Comrades

Tuesday, 12 November 2013

Bisvit Selimut - Episode 10

Rin menarik bagasinya ke pintu pagar, tangan kirinya memegang beg laptop manakala tangan kanannya menekan loceng rumah. Dia masih tertunggu-tunggu kehadiran pembantu rumah, Mak Yam dan Pak Ali.

"Assalamualaikum Pak Ali." Rin memberi salam sambil tersenyum. Tangan kanannya menguis rambutnya yang panjang paras bahu.

"Waalaikumsalam Rin." Pak Ali tersenyum, membuka pagar yang terkunci. Pak Ali tergesa-gesa ingin mencapai bagasi Rin, tapi dia menolak.

"Tak apa, Pak Ali. Saya boleh tarik sendiri." ujar Rin sambil tersenyum, Pak Ali kehairanan seketika, namun disimpan dengan mengukir senyuman. Dia terus menutup semula pintu pagar. Rin menarik bagasinya, diamatinya kawasan rumahnya yang besar.

Rin melepaskan keluhan halus, 'I'm going to miss that college, Adi, Ain, Jiji, Diana...' bisik hatinya. Pak Ali berjalan di sebelahnya.

"Pak Ali sihat?" Rin berbahasa dengan pembantu rumah mereka. Walaupun mereka sekadar pembantu, tapi Rin tetap hormat mereka. Merekalah yang membesarkan Rin di rumah tersebut, tatkala ibu bapanya keluar mencari rezeki untuk dia dan abangnya.

"Alhamdulillah. Rin sihat? Pakcik tengok Rin makin cantik sekarang." ujar Pak Ali.

"Sihat. Thanks Pak Ali. Rin memang cantik dari dulu. Hehe. Mak Yam mana? Ayah, ibu kerja ke?"

"Ayah dan ibu Rin outstation. Ada urusan penting, awal pagi lagi dorang jalan. Mak Yam ada di dapur, marilah pakcik bawakan bagasi dan beg Rin tu." Pak Ali berhasrat untuk membantu Rin, tapi Rin tidak sanggup membiarkan Pak Ali untuk mengangkat bagasinya yang berat.

"Tak apa Pak Ali. Saya boleh buat sendiri. Pak Ali pergilah sambung kerja. Kejap lagi saya nak jumpa Mak Yam." Rin membuka kasutnya. Pak Ali mengangguk, Rin dah banyak berubah sejak masuk ke kolej, walaupun masih dengan perangai gila gamenya, tapi kini Rin dah pandai atur masa. Time solat, dia akan solat. Malah kadang-kadang Rin dan Mak Yam jadi makmum, Pak Ali jadi imam. Itu pun ketika mereka bertiga sahaja di rumah.

Rin memasuki biliknya. Dia terpandang video game console yang dibeli oleh parents dan hadiah daripada abangnya, XBOX 360, PS3, PSP, Nintendo Wii, TV 32 inch flat screen. Tapi dia tidak kisah semua tu. Kalau dia masih yang sama seperti dulu, sudah pasti dia bergegas untuk ke biliknya main semua tu.

Rin meletakkan beg laptopnya dan melepaskan bagasinya. Dia duduk di tepi katil, memikirkan apa perlu dibuat sepanjang cuti ini.

Rin keluar menuju ke dapur, dilihat Mak Yam sedang mencuci piring. Perlahan-lahan dia mendekati Mak Yam...

"Hai Mak Yam!!" sergah Rin dari belakang, dan terus memeluk Mak Yam.

"Opocot sabun cuci axion! Eh Rin! Ish apa ni. Suka betul bagi kejutan tanpa salam. Nasib Mak Yam takde heart hurt." ujar Mak Yam sambil mengusap dadanya. Terkejut dengan sergahan Rin.

"Hihi. Ala Mak Yam ni. Kalau ya pun Rin bagi salam, Mak Yam tetap terkejut punya. Apa Mak Yam kata tadi? Heart hurt?" Rin melepaskan pelukan. Dia menyalami tangan orang tua tersebut, dan dipeluknya erat.

"Yalah. Sakit jantung, heart hurt kan? Hurt tu sakit." Mak Yam memberi penjelasan. Rin melepaskan pelukan sambil ketawa.

"Mak Yam oii. Jangan malukan Rin sebagai guru TESL. Bukan heart hurt, heart attack." Rin menuju ke arah peti ais. Tekaknya terasa dahaga, ingin minum air yang sejuk dan menyegarkan. Dia mengambil fresh orange juice dan menuang air tersebut ke dalam gelas.

"Hmm.. yelah Rin. Rin dah makan ke? Mak Yam masak kalau Rin nak makan." Mak Yam melihat Rin. Rin meneguk perlahan-lahan orang juice.

"Aisehmen Mak Yam. Itu pula ditanya. Fikir nak cakap Rin ni makin cantik ke, makin cute ke, makin slim ke, makin jelita ke." ujar Rin sambil tertawa kecil.

"Makin cantik? Cute? Slim? Jelita? Macam tidak jerr. Macam tidak jerr. Macam gemuk jer. Macam montel jer."

"Mak Yam! Eee. Dah terikut dengan perangai gadis legoland tu." Rin memuncungkan bibir, merajuk manja dengan Mak Yam. Mak Yam ketawa kecil.

"Mak Yam ternampak orang post video dekat Facebook. Rin nak makan ke tak? Kalau nak, nanti Mak Yam masak. Nak solat asar dulu." Mak Yam mendekati Rin. Rin menghabiskan minumannya, lalu dia menuju ke sinki dan membasuh gelas.

"Tak apalah Mak Yam. Rin tak lapar. Mak Yam pergilah solat. Rin nak rehat, penat berjalan dari kolej." Rin menyimpan gelas, Mak Yam sekadar mengangguk lalu keluar menuju ke rumah kecil di belakang rumah besar mereka.

Rin memasuki biliknya, hatinya langsung tidak bernafsu untuk menyentuh permainan videonya. Apa yang difikirkan hanyalah aktiviti yang ingin dilakukan ketika cuti. Dia membuka beg laptopnya, mengambil sekeping kertas yang diberi oleh Jiji sebelum mereka berpisah tadi.

'Kalau nak spend cuti yang bermanfaat, join ni. Insya Allah ada manfaat.'

Teringat dia kata-kata Jiji. Perlukah dia join benda ini? Dia berfikir, tetapi keputusan sukar dibuat. Hendak dibawa bincang bersama familynya, dia rasa segan. Dia simpan kertas tersebut di dalam begnya, lalu berbaring di atas katil.

Rin mencapai handphonenya, dia melihat SMS daripada orang tersebut.

'Hmm.. Tak reply SMS dari tadi, sibuk kot. Oh lupa. Mereka masih ada exam, tak apalah.' Rin meletakkan handphonenya di meja sebelah katil. Tidak sampai beberapa minit, mata Rin terlelap, kepenatan mengharungi perjalanan pulang ke rumah tadi.

(bersambung...)

No comments:

Post a Comment