Tangannya memainkan pen Stabilo 0.5mm berwarna biru, highlighter dipandang, pen warna diambil dan digariskan garisan, menandakan point-point penting.
Matanya memerhatikan setiap perkataan, mencari isi-isi penting, lalu dengan highlighter dan pen warna, dia menandakan apa yang penting.
Matanya melihat jam di handphone, angka digital menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Lagu Opick - Ya Nabi Salam berkumandang di telinga yang diletakkan earphone. Topik 6 subjek TSL masih lagi ditatapnya. Syukur juga dah hampir ke topik 9. Tinggal satu subjek lagi perlu diulangkaji, bisik hatinya.
Dia mengambil handphonenya, membuka aplikasi WeChat, lalu menghantar mesej kepada seseorang. Selepas itu, dia menyambung semula pembacaannya, kepalanya digoyang-goyang mengikut rentak lagu.
Ting. Bunyi mesej masuk. Dia membuka dan membaca mesej tersebut, tersenyum. Orang yang dia sayang reply mesej dia. Dia tahu orang itu masih bangun, sebab sekarang musim exam.
Bisvit selimut diambil, dimakan sekaligus. Dia melayan kerenah orang itu, kebosanan.
'Weh. I'm bored.' dia memulakan perbualan secara texting. Dia memang tengah kebosanan.
'Study please.'
'I am, but I'm bored.'
'Yeah, yeah, yeah. I can't wait for 14 November. I want to go home, I miss my home, miss my mother, my brothers, my sister, cats, everything at home.'
'You don't miss me?'
'Why do I have to miss you? :p'
'Okay fine. Tak mau belanja pizza.'
'Hahaha. Merajuk kee?'
'Nope. Waarrgghh. Exam, please be nice to me.'
'Chill out. It's not that hard.'
'It is. Zzzz.'
Dia tersenyum melihat mesej-mesej yang diterima. Dia melihat ke siling, cuba mengingati kenangan-kenangan lalu.
"Aku tak faham orang perempuan." dia bersuara. Sarah disebelahnya, meneguk Mountain Dew mengangkat kening sebelah. Hairan.
"Apasal?" Sarah bertanya.
"Sebab cara layan dorang. Lepas tu tak reply mesej, tunggu 2-3 jam baru muncul, itu pun, kalau ada." dia merungut. Sarah ketawa kecil.
"Cehh. Biasalah perempuan. Perempuan ni lain sikit. Dorang nak lelaki layan dorang lebih. Kadang-kadang-kadang aku buat begitu. Ada orang hantar SMS pagi-pagi, aku malas nak layan. Nak dekat tengah hari baru layan."
"Kejam. Penat orang lelaki tunggu weh."
"Ala relax lerr. Weh, apa cerita dengan minah yang kau minat tu? Tell please."
"Hmm.." dia tidak meneruskan ayatnya.
"Kenapa?" Sarah melihat dia, dengan perasaan ingin tahu.
"Well, kau kata tadi perempuan nak lelaki layan dorang lebih, aku pun bagilah."
"So?" Sarah membetulkan tudungnya.
"Dia bukan selalu reply, kadang-kadang jer. Buat aku frust, nasiblah aku tak jenis cepat mengamuk."
"Ala relax jerr. Bukan dia tak nak layan, tapi dia memang begitu."
"Lagilah aku bingung." dia melihat Sarah.
"Apapun, kalau nak dapat hatinya, buatkan dia betul-betul yakin dengan kau. Kalau nak lebih power, jumpa parents dia."
Dia terdiam. Jumpa parents? Gila.
"Ada orang buat begitu. Dia kena reject oleh sorang perempuan ni, tapi memang dia nak perempuan tu. Dia terus jumpa parents tu perempuan, minta izin berkawan, then got married." Sarah bercerita berdasarkan pengalaman yang diceritakan orang lain.
"Gila ke? Tak rasa bersalah ke perempuan tu? Lelaki tu BOB lah."
"Takdelah. That's gentleman you know, I like it." Sarah tersenyum, melihat dia yang sedang memandu.
"Hmm."
"Dah confess dekat dia ke?"
"Belum. Aku tak nak terburu-buru. Nanti aku yang sakit, sedih."
"Hoi! Kim Jong Kook mana boleh sedih. Apa ni otot besar, muka keras, tapi sentimental."
"Ayat mu tu, apa benda muka keras? Pelik, lain macam jer."
"Hahahaha. Weh, apa yang lain macam? Kau ni ada-ada jer." Sarah mengambil keropok roller coaster di belakang tempat duduk pemandu. Sarah membuka dan memakan keropok tersebut.
"Habis, apa patut aku buat?"
"Care for her, send her a morning message, goodnight message, remind her..wait, she's muslim right?"
"Yup."
"Remind her to pray.. haa. Barulah perempuan suka?"
"Kau biar benar?"
"Well, just try. Jangan asyik layan Dota 2 jerr."
"Diam."
"Hahaha."
Dia menggosok mukanya, menyedarkan dari lamunan. Dilihat ada lagi beberapa mesej daripada orang itu. Dia mereply sebelum menyambung semula membaca nota TSL.
'Belajar yerr. Jangan asyik fikir orang itu. :p'
'Diam. Kau pergi belajar. Tak sedar diri selalu bercalling dengan orang Sabah.'
'Hahahaha.'
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment