Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Salam Maulidur Rasul semua. Banyak kali dah cakap. Hehehe.
Okay, kali ini cerita situasi. Tadi aku FB-walking di page UAI - pastikan korang login kalau mahu ke situ. Aku ceklah soalan-soalan, supaya aku dapat ilmu baru di samping menolong jawab kepada mereka yang tak tahu.
Cerita terbaru ialah mengenai hadis di mana lelaki disebat 100 kali di akhirat kerana membuat wanita menangis. Kebenarannya? Maudhu sebenarnya. UAI kata apa?
Kebenaran. Sila klik untuk besar. |
Supaya jelas, klik pada gambar itu.
Okay itu pertama.
Rata-rata aku lihat masalah yang ditanya, kebanyakan soalan basic, seperti hukum lelaki pakai seluar pendek ketika main bola, macam mana baca al-fatihah ketika solat (ketika jadi makmum) - samada kuat suara atau tidak, kalau tinggal tahiyat awal sah atau tidak solat itu, dan macam-macam lagilah soalan yang memang basic.
Secara jujur, aku terharu dengan mereka. Why? Mereka tahu mereka jahil, jadi mereka terus bertanya kepada yang tahu. Kita yang tak jahil? Ada ambil kisah pasal itu? Ambil remeh pasal yang mudah, padahal ada peraturannya.
Seriously, remaja zaman sekarang dahagakan ilmu. Makin ramai yang jahil, makin ramai yang ingin belajar ilmu agama. Makin ramai yang jauh dari simpang agama, makin ramai yang ikut jalan yang benar. Makin ramai yang benci Islam, tetapi, makin ramai yang masuk Islam. Masya Allah!
Allah ganti yang buruk dengan baik. Itulah hikmah yang aku perasan setakat ini. Mudah-mudahan makin ramai yang ikut ajaran Islam. Peringatan khas untuk diriku juga.
Berbalik kepada persoalan tadi, memang betul remaja dahagakan ilmu. Bukti? Ketika sambutan tahun baru, berapa ramai pergi konsert hiburan? Aku terbaca kurang 7000. Tapi pergi kuliah agama? Masya Allah, lebih banyak daripada pergi konsert - lebih kurang 70000. Masya Allah. Alhamdulillah, remaja kini sedar dan berusaha untuk kembali ke jalan yang benar.
Bukan setakat remaja saja, ramai lagi yang dahagakan ilmu. Aku sendiri, rakanku sendiri, semua orang kini dahagakan ilmu. Yang tidak suka ilmu, terutamanya ilmu agama ini hanya mereka yang keras hati. Apapun, kita berdoa agar terbuka pintu hati mereka untuk menyertai kita di jalan yang benar. Amin.
Alangkah bagusnya jika ramai ustaz macam UAI - maksud di sini ialah beri kuliah dan sanggup tolong remaja. Walaupun ada khilaf tapi tahu berhujah. Kini ramai ustaz makin terkenal seperti ustaz Don...err...itu ja kot aku tahu. Hehe. Ustaz Akhil Hayy, Imam Asyraf, dan banyak lagi. Mudah-mudahan mereka mampu membimbing remaja zaman sekarang, dan seterusnya diteruskan oleh generasi akan datang.
Zaman sekarang memang mudah, online terus boleh cari ilmu. Kalau dulu amat payah, jika kita baca kisah imam-imam muktabar, mereka mencari ilmu dengan cara berhijrah ke tempat jauh. Kita senang, gunakan kesenangan. Tapi ingat, guru tetap diperlukan. Sebab jangan belajar sesuatu ilmu itu tanpa guru membimbing walaupun ada hujah di internet. Takut kita tersalah tafsir, kan?
Satu lagi peringatan, walaupun kita kurang ilmu, tapi tak salah untuk menyebarkan ilmu yang kita tahu. Takkan mahu tunggu jadi ustaz baru nak sebarkan? Itu tak betul. Walaupun kita ini kurang ilmu, tapi kita mesti tolong mereka yang tidak tahu ilmu. Barulah ilmu tersebar luas.
Bukan setakat itu, kalau ada buat salah, terus tegur. Memang payah tapi kena kuat hati. Dan jika ada orang ajak berhujah, niat kita hanya satu, membuktikan kebenaran Quran dan hadis, bukannya nak kalahkan dia.
Ilmu itu berguna dunia akhirat. Sebab itu pentingnya tuntut ilmu. Satu, menambah ilmu pengetahuan. Kedua, melengkapkan diri kita yang kurang lengkap. Maksudnya sini, kita akan elak daripada buat dosa, dan menambah amalan baik. Insya Allah.
Okay dah cukup banyak dah ni. Walaupun aku banyak mahu tulis, tapi setakat ini saja yang aku boleh kongsi. Hehe. Assignment menunggu, walaupun ilmiah ini penting, tapi tanggungjawab lebih penting. Apa yang penting, kerjasama, seperti wonder pets. Hehehe.
Rajin-rajinlah untuk mencari ilmu, jika korang ada ilmu yang bermanfaat, share-share dengan aku. Hehe. Insya Allah, ilmu itu pelengkap diri kita, di dunia dan akhirat, selagi mana niat kita betul.
Pae - Assignment, I'll own you. Bo peep bo peep bo peep bo peep ang! - T-ara.
No comments:
Post a Comment