Assalamualaikum,
Mengarut di tengah malam. Ahaks.
Alhamdulillah, masih lagi bernafas sehingga sekarang. Masih diberi peluang olehNya untuk hidup.
Apakah aku mengarut mengenai cinta?
Umum mengetahui cinta Ilahi itu tiada tandingan.
Cinta juga satu fitrah bagi LAKI-LAKI dan PEREMPUAN.
Cinta juga menghubungkan jiwa-jiwa manusia untuk saling berkasih sayang.
Kata lain, universal.
Ketika aku menghadap FB di page UAI (baik aku hadap buku atau Quran), ramai bertanya tentang boleh tak berkahwin time muda-muda.
Digalakkan, malah nabi sendiri bagi nasihat supaya kahwin awal.
Sebaik-baik cinta ialah cinta yang diberkati oleh Allah iaitu melalui pernikahan.
Jadi kalau putus cinta?
Sabarlah, lebih baik putus cinta daripada putus asa.
Allah simpan yang lebih baik untuk kita.
Tadi, seorang sahabat bertanya.
"Sahabat - Ada calon sudah?"
Terkedu. Aku senyum, dan mengiakannya, tapi sebenarnya hati ku hiba.
Calon itu dipendam saja, kerana tepuk sebelah tangan.
Apapun, kepada mereka yang meminati seseorang tapi tak mampu memilikinya, bersabarlah.
Paling penting, jika masih belajar, fokus belajar dulu.
Kepada yang sedang bercinta, tanam niat untuk nikah dia selepas habis belajar nanti. Mudah-mudahan korang bahagia hingga bila-bila.
Jangan kecewa kerana cinta, tapi kecewalah sekiranya kita terlepas untuk buat kebaikan.
Kecewalah kalau kita terlepas solat berjemaah di masjid.
Cumanya, Allah tak suruh kita putus asa.
Dia ajar untuk bertawakkal. Dia menyediakan sesuatu yang lebih baik, seperti ku selalu katakan.
Iman dan taqwa itulah kejayaan seorang mukmin.
Dengan kedua-dua aset itu, insya Allah kita dapat pasangan yang kita mahu atau lebih baik daripada itu.
Sebab Allah ada kata dalam Quran
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. - An Nuur ayat 26.
Dop payah kecewo, Allah pasti beri, jika bukan di dunia, di syurga, selagi mana kita beriman kepadaNya.
Tentang urus perasaan, bacalah entri-entri sebelum ini, insya Allah membantu.
Lebih baik, tanya yang pakar.
Cinta oh cinta, ia menyakitkan bagi yang terlalu mengharap, tapi bagi yang kuat imannya, syukur sentiasa dilafazkannya kerana yakin dengan cinta Allah yang lebih afdhal.
Pae - Seandainya diberi peluang untuk mendelete memori, pasti dilakukan. Namun, itu bukan caranya, sesungguhnya ada hikmah yang Allah bagi untuk setiap ujian kita lalui. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan seseorang untuk hadir dalam hatiku walaupun seketika.
salam.
ReplyDeleteaiseh, biasalah ba tu minat seseorang. tapi bila kita pendamkan perasaan tu, dan suatu hari kita bru taw dia suka pada org lain, sekurang-kurangnya kita tidak malu kan. cuma kecewa sikit, biasa la bah tu. rilek la bro.
apa yg pasti, dia yg bakal kita temui insya Allah lebih baik dr dia sebelum ini. hanya tinggal, sabar.
Jodoh, bukan hanya perlu menanti, tpi perlu berusaha. Berusahalah bila merasakan masanya sudah hampir tba.. ^_^