantilah aku baca. Baik aku layan The Nanny."

Tok tok. Pintu bilik Rin diketuk.

"Tak kunci." Rin menyahut dari dalam. Ibunya, Puan Azlina masuk. Dia duduk di birai katil berdekatan dengan Rin.

"Fazreena."

"Yup ibu?"

"Besok malam, ibu ada dinner dengan orang-orang besar."

Orang-orang besar? Rin berfikir sejenak.

"Orang besar? Obes?" Rin cuba bergurau.

"Ish Rin ni, nakal. TPM, EXCO kerajaan negeri, semua orang penting dalam negara tu yang datang." Puan Azlina mencubit manja pipi comel Rin.

"Oooo. Ookay. Err..so ibu..." Rin tersengih, dia mengusap-usap pipinya.

"Ibu nak Rin turut serta majlis tu. Boleh kenal dengan orang lain, kawan-kawan."

Rin tidak segera memberi jawapan, dia tahu ibunya selalu ada saja dinner dengan orang yang berjawatan, tak kiralah TPM, PM, MB, EXCO kerajaan negeri. Dia maklum pekerjaan ibunya sebagai ahli organisasi yang memang selalu berhubung dengan orang-orang macam tu. Dulu Rin rajin ikut ibunya, tapi sekarang dia kurang minat.

"Err..tengoklah bu. Rin baru je balik dari kolej, penat. Rindu dekat rumah." Rin memandang ibunya dengan harapan dirinya difahami. Ibunya tersenyum kecil.

"Yalah. Kalau nak pergi beritahu ibu, nanti ibu sediakan pakaian untuk Rin." Puan Azlina bangun, Rin sekadar mengangguk.

"Rin nak buat apa ni?"

"Entah. Rin pun tak tahu nak buat apa. Main gamelah kot. Hihi."

"Jangan asyik game jer. Kehidupan luar pun penting." Puan Azlina meninggalkan bilik Rin.

"Ya, Rin tau." Rin bangun dan menutup pintu biliknya. Dia menghembuskan nafas halus, berfikir tentang kata-kata ibunya sebentar tadi.

Rin sebenarnya dah bosan dengan majlis bersama orang besar. Pada awal sahaja Rin rasa gembira, iaitu selepas SPM. Dia asyik ikut ibunya travel ke negeri lain, jumpa orang-orang ternama. Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali. Rin terbiasa dengan gaya hidup orang mewah. Tapi dia memang gila game, maklumlah abangnya sendiri gamer seperti dia. Tidak ramai yang tahu latar belakang Rin yang merupakan anak orang ternama, tetapi mempunyai hobi yang tidak dijangka.

Dia tidak berani beritahu sesiapa tentang hobinya, lebih-lebih lagi kekasihnya. Kecuali recent boyfriend, dia beritahu hobinya. Pada awalnya, ex-bf dia tu dapat terima, namun setelah ketagihan Rin terhadap game melebihi layanan dia terhadap kekasihnya, di situ perang meletus. Rin pegang teguh terhadap apa yang dia suka, tetapi akhirnya ketika dia tersedar dia patut berubah sedikit, dia ditinggalkan.

Namun dia bersyukur, kawan-kawannya dapat terima dirinya, hobinya, kelemahannya. Walaupun dia tidaklah sealim mereka, tapi dia masih ingat tuntutan agama - solat, puasa. Ada suara sumbang mengatakan dia ni memalukan kawan-kawannya kerana dia seorang sahaja free hair, manakala Jiji, Ain, Adi, Syafiqah semuanya bertudung. Namun Jiji mempertahankan kawannya bukan sebab dia free hair, sebab Jiji tidak seperti orang tipikal yang mengatakan 'Geng tudung labuh layak dengan geng tudung labuh sahaja'.

Rin mengeluh, mencubit pipinya untuk masuk semula ke alam realiti. Dia mengambil novel Anthem, dan baring di atas katil. Dia sempat melihat laptopnya.

"48%. Ish. Cepatlah siap download wahai The Nanny. Lepas ni ada banyak game nak didownload. Kalau bukan berjanji dengan si Khairuddin tu, memang aku main Dota 2 jer. Ish." Rin gumam bersendirian. Dia membaca novel tersebut. Namun tidak sampai dua muka surat, dia tertidur. Kepenatan sejak balik dari kolej masih terasa.

(bersambung...)

Tuesday 12 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 10

Rin menarik bagasinya ke pintu pagar, tangan kirinya memegang beg laptop manakala tangan kanannya menekan loceng rumah. Dia masih tertunggu-tunggu kehadiran pembantu rumah, Mak Yam dan Pak Ali.

"Assalamualaikum Pak Ali." Rin memberi salam sambil tersenyum. Tangan kanannya menguis rambutnya yang panjang paras bahu.

"Waalaikumsalam Rin." Pak Ali tersenyum, membuka pagar yang terkunci. Pak Ali tergesa-gesa ingin mencapai bagasi Rin, tapi dia menolak.

"Tak apa, Pak Ali. Saya boleh tarik sendiri." ujar Rin sambil tersenyum, Pak Ali kehairanan seketika, namun disimpan dengan mengukir senyuman. Dia terus menutup semula pintu pagar. Rin menarik bagasinya, diamatinya kawasan rumahnya yang besar.

Rin melepaskan keluhan halus, 'I'm going to miss that college, Adi, Ain, Jiji, Diana...' bisik hatinya. Pak Ali berjalan di sebelahnya.

"Pak Ali sihat?" Rin berbahasa dengan pembantu rumah mereka. Walaupun mereka sekadar pembantu, tapi Rin tetap hormat mereka. Merekalah yang membesarkan Rin di rumah tersebut, tatkala ibu bapanya keluar mencari rezeki untuk dia dan abangnya.

"Alhamdulillah. Rin sihat? Pakcik tengok Rin makin cantik sekarang." ujar Pak Ali.

"Sihat. Thanks Pak Ali. Rin memang cantik dari dulu. Hehe. Mak Yam mana? Ayah, ibu kerja ke?"

"Ayah dan ibu Rin outstation. Ada urusan penting, awal pagi lagi dorang jalan. Mak Yam ada di dapur, marilah pakcik bawakan bagasi dan beg Rin tu." Pak Ali berhasrat untuk membantu Rin, tapi Rin tidak sanggup membiarkan Pak Ali untuk mengangkat bagasinya yang berat.

"Tak apa Pak Ali. Saya boleh buat sendiri. Pak Ali pergilah sambung kerja. Kejap lagi saya nak jumpa Mak Yam." Rin membuka kasutnya. Pak Ali mengangguk, Rin dah banyak berubah sejak masuk ke kolej, walaupun masih dengan perangai gila gamenya, tapi kini Rin dah pandai atur masa. Time solat, dia akan solat. Malah kadang-kadang Rin dan Mak Yam jadi makmum, Pak Ali jadi imam. Itu pun ketika mereka bertiga sahaja di rumah.

Rin memasuki biliknya. Dia terpandang video game console yang dibeli oleh parents dan hadiah daripada abangnya, XBOX 360, PS3, PSP, Nintendo Wii, TV 32 inch flat screen. Tapi dia tidak kisah semua tu. Kalau dia masih yang sama seperti dulu, sudah pasti dia bergegas untuk ke biliknya main semua tu.

Rin meletakkan beg laptopnya dan melepaskan bagasinya. Dia duduk di tepi katil, memikirkan apa perlu dibuat sepanjang cuti ini.

Rin keluar menuju ke dapur, dilihat Mak Yam sedang mencuci piring. Perlahan-lahan dia mendekati Mak Yam...

"Hai Mak Yam!!" sergah Rin dari belakang, dan terus memeluk Mak Yam.

"Opocot sabun cuci axion! Eh Rin! Ish apa ni. Suka betul bagi kejutan tanpa salam. Nasib Mak Yam takde heart hurt." ujar Mak Yam sambil mengusap dadanya. Terkejut dengan sergahan Rin.

"Hihi. Ala Mak Yam ni. Kalau ya pun Rin bagi salam, Mak Yam tetap terkejut punya. Apa Mak Yam kata tadi? Heart hurt?" Rin melepaskan pelukan. Dia menyalami tangan orang tua tersebut, dan dipeluknya erat.

"Yalah. Sakit jantung, heart hurt kan? Hurt tu sakit." Mak Yam memberi penjelasan. Rin melepaskan pelukan sambil ketawa.

"Mak Yam oii. Jangan malukan Rin sebagai guru TESL. Bukan heart hurt, heart attack." Rin menuju ke arah peti ais. Tekaknya terasa dahaga, ingin minum air yang sejuk dan menyegarkan. Dia mengambil fresh orange juice dan menuang air tersebut ke dalam gelas.

"Hmm.. yelah Rin. Rin dah makan ke? Mak Yam masak kalau Rin nak makan." Mak Yam melihat Rin. Rin meneguk perlahan-lahan orang juice.

"Aisehmen Mak Yam. Itu pula ditanya. Fikir nak cakap Rin ni makin cantik ke, makin cute ke, makin slim ke, makin jelita ke." ujar Rin sambil tertawa kecil.

"Makin cantik? Cute? Slim? Jelita? Macam tidak jerr. Macam tidak jerr. Macam gemuk jer. Macam montel jer."

"Mak Yam! Eee. Dah terikut dengan perangai gadis legoland tu." Rin memuncungkan bibir, merajuk manja dengan Mak Yam. Mak Yam ketawa kecil.

"Mak Yam ternampak orang post video dekat Facebook. Rin nak makan ke tak? Kalau nak, nanti Mak Yam masak. Nak solat asar dulu." Mak Yam mendekati Rin. Rin menghabiskan minumannya, lalu dia menuju ke sinki dan membasuh gelas.

"Tak apalah Mak Yam. Rin tak lapar. Mak Yam pergilah solat. Rin nak rehat, penat berjalan dari kolej." Rin menyimpan gelas, Mak Yam sekadar mengangguk lalu keluar menuju ke rumah kecil di belakang rumah besar mereka.

Rin memasuki biliknya, hatinya langsung tidak bernafsu untuk menyentuh permainan videonya. Apa yang difikirkan hanyalah aktiviti yang ingin dilakukan ketika cuti. Dia membuka beg laptopnya, mengambil sekeping kertas yang diberi oleh Jiji sebelum mereka berpisah tadi.

'Kalau nak spend cuti yang bermanfaat, join ni. Insya Allah ada manfaat.'

Teringat dia kata-kata Jiji. Perlukah dia join benda ini? Dia berfikir, tetapi keputusan sukar dibuat. Hendak dibawa bincang bersama familynya, dia rasa segan. Dia simpan kertas tersebut di dalam begnya, lalu berbaring di atas katil.

Rin mencapai handphonenya, dia melihat SMS daripada orang tersebut.

'Hmm.. Tak reply SMS dari tadi, sibuk kot. Oh lupa. Mereka masih ada exam, tak apalah.' Rin meletakkan handphonenya di meja sebelah katil. Tidak sampai beberapa minit, mata Rin terlelap, kepenatan mengharungi perjalanan pulang ke rumah tadi.

(bersambung...)

Saturday 9 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 9

Rin membangingkan kepala mengikut rentak lagu. Lagu tanpa lirik, lagu ciptaan seseorang, seorang kawan yang gila muzik.

Tangan kirinya sibuk strumming, tangan kanannya pula sibuk menekan kod-kod gitar.

Adi masuk ke bilik, selepas berstudy group dengan Ain dan Jiji. Adi mengangkat kening sebelah, kehairanan melihat Rin yang super relax bermain gitar kepunyaan Emily jiran sebelah bilik.

"Hoi Rin!" Adi memanggil, tapi tidak terjawab, Rin sibuk melihat laptopnya, membelakangkan Adi.

Adi mendekati Rin, mendekatkan mukanya ke arah laptop Rin. Terkejut Rin melihat Adi.

"Lalala? Loving you? Weh lagu siapa ni? Rog? Apa tu?" Adi melihat Rin. Rin terus menolak Adi.

"Ish. Kot yer pun bagi salam lerr. Terkejut aku weh."

"Aku panggil kau tadi, kau tak dengar." Adi mempertahankan dirinya yang datang mengejut. Rin menjeling.

"Ada kau bagi salam?"

Adi ketawa terkekeh-kekeh.

"Weh, lagu siapa mu dengar ni? Tak pernah jumpa. Selalu mu main lagu lain, ni muncul lagu ni. Dan, siapa Rog?" Rin tidak segera menjawab. Dia tekan spacebar di laptop, menghentikan lagu bermain di earphone. Rin menekan button close pada aplikasi Guitar Pro 5.

"Bukan Rog lah. R.O.G. Lagu tu, lagu kawan, tajuknya, lalala." Rin menjawab soalan yang Adi kemukakan saja, tanpa ingin menghurai siapa kawan, apa itu ROG dan kenapa lalala.

"Apa tu ROG?" Adi masih lagi dalam kebingungan.

"It stands for Revolution of Generation. It's a band, the song that I listened, it's their song. But yet to be published, oh I'm speaking like a native-born speaker of English." Rin buat kening double jerk sambil tersenyum, membuat muka bangga. Adi pula meluat tahap geli melihat telatah Rin.

"Oh. Band? Why tiada muncul di mana-mana? TV? Radio? Internet?" Adi meletakkan bukunya di atas meja.

Rin tidak segera menjawab. Dia malas sebenarnya nak cerita pasal ROG.

"And why do you have the song? Aaaaa. I know!" Adi tersenyum, seolah-olah dia tahu apa yang berlaku.

"What?"

"You are the singer, right?" Adi masih dengan senyumannya. Rin buat muka blur, menggeleng-geleng. 

Wednesday 6 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 8.1

"Bosanlah."

"Bosan belajar lerr." Sarah menjawab.

"Alaa. Tak best takde you."

"Perlu ada I juga?" Sarah kehairanan, biar benar mamat ni.

"Of course dear." dia berbahas dengan penuh kasih sayang, sambil tersenyum sendiri.

"Yuck, apa ni panggil-panggil dear." Sarah kegelian dengar perkataan tersebut.

"Hei, you are my dearest beloved, Sarah." dia menekankan suaranya, Sarah pula ketawa di sebelah sana.

"Aku muntah weh!" Sarah buat suara orang muntah, dia pula mengeluh kasar, tapi masih boleh ketawa kecil.

"Bersyukurlah weh ada orang nak sayang hang."

"Tak perlu orang sayang."

"Ceh. Mengarut."

"Tadi petang main bola eh?"

"Yup. Penat. Lama tak turun padang, semput kejar bola." dia memberitahu. Sarah ketawa lagi.

"Jadi gemuk." Sarah sememangnya suka mengusik dia, dia pula mencebik.

"Diam."

"Hahaha."

Tuesday 5 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 8

"Developmental stages of writing... hmm.." Rin bermain dengan rambutnya. Dia melihat modul TSL yang baru saja dicetak 3 jam yang lalu.

"Ada beberapa stages. From writing readiness until developmental writing." Adi menerangkan.

"Adi. Explain first stage. Hehe. Malas aku nak baca." Rin tersengih ke arah Adi. Adi membuka notanya.

"Kalau pasal writing readiness, it refers to a stage in child's early life, where he wants to display signs of wanting his/her ideas into visual forms, a.k.a writing."

"Continue." lagak Rin seperti bos sedang mendengar laporan daripada setiausahanya.

"Apabila dah begitu, semua itu menunjukkan the child is growing in terms of knowledge, interest, visual readiness, visual memory, motor and coordination skill." Rin mengangguk-angguk sambil menulis sesuatu.

"Apa cerita knowledge?" Rin melihat Adi. Adi pula sibuk membaca apa yang dikehendaki oleh Rin.

"The child realizes that he can put his thought into words, ini berdasarkan apa aku faham."

"Okay-okay, thanks Adi. Sorry. Aku kena dengar baru aku boleh tangkap." Rin menyambung notanya.

"Auditory learners."

"Hee. And you, visual learners. Buekk." Rin menjelirkan lidah. Adi mengambil bantal lalu memukul badan Rin.

Rin terkekeh-kekeh ketawa.

"Waah mesranya korang ni." Ain pula masuk. Adi dan Rin menoleh, turut serta Syafiqah, membawa nota-nota mereka. Mereka dah berjanji untuk belajar subjek TSL bersama-sama, memandangkan mereka semua mengambil opsyen yang sama.

"Biasalah Risya, jeles ke? Mai sini I sayang you."

"Tak maulah Rin. Kau tu bukan nak sayang, membuli jer."

"Dah. Jom kita study ramai-ramai. Boleh bincang subjek ni." Syafiqah bersuara.

"Eh Rin, apasal baru masuk bab dua?" Ain kehairanan. Rin melihat dia sekilas, lalu mengambil bisvit dan membaca notanya semula.

"Aku fokus EDU dan TSL yang satu lagi sebelum ni. Subjek ni aku ada fokus time kelas Miss Kiran tu. Time EDU dan TSL..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya..

"You main Dota 2. Kan??" Serentak Adi dan Ain bersuara, ketawa mereka pecah. Syafiqah sekadar tersenyum melihat gelagat mereka.

"Cis. Perli aa, perli aa." Rin membuat muka. Adi dan Ain kuat mengusik dia.

"Alaa. Marah ke? Macam marah je, macam marah je." lagi kuat ketawa Adi dan Ain. Syafiqah menutup mulut, kelucuan melihat mereka.

"Lu dua olang memang mahu kena dengan wa ya? Aiyaa. Dah lama wa tak kerjakan olang."

"Okay stop." Adi dan Ain menghabiskan sisa tawanya. Mereka tahu apa yang Rin nak buat, menggeletek sehingga mampus. Rin kalau mengerjakan orang memang menakutkan, lawak, tapi mengerikan.

"Okay, jom belajar."

* * * * * * * * * *

Monday 4 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 7.1

Tangannya memainkan pen Stabilo 0.5mm berwarna biru, highlighter dipandang, pen warna diambil dan digariskan garisan, menandakan point-point penting.

Matanya memerhatikan setiap perkataan, mencari isi-isi penting, lalu dengan highlighter dan pen warna, dia menandakan apa yang penting.

Matanya melihat jam di handphone, angka digital menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Lagu Opick - Ya Nabi Salam berkumandang di telinga yang diletakkan earphone. Topik 6 subjek TSL masih lagi ditatapnya. Syukur juga dah hampir ke topik 9. Tinggal satu subjek lagi perlu diulangkaji, bisik hatinya.

Dia mengambil handphonenya, membuka aplikasi WeChat, lalu menghantar mesej kepada seseorang. Selepas itu, dia menyambung semula pembacaannya, kepalanya digoyang-goyang mengikut rentak lagu.

Ting. Bunyi mesej masuk. Dia membuka dan membaca mesej tersebut, tersenyum. Orang yang dia sayang reply mesej dia. Dia tahu orang itu masih bangun, sebab sekarang musim exam.

Bisvit selimut diambil, dimakan sekaligus. Dia melayan kerenah orang itu, kebosanan.

'Weh. I'm bored.' dia memulakan perbualan secara texting. Dia memang tengah kebosanan.

'Study please.'

'I am, but I'm bored.'

'Yeah, yeah, yeah. I can't wait for 14 November. I want to go home, I miss my home, miss my mother, my brothers, my sister, cats, everything at home.'

'You don't miss me?'

'Why do I have to miss you? :p'

'Okay fine. Tak mau belanja pizza.'

'Hahaha. Merajuk kee?'

'Nope. Waarrgghh. Exam, please be nice to me.'

'Chill out. It's not that hard.'

'It is. Zzzz.'

Dia tersenyum melihat mesej-mesej yang diterima. Dia melihat ke siling, cuba mengingati kenangan-kenangan lalu.

Sunday 3 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 7

'What is your opinion about McD?'

'I don't go to McD.'

'Err..okay. KFC?' 

'Rarely go.'

'Ookaay. Don't you have any favourite fast food restaurant?'

'I did, but now I realize I'm just wasting my money and killing my health to eat it.'

'Well, everyone has favourite food, what's yours?'

'I like apples, my mom's cooking, my sister's cooking, homemade cooking.'

'Zzz. What do you eat at your college?'

'I only buy foods from cafe, and seldom buy outside foods.'

'You don't go for outing?'

'Rarely.'

'Define rarely.'

'Sometimes, three times for a month, unless I have to buy important things for my assignments and needs.'

Rin berfikir. Apa lagi aku nak tau pasal dia ni? Eh, apasal pula aku yang ingin tahu, sepatutnya dialah yang ingin tau. Aku perempuan, apasal aku terhegeh-hegeh dekat dia? Rin mengetuk kepalanya.

'How about you? You ask me, and I want to know about you too.' tiba-tiba SMS daripada orang itu masuk.

'Me? Well, I often go out with my friends.. I like KFC and I hate McD, I like to go restaurant too. I rarely buy foods from cafe, it's expensive.' dia membalas.

'Expensive? Funny. KFC is way more expensive you know.' orang itu membalas semula SMS Rin.

'I know, but I only eat at KFC once in two weeks, I always go to restaurant. There's a restaurant that I love, saya boleh makan kuantiti yang sikit, with cheaper price.' Rin memberitahu.

'Less quantity? Why do you want to eat less?' orang itu bertanya.

'Err..I'm taking care of my health and body.'

'Oh, dieting eh?'

'You can say like that.'

'Okay. Why do you hate McD? It haunts you? Harm you?'

'No. The company uses our money to help Zionist.'

'Really? How about KFC?'

'KFC has said they disconnect any relation with them.'

'Do you trust them?'

Dia terdiam.

Saturday 2 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 6

Rin meletakkan beg. Dia terus menghumbankan dirinya ke katil. Melihat ke siling. Hatinya umpama air panas yang menghampiri boiling point.

"Tak guna punya Fuad. Aku tanya je, dah macam-macam dorang tembak aku. Betul la apa aku cakap. McD sekutu Israel, dorang takkan tak tahu. Hmm."

Dia berfikir. Walaupun dia bukan orang kuat agama, tapi kalau berkaitan dengan humanity, dia tidak sesekali menyokong kezaliman.

Cuma masih terngiang-ngiang suara classmates dia tadi, yang membuatkan dia panas.

"Rin. Jom kita keluar ramai-ramai sabtu ni, dengan dorang Mira, Zila..dorang tulah." tiga orang jejaka di hadapannya, Fuad, Din dan Lim, si achai cina.

Rin mengangkat kening sebelah, "Nak kemana? Korang ni relax jer. Next week dah exam."

"Alaa. Keluar makan je pun, di McD." jawab Din sambil tersenyum.

Rin terdiam, dia masih teringat kata-kata Jiji, berkaitan dengan benda ni.

"Macdonald secara umumnya halal, tapi diorang ada sekutu dengan Israel."


"Apa kaitan?" Rin hairan.



"Duit yang kita bayar beli McD tu disumbangkan kepada zionis untuk beli senjata, dan bunuh rakyat Palestin." Jiji tenang menjawab.



Rin terdiam. Jiji tak kata tak boleh makan, tapi dah dikaitkan begitu, seolah-olah menolong musuh Islam.



"Tak nak aku. McD tak layan. McD tu kan haram?" Rin menolak ajakan mereka, dan memberi satu pertanyaan dengan niat dorang faham maksudnya.


"Laa. Si Rin pun dah terpengaruh dengan dakwaan McD tu haram. Eh, kalau benar McD tu haram, apa bukti? Kalau benar McD tu haram, sekutu Israel, kenapa kerajaan tak ban saja? Singkat betul fikiran korang." Din membidas Rin.

"Betul la Rin. Alah kau ni Rin. Nak kata halal-haram, tak payah cerita McD tu haram atau tak, lihat dulu diri sendiri yang masih free hair." kata-kata pedas Fuad dilemparkan ke muka Rin. Lim sekadar berdiam. Dia tidak ingin masuk campur tentang hal-hal tersebut, walaupun dia tak tahu kenapa Rin kata McD tu haram.

Rin memandang Fuad dengan perasaan marah, dia bangun berdiri, berhadapan dengan Fuad.

"Sekurang-kurangnya aku masih ada sifat perikemanusiaan, tak kira betul atau tidak. Weh, sekalipun McD tiada sekutu dengan Israel, aku tak pergi juga. Sebab bikin habis duit dan menggemukkan aku jer. Kau pula.." Rin menunjuk Fuad "Jangan fikir orang free hair macam aku ni tak tau solat, puasa dan benda-benda wajib. Weh aku taulah. Korang dua tu, pernah bangun solat ke? Pernah solat Jumaat ke?"

"Weh Rin. Kau jangan nak memain dengan kitorang." Din memberi amaran.

"Jangan nak memain? Weh, aku dengan bagus bercakap dengan korang, korang pula membidas aku macam-macam." Rin membalas kata-kata Din.

"Weh, kitorang cakap benda betul, weh kau tu tak layak nak kata McD tu haram atau halal, tengok diri, dalam keadaan haram atau halal. Free hair! Jelas buka aurat. Confirm masuk neraka punya." Fuad membalas balik kata-kata Rin.

Ain datang menghampiri Rin, ditarik Rin ke arahnya.

"Dah Rin. Jangan layan sangat dorang tu." Ain cuba menenangkan Rin. Dia memegang bahu Rin.

"Ha! Ni lagi sorang, nak trip baik konon. Fikir selalu berusrah, bagi nasihat dekat orang, boleh dapat skor bagus dalam exam lah ek? Huh!" Fuad menyerang pula Ain. Ain yang innocent terkejut dengan sergahan Fuad. Dia tidak pernah disergah sebegitu, air matanya hampir jatuh.

Rin melepaskan bahunya dari pegangan Ain, dia menghampiri Fuad, diangkat tangannya dan dihalakan ke matanya.

Bupp! Satu tumbukan singgah di mata kiri Fuad. Fuad terdiam, Din terpana, rakan-rakan lain tergamam, Ain terbungkang mata, dalam keadaan dia hampir menangi.

"Fuad, kau boleh hina aku. Tapi kalau kawan aku yang kau attack, you will feel like hell whenever I'm around. Don't you do your damn things to my friends. You haven't seen the real Fazreena." Rin memberi amaran keras kepada Fuad.

"That goes for you too, Din." Rin menoleh ke arah Din, kemudian dia menarik Ain keluar dan menuju ke kafe.

Ketika di kafe, Adi ikut mereka berdua. Dia terdengar pasal pergaduhan tu, tapi ingin bertanya si Rin, tak berani pula. Ain pula sekadar membisu.

Friday 1 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 5

Dia, Adi dan Ain menghampiri Jiji. Pada ketika itu, Jiji sedang melihat handphonenya, air matanya mengalir.

"Ji.." Ain memanggil lembut, mata Jiji masih terpaku pada handphonenya. Dia dan Adi pula masih berdiam diri, memberi peluang sekiranya Jiji ingin bercakap.

Jiji menoleh ke arah mereka, dia tersenyum, tetapi tiada bukan senyuman gembira, senyuman dipaksa, sekadar menyembunyikan masalah di hati.

"Be strong Ji, Allah dah takdirkan begitu, ujian untuk menguji kesabaran kita." Adi menenangkan Jiji.

Kekasih atau lebih tepat tunang Jiji, Shahrul Lee meninggal dunia ketika mengejar perompak bank. Perompak tersebut menembak tepat kepala rakan setugas Lee yang sedang memandu dan mati serta merta. Lee yang cuba mengawal stereng, tetapi kereta tersebut bertembung dengan lori Petronas, dan dia tidak sempat diselamatkan. Syukur juga tiada letupan berlaku, orang lain terselamat, tetapi perompak tersebut berjaya melarikan diri.

Jiji masih melihat handphonenya, tertera gambar tunangnya ketika mereka bertunang dahulu.

"Appreciate the one that you love and those who love you, because we don't know who will leave  first." Jiji menuturkan ayat, sebagai semangat dan juga nasihat kepada rakan-rakannya.

"Sabar ya Ji. Ada hikmah di sebalik semua ni." Ain menenangkan Jiji.

Jiji tersenyum, lantas dia memeluk mereka bertiga. Air mata Ain dan Adi mengalir juga, kedengaran esakan mereka berdua, Jiji pula yang menenangkan Ain dan Adi. Dia pula, tidak tahu untuk memberi reaksi, bukan sebab tiada emosi, tetapi dia tak sangka, disangkakan cerita dia teruk, Jiji menghadapi keadaan yang lebih teruk. Dia berfikir, kalau aku di tempat Jiji ni, apakah reaksi aku? Apakah aku akan bersabar seperti dia?

Dia kini sedar, dia patut menghargai kekasihnya ketika dahulu, sepatutnya dia meluangkan masa bersamanya berbanding dengan Dota. But past is past, it becomes experience.

"Ji, lepas ni apa kau nak buat?" Adi bertanya. Pertanyaan yang juga berlegar di minda Ain.

"Besok, aku pergi ke rumahnya, insya Allah." Jiji menjawab. Mereka bertiga diam, mereka akan menyokong apa saja tindakan Jiji.

Bagi mereka, Jiji umpama kakak dan juga seorang ibu ketika berada di kolej. Ramai yang menyenangi dia, sifatnya, akhlaknya, dan Jiji juga seorang yang taat kepadaNya. Tidak pernah dia lupa untuk pesan rakan-rakannya supaya solat di awal waktu. Dia rajin berusrah dan rajin memberi nasihat kepada adik-adik muslimah yang lain.

Antara ramai orang, Jiji merupakan orang yang paling dia senangi. Jiji memahami sikapnya yang kuat main game, tidak pernah dibantai. Walaupun dia masih free hair, tetapi jika ada Jiji, perasaan malu menyelinap. Kadangkala Jiji mengajak dia jalan, dia cuba menolak, tapi Jiji tetap berkeras. Bukan apa, Jiji, Ain dan Adi semua menutup aurat, dia pula lain daripada mereka.

Jiji melihat dia, Adi dan Ain turut melihat dia.

"Rin? Okay ke? Lain macam jer aku tengok kau." Adi bersuara, membawa dia kembali ke realiti.

"Okay, I'm fine." ujar dia sambil tersenyum, lalu dia melihat Jiji, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, berdoa kot.

"Sambunglah study korang tu. I'm fine." Adi, Ain dan Rin melihat Jiji. Tabah sungguh hatinya.

"Ada apa-apa, just tell us ya. Ain, jaga roomate kau." Adi memberi arahan kepada Ain.

"Ji, sabar ya. Risya, take care of her, call us if you need anything." kali ini Rin pula bersuara. Ain sekadar mengangguk.

* * * * * * * * *